Reen Rahim selamat gbergelar isteri, terima hantaran sedulang emas. Pelakon Reen Rahim malam tadi selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.
Dengan sekali lafaz, dia yang berusia 34 tahun itu sah menjadi milik ahli perniagaan Ahmad Nur Hazim, 28 tahun.
Bersaksikan ahli keluarga dan tetamu seramai 400 orang yang dijemput, bertempat di Bora Ombak Marina, Putrajaya, pasangan bahagia ini dinikahkan bapa Reen, Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.
Bertemakan rona putih di majlis akad nikah Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang emas.
Pada majlis itu, pihak lelaki telah memberikan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.
Sebelum majlis penuh behagia ini, pasangan ini telah mengadakan majlis Malam Berinai bertemakan Bollywood di sebuah lokasi di Hulu Langat.
Majlisnya perkahwinannya mula menjadi perhatian ramai dan ramai tidak sabar menantikan siapa jejaka berjaya menambat hatinya, apabila dua bulan lalu Reen mengumumkan dirinya sudah bertunang dengan Mr H.
Jelas Reen dalam satu temu bual sebelum ini, Hazim atau Mr H adalah seorang ahli perniagaan dan penggiat seni.
“Kami sudah berkawan hampir dua tahun, dia juga enam tahun lebih muda daripada saya. Mulanya, kami tidak berhasrat berkahwin kerana tidak mahu terikat dengan komitmen. Namun, pada masa sama, kami saling menyukai antara satu sama lain.
Ads
Ads
Ads
“Mungkin berkat doa keluarga akhirnya kami terbuka hati mahu menghalalkan hubungan dan berjanji saling menjaga hingga ke akhir hayat,”.
Sebaik mengumumkan berita gembira itu, Reen memaklumkan, telah mendapat tajaan sebanyak RM15 juta dari pelbagai pihak bagi tiga majlis dari pihaknya. Bahkan malam ini akan diadakan satu majlis resepsi bertempat di Ruscus Hall Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras.
Semoga dirinya berbahagia di sisi suami tersayang dan perkahwinannya kekal hingga ke akhir hayat. Foto :- Thelova
Ibu menangis kenal pasti jenazah anak, ini kali pertama Nurul Azwani ikuti perkhemahan, ibu menangis kenal pasti jenazah anak. Tragedi di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali, semalam meruntun hati rakyat Malaysia.
Setakat petang tadi, 24 mayat sudah dibawa keluar dan enam darinya sudah dikenal pasti oleh ahli keluarga berdasarkan pengecaman dilakukan. Mangsa terdiri dari Lim Wei Xin, Hong Mei Jing, Lai Lee Yin, Tong Kai, Lai Lee Koo, Nurul Azwani dan Tong Kai (kanak-kanak berusia 9 tahun).
Bahkan sekitar jam 4.21 petang tadi, mayat pertama mangsa tragedi tanah runtuh ini iaitu seorang kanak-kanak, Tong Kai dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh selepas selesai proses bedah siasat ke pusat pengebumian Nirwana untuk dikebumikan.
Dalam pada itu memetik Harian Metro, keluarga kepada mangsa sudah dikenal pasti iaitu Nurul Azwani, sama sekali tidak menyangka tragedi pahit ini menimpa anak mereka. Ini kerana ia merupakan perkhemahan pertama arwah Nurul Azwani dan ia berakhir dengan peristiwa tak dapat dilupakan seumur hidup.
“Sepatutnya Nurul Azwani membawa ibunya, Siti Esah Hassan, 53, pulang ke kampung di Kuantan, Pahang, untuk berjumpa keluarga sebab cuti sekolah, semalam, namun sudah ajalnya dia meninggal dunia akibat runtuhan tanah.”
Demikian kata Nor Azman Mat Zain, 48, iaitu sepupu kepada Nurul Azwani Kamarulzaman, 31, mangsa yang meninggal dunia akibat runtuhan tanah di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali, semalam.
Mangsa antara 21 korban insiden dan enam yang sudah dikenal pasti berdasarkan kenyataan dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), hari ini.
“Kami sekeluarga tahu dia mengikuti rombongan perkhemahan sekolah itu. Dia bekerja di kantin sekolah berkenaan.
“Ini juga kali pertama dia terbabit dengan aktiviti perkhemahan. Dia pergi Rabu lalu dan ikutkan dia balik semalam,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini.
Nor Azman berkata, mereka yang mendapat maklumat mengenai kejadian itu melalui laporan berita bergegas ke beberapa hospital untuk mencarinya.
Menurutnya, ketika itu mereka masih tidak tahu keadaan terkini Nurul Azwani.
“Pada mulanya kami ke Hospital Selayang, tetapi tiada nama. Kemudian datang sini (Hospital Sungai Buloh) pun tak ada.
“Namun, selepas mendapat maklumat mangsa yang meninggal dunia dibawa ke sini, saya bergegas semula ke sini sejak semalam.
“Mak arwah dan keluarga lain pula baru datang petang tadi,” katanya.
Katanya, kali terakhir mereka sekeluarga berjumpa arwah Rabu lalu.
“Di sini (Kuala Lumpur) arwah tinggal bersama ibunya. Arwah yang belum berkahwin juga yang menjaga ibunya selepas kematian bapa.
“Ketika dimaklumkan berita ini ibunya sangat terkejut, sedih dan tidak terkata. Apa yang berlaku memang tak boleh jangka.
“Ini adalah takdir. Kalaulah tahu perkara ini nak terjadi, memang kita tak suruh dia pergi,” katanya.
Menurutnya, Allahyarham seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan seorang yang periang.
“Arwah ada tiga beradik, dia anak sulung. Adiknya sudah berkahwin. Arwah periang dan sederhana saja orangnya. Dia pun tidak ada masalah dengan orang lain,” katanya.
Dalam masa sama, dia berharap proses membawa pulang jenazah dapat diselesaikan hari ini.
“Selepas semuanya selesai di sini, Insya-Allah jenazah akan dibawa ke Masjid Kampung Batu untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pihak kariah pun sudah dimaklumkan,” katanya.
Siti miliki kondo mewah di Dubai. Rezeki penyanyi popular negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza miliki rumah mewah yang terletak di Dubai.
Siti yang sentiasa menjadi inspirasi kepada ramai orang sejak bergelar anak seni rezekinya melimpah ruah. Sikapnya yang merendah diri menjadi idola ramai. Berasal dari Kuala Lipis, Pahang, ibu kepada dua orang cahaya mata ini sentiasa bekerja keras dalam karier seninya.
Terbaru dirinya memuat naik video kondominium mewah di The Address Residences, Dubai dengan kapsyen, “Alhamdulillah. Home Sweet Home”. Dari perkongsian tersebut anak tirinya, Asyraf Khalid membuat pendedahan menerusi Instagram Stories dengan mengucapkan tahniah kepada Siti.
Menerusi kapsyen Asyraf mengucapkan tahniah.
“Tahniah Mak Iti kerana memiliki rumah pertama di Dubai. Gembira dan bangga dengan kejayaan itu”
“Kejayaan ini memberikan inspirasi kepada saya dan Tya.
“Doakan satu hari nanti, Ap pun boleh ikut jejak langkah Mak Iti. Ap doakan Allah akan murahkan lagi rezeki Ayah & Mak Iti.
“Mak iti memang layak untuk menerima semua ini atas segala usaha dan penat lelah dalam meningkatkan lagi kerjaya seni Mak Iti,” tulis Asyraf.
Dalam hantaran sama, Asyraf turut mengusik ibu tirinya itu dengan mengatakan dia kini tidak perlu lagi menyewa hotel apabila ke Dubai.
“Selepas ini jika ke Dubai, tak payahlah sewa hotel dah,” tulisnya lagi namun hantaran itu dipercayai sudah dipadamkan oleh Asyraf.
Menerusi ruangan komen video di Tik Tok akaun watieysoong, netizen memberikan komen positif dan memuji sikap Siti yang sentiasa rendah diri. Malah mengucapkan tahniah buat Siti.
“Rezeki dia yang masih kecil dulu hanya tolong ibu jual kuih sapa sangka pengakhiran nya rezeki dr Allah dah tertulis..tahniah tokti” titaabah.
Restu ibu bapa itu penting, ibu seolah beri hint kongsi gambar kahwin Shamsul & Puteri Sarah. Setiap ibu pasti ingin melihat anak-anaknya bahagia. Bahkan saat sang anak memaklumkan mahu mendirikan rumahtangga, pastinya diri insan paling gembira.
Ya gembira jika suri hati anaknya baik budi pekerti, hormati orang tua, pandai mengambil hati dan pastinya pandai mengambil jiwa raga orang tua hingga mereka memberikan restu agar anak bahagia sepanjang perkahwinannya.
Tapi nampaknya pendedahan Puteri Sarah mengenai dakwaan suaminya, Shamsul Yusof seolah sudah berkahwin dengan Ira Kazar menarik perhatian ramai.
Tulis Puteri Sarah di IGnya,
“Soroklah selagi boleh sorok. Kebenaran akan terbukti suatu hari nanti.
“Narsistik seperti anda akan sentiasa memanipulasi kebenaran. Saya tidak mahu terbabit dengan toksik.
“Penipu akan sentiasa menjadi penipu. Semoga anda berdua berjaya. Dua-duanya toksik,” tulisnya.
Sebaik hal ini terbongkar, di IG ibu pengarah tersohor ini, Datin Patimah Ismail telah menulis bahawa RESTU SEORANG IBU ITU PENTING UNTUK DOA YANG BERTERUSAN, seolah memberi hint andai benar perkahwinan anaknya dan Ira terjadi tanpa pengetahuan keluarga, ianya mungkin membawa ketidakbahagiaan seperti dicari oleh Shamsul.
Bahkan dirinya turut memuat naik gambar ketika pernikahan anaknya itu dahulu dan menulis :-
“Perkahwinan Shamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat restu keluarga sepenoh nya, Shamsul sendiri yg memilih Puteri Sarah sebagai Permaisuri hati nya. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.