Jika mengalami masalah hilang deria bau, sebenarnya boleh cuba buat sendiri rawatan mudah untuk pulihkannya di rumah. Kebiasaannya masalah hilang deria bau merupakan antara simptom yang sering berlaku apabila dijangkiti covid.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ada terangkan caranya. Memang mudah dan bolej buat sendiri je di rumah.
“Selepas 2 minggu saya kena COVID-19, saya masih tak boleh bau. Apa boleh saya lakukan, doktor?”
Deria bau dan rasa adalah antara deria yang penting dalam kehidupan. Tanpa deria bau, kualiti hidup akan terjejas. Makanan anak jadi kurang enak dan haruman akan tiada lagi bererti.
Selain itu, fungsi deria bau adalah untuk mengenal pasti bahaya di sekeliling kita. Melalui bau, kita boleh ada bahaya: Contoh: bau asap, bahan kimia, makanan basi, pereputan dan sebagainya.
Oleh itu, kehilangan deria bau adalah sesuatu yang tidak remeh. Ia perlu dirawat dengan segera dan teliti. Lebih lambat dirawat, maka potensi untuk ia menjadi kekal, lebih tinggi.
Sesetengah orang yang dijangkiti COVID-19, akan mengalami kehilangan deria bau, sama ada kehilangan separa atau kehilangan penuh. Lazimnya gejala ini akan hilang selepas 2-3 minggu.
Artikel Menarik: Badan Lesu, Hilang Deria Bau & Rasa Juga Antara Simptom Dijangkiti COVID-19
Jika anda masih alami kehilangan atau kekurangan deria bau selepas 2 minggu, anda disarankan untuk berjumpa doktor untuk diperiksa. Jika ada keperluan, maka anda akan dirujuk kepada pakar ENT.
Apa rawatan yang dilakukan untuk pulihkan semula deria bau?
1. Terapi Latihan Bau (Smell Re-training Therapy)
Terapi ini fokus kepada melatih semula sel olfaktori(bau) untuk mengenal pasti bau-bau. Terdapat 4 kategori bau yang biasa dilatih semula iaitu bau floral, herba, buah dan resin.
Floral = bau bunga : ros / melur / lavender
Herba = bau rempah : cengkih / buang lawang
Buah = bau buah sitrus : lemon / limau
Resin = bau getah pokok : eucalyptus
Latihan bau ini boleh dilakukan di rumah dengan mudah dan selamat. Boleh gunakan bahan-bahan segar untuk 4 kategori bau ini, atau gunakan minyak pati (essential oil).
Caranya: Hidu setiap bahan mewakili ini selama 20 saat setiap satu. Pastikan selama 20 saat itu, anda fokus kepada bau tersebut. Ulang latihan ini, dua kali sehari. Ulang sehingga deria bau kembali.
*Peringatan! Latihan ini bukan rawatan untuk mencegah atau memulihkan jangkitan COVID-19. Ia adalah ikhtiar untuk memulihkan semula deria bau yang telah hilang.
Lagi Menarik: Dr Izzar Terang Cara Betul Buat Ujian Kendiri Covid-19 ‘Close Contact’
2. Ubat (Decongestant/Antihistamine/etc)
Kadangkala kehilangan bau itu akibat laluan udara dalam hidung tersumbat ekoran bengkakan dindingnya atau hingus yang pekat. Ia biasa dikaitkan dengan keradangan.
Kerandangan ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan seperti antihistamin, semburan steroid, dan sebagainya. Untuk dapatkan ubat-ubat anda disarankan untuk berjumpa doktor dahulu.
Doktor hanya akan memulakan rawatan dengan ubat-ubatan setelah pemerikasaan dilakukan, dan pasti ia sesuai serta ia tidak menambah risiko kemudaratan.
*Peringatan! Pengambilan apa-apa ubat-ubatan atau suplemen tanpa berbincang dengan doktor, tidak digalakkan. Ini bagi mengelakkan penggunaan ubat yang salah dan tidak berkesan.
***Jika ada sebagai kerisauan, kemusykilan dan keraguan, eloklah berjumpa doktor dahulu untuk konsultasi. Boleh ke klinik kesihatan atau klinik swasta berhampiran anda.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
Baca Lagi Di Sini: Doktor Jelaskan Tak Perlu Buat Swab Test Selepas Habis Tempoh Kuarantin!
Mesti Baca: Ikhtiar Mandian Air Rebusan Herba Segarkan Badan Lesu Selepas Positif Covid!
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat jadi sekiranya mengalami masalah hilang deria bau, boleh lakukan Terapi Latihan Bau ini sendiri di rumah. Memang mudah dan selamat.
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI