Bila tiba musim perayaan, pastinya kita semua mahu hiburan terbaik untuk dinikmati bersama keluarga. Tak kira sama ada drama Melayu yang menyentuh hati, filem aksi penuh debaran, atau rancangan kartun kegemaran si kecil—segalanya boleh dinikmati dengan NJOI!
Tahun ini, istimewa buat semua pelanggan NJOI, NJOI ada menawarkan kejutan istimewa buat pelanggan setia! Muat turun aplikasi My NJOI sekarang dan tuntut sehingga RM35 kredit percuma untuk menikmati hiburan tanpa had sepanjang musim Raya!
Ads
Nikmati Hiburan Tanpa Henti Dengan Pakej Serendah RM1 Sehari!
Selain kredit percuma, NJOI juga menawarkan pelbagai Pakej Menarik yang boleh dibeli dengan harga berpatutan, termasuk Family Pack serendah RM1 sehari. Dengan pakej ini, anda dan keluarga boleh menikmati pelbagai rancangan menarik tanpa gangguan sepanjang perayaan.
Antara Kandungan Hebat Yang Boleh Anda Nikmati:
✅ MagiSiti 2025 – Persembahan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang memukau!
✅ Gegar Vaganza Specials – Persembahan bintang GV yang menggamit kenangan
✅ Sepahtu Kecoh Beraya – Lawak pecah perut khas untuk musim Raya
✅ Rapun – Filem menarik di pagi Syawal untuk seisi keluarga
✅ Gerak Geri Gen Z – Hiburan trendy untuk anak muda
✅ Banyak lagi kandungan menarik yang tak boleh dilepaskan!
Ads
Ads
Cara Mudah Untuk Tuntut Kredit Percuma RM35:
⦁ Muat turun aplikasi My NJOI di Google Play Store atau Apple App Store
⦁ Daftar nombor Smartcard NJOI anda
⦁ Pilih dan beli mana-mana pakej yang anda inginkan
⦁ NJOI sehingga RM35* kredit percuma
Pembelian Lebih Mudah Dengan My NJOI App!
Kini, semua pembelian perlu dilakukan melalui My NJOI App, yang boleh dimuat turun secara percuma. Dengan aplikasi ini, anda boleh top up dengan mudah dan membeli pakej kegemaran pada bila-bila masa.
Jangan Lepaskan Peluang Ini!
Kempen ini hanya berlangsung sehingga 30 April 2024, jadi jangan lepaskan peluang untuk tuntut kredit percuma dan nikmati hiburan terbaik dengan NJOI! Pastikan anda muat turun My NJOI App hari ini dan nikmati hiburan tanpa had bersama keluarga tersayang!
Untuk maklumat lanjut, layari www.njoi.com.my atau muat turun My NJOI App sekarang!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang unik dan cukup istimewa apabila berpeluang memasak dalam suasana kampung seperti mak-mak dan nenek-nenek kita zaman dahulu. Apatah lagi menampilkan cara memasak yang manual menggunakan perkakas asas seperti lesung batu, batu giling, periuk tembaga dan dimasak pula menggunakan dapur arang.
Tak dinafikan cara sebegini meskipun agak renyah, namun masakan yang dihasilkan memiliki aroma dan rasa yang luarbiasa sedapnya. Meskipun air tangan mak adalah yang terbaik buat anak, namun adakalanya kita sebagai anak cuba untuk membahagiakan mak, teringin nak masak sedap macam mak ikut resipi dan cara yang sama.
Marbitter Perkenal Gaya Hidup Kampung
Sungguh asyik dan leka menyaksikan pelbagai video masakan, gaya hidup dan budaya kampung yang dikongsikan oleh ‘influencer’ berpengaruh Marbitter yang berasal dari Batu Rakit, Terengganu ini.
Mempunyai 203K followers di Instagram dan 599.4K followers di Tiktok, pemilik nama Marham Mohd Yusof,34 atau lebih dikenali Marbitter di media sosial seringkali menghasilkan video masakan berkonsep tradisional dan memperkenalkan gaya hidup kampung bersama ibu tersayang, Asiah Ngah yang kini berusia 77 tahun. Menu lauk kampung yang dihasilkan pula kebanyakkannya merupakan resipi dan cara yang diperturunkan daripada mak sendiri.
Menariknya semua proses memasak pula dilakukan secara manual seperti memarut kelapa, memerah santan, menumbuk bawang, menggiling cili, rempah dan sebagainya. Bukan itu sahaja, kebanyakan bahan-bahan masakan yang dipetik pula sama ada ditanam sendiri mahupun tumbuh melata sekitar kawasan rumahnya. Memang gaya hidup kampung, MASAK MACAM MAK dan nenek-nenek kita dulu-dulu.
Resipi Gulai Kuning Batang Keladi
Baru-baru ini Mar ada kongsikan video resipi Gulai Kuning Batang Keladi Dengan Ayam menggunakan resipi dan cara maknya. Memang nampak sungguh sedap dan berselera seisi keluarga makan, lebih-lebih lagi makan dengan nasi putih panas menggunakan Beras ERA Nagasari Super Import.
Bahan-Bahan:
Batang Keladi
Air secukupnya (untuk merebus batang keladi)
Asam keping
3 batang Cili Merah
4 inci Kunyit Hidup
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji mangga muda
Santan secukupnya
lada hitam
garam
Beberapa ketul Ayam
Cara Membuat:
1. Raut batang keladi, buang kulit luarnya dan potong kecil.
2. Basuh bersih batang keladi tersebut dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan asam keping untuk hilangkan rasa gatal. Rebus batang keladi sehingga empuk.
3. Tumbukkan cili merah, bawang merah, bawang putih dan kunyit sehingga hancur.
4. Batang keladi yang dah empuk, bilas sekali lagi bagi menghilangkan gatal. Kemudian masukkan ke dalam periuk.
5. Masukkan pula santan dan bahan tumbuk, kacau sebati dan biarkan mendidih.
6. Selepas itu masukkan ayam, mangga muda, serbuk lada hitam dan sedikit garam.
Siap! Boleh hidangkan dengan nasi panas beras ERA. Dapatkan Beras ERA Nagasari Super Import, kini dengan kualiti yang dipertingkatkan dan rasa yang lebih enak.
Berita baik, bagi yang suka memasak lebih-lebih lagi resipi dan cara mak, boleh buat video masakan mudah MASAK MACAM MAK seperti Marbitter ini untuk rebut peluang dapat pelbagai hadiah menarik.
Jom sertai Peraduan ‘MASAK MACAM MAK’ ERA, dengan ikuti langkah-langkah mudah ini:
1. Pastikan anda Follow Facebook/Instagram ERA.
2. Rakam atau snap gambar masakan resipi mak yang paling disukai. Pastikan guna mana-mana Beras ERA.
3. Post video dan gambar masakan anda di Facebook/Instagram dan sertakan resipi penuh.
4. Tag @erafoodsmy dan gunakan hashtag #MasakMacamMak dan #ERAFoodsMY
Hadiah Utama: 1 x Set Pinggan Mangkuk Seramik Hadiah Kedua: 3 x Mangkuk Tingkat Klasik Hadiah Saguhati: 30 x Touch N Go eWallet bernilai RM10
Tempoh Peraduan: 9 hingga 25 Jun 2023
Tertakluk pada terma dan syarat:
Untuk maklumat lanjut layari www.erabk.com/masakmacammak #ERAFoodsMY #ERAUntukSemua #MasakMacamMak
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah melancarkan Pelan Pemformalan Usahawan Informal iaitu sebuah dokumen yang menggariskan langkah strategik bagi membantu dan memudahcara pemformalan usahawan informal sebagai perniagaan berdaftar.
Bertemakan ‘Pemformalan Asas Perniagaan Mampan’ Pelan Pemformalan Usahawan Informal itu telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick pada 6 Julai bertempat diWorld Trade Centre Kuala Lumpur (WTC) Kuala Lumpur.
Menurut Ahmad Zahid, Pelan ini antara usaha kerajaan menjadikan pendaftaran sebagai norma bagi perniagaan di Malaysia.
“Pelan Pemformalan Usahawan Informal merupakan antara usaha Kerajaan dalam menjadikan pendaftaran sebagai norma bagi perniagaan di Malaysia. Dengan pelaksanaan Pelan ini, ia dapat membantu Kerajaan mengenalpasti sumber yang boleh dibangunkan bagi memangkin prestasi pertumbuhan ekonomi dan mengelakkan ketirisan dalam perolehan pendapatan negara.
“Kerajaan juga akan terus komited dan lebih responsif dalam usaha membantu usahawan meningkatkan prestasi perniagaan mereka bagi menyokong pertumbuhan sektor ekonomi, demi kesejahteraan rakyat. Ekosistem dan sistem sokongan yang lengkap akan menggalakkan lebih ramai usahawan informal mendaftarkan perniagaan,” ujar Ahmad Zahid.
Pentingnya Usahawan Daftar Perniagaan
Pada masa yang sama Ahmad Zahid juga menekankan kepentingan agar usahawan yang beroperasi di Malaysia mendaftarkan perniagaan mereka mengikut undang-undang yang berkuatkuasa. Ia bertujuan untuk membolehkan mereka dikenal pasti sebagai entiti yang sah bagi tujuan penyaluran bantuan dan sokongan oleh Kerajaan dan penyediaan jaringan keselamatan sosial.
Usahawan yang tidak mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan yang sama taraf dengannya seperti badan profesional atau pejabat daerah di Malaysia Timur tidak akan dapat menikmati kemudahan-kemudahan ini.
“Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), Kerajaan menggalakkan pendaftaran perniagaan dalam sektor informal bagi membolehkan usahawan mendapat sokongan yang diperlukan seperti pembiayaan, pemasaran dan perlindungan undang-undang. Pemformalan membolehkan pelbagai fasilitasi serta intervensi Kerajaan bagi menyokong pembangunan perniagaan disalurkan kepada usahawan secara bersasar dan inklusif.”
Laporan Survei Guna Tenaga Sektor Informal dan Pekerjaan Informal 2021 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan peningkatan jumlah guna tenaga sektor informal kepada 1.30 juta berbanding 1.26 juta pada tahun 2019. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 955,400 atau 73.4% adalah terdiri daripada individu yang bekerja sendiri atau majikan yang mengusahakan perniagaan bersaiz mikro atau usahawan informal.
“Mahu Usahawan Informal Libatkan Diri Secara Serius Dalam Perniagaan” – Datuk Ewon Benedick
Pada majlis yang sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick pula menyatakan usahawan informal mempunyai akses terhad untuk mendapatkan bantuan dan fasilitasi perniagaan yang diperlukan serta mudah terdedah dengan pelbagai risiko dan ancaman krisis ekonomi, sosial dan alam sekitar berikutan status perniagaan yang tidak berdaftar, menjadikan mereka antara kumpulan sasar di bawah perhatian KUSKOP.
“KUSKOP akan memperkasa ekosistem keusahawanan sedia ada untuk menggalakkan pendaftaran perniagaan secara sukarela serta memupuk minda keusahawanan dan potensi pembangunan usahawan informal agar melibatkan diri secara serius dalam bidang perniagaan.
“Melalui pelaksanaan 6 strategi yang disokong oleh 20 inisiatif, Pelan ini juga mendidik usahawan agar lebih beretika dan berintegriti tinggi dalam melaksanakan operasi perniagaan,” ujar Ewon.
Selaras dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan yang unggul dan inklusif menjelang tahun 2030, pelaksanaan Pelan ini dilihat berupaya meningkatkan kemampanan perniagaan serta memberi perlindungan perundangan dan sosial kepada usahawan agar kalis cabaran dan sentiasa berdayatahan.
Selain majlis pelancaran, pada majlis masa yang sama Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan pembiayaan TEKUN Nasional berjumlah RM104,000 kepada 10 usahawan TEKUN termasuk usahawan baharu mendaftar perniagaan sebagai salah satu insentif pasca pemformalan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.kuskop.gov.my atau ikuti di mana-mana media sosial KUSKOP.
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...