‘Rasa Macam Orang Baru Pulak!’ Bila Bersyukur Aura Cantik Intan Liana Salleh Pun Makin Terserlah

Teruja tengok wajah terkini Intan Liana Salleh. Bukan saja berseri-seri, aura cantiknya makin terserlah jelita. Lagi-lagi sekarang ini Intan dah dilamar menjadi ‘wajah rasmi’ ANAS Cosmetics. Intan yang membahasakan dirinya Bonda, juga bagaikan tak percaya dengan tawaran itu.

Ya Allah! Rasa macam orang yang baru pulak, sukanya dengan look ni, boss Annas Easkey kalau bab mencantikkan orang memanglah win. Nak nangis pun ya tengok muka sendiri.

Iyalah bonda kan sibuk jaga anak anak, lepas tu kene lamar pula jadi wajah untuk jenama kosmetik yang memang semua kenal ANAS Cosmetics lepas tu outcome photoshoot macam ni. Macam tak percaya muka sendiri.” Tulisnya di instagram miliknya.

Sebagai insan yang pernah melalui peristiwa paling pedih dalam hidupnya, Intan begitu cekal mengharungi ujian tuhan. Dan berkat kesabaran malah niatnya ikhlas mahu mencari rezeki untuk anak-anak buatkan Intan lebih yakin melangkah ke hadapan.

Tiap kali bonda bekerjasama dengan boss Annas Easkey tak kira lah photoshoot untuk apa, hasilnya MashaAllah susah nak gambarkan. Kadang kadang bonda tak percaya yang bonda boleh sampai tahap macam tu sekali sebab bonda bukanlah sesiapa, bukan selebriti mahupun model professional.

Tapi bonda yakin dengan percaturan yang Allah dah tentukan, bonda redha dengan segala dugaan. Bonda pasti yang segalanya ada hikmah. Segalanya sudah tertulis.”

 

IKLAN

‘Rasa Macam Orang Baru Pulak!’ Bila Bersyukur Aura Cantik Intan Liana Salleh Pun Makin Terserlah

Rezeki Untuk Anak-anak – Intan Liana Salleh

Kerjasama Intan dan Annas Easkey bermula dengan jenama pakaian Ashh & Annas. Dari situlah membawa kepada lamaran wajah rasmi produk kosmetik.

Macam mimpi jadi kenyataan. Selama ini bonda dok dengar dari adik-beradik, kawan-kawan. last last bonda jadi wajah. Ya Allah.”

Apa apa pun, bonda yakin. Sangat yakin, hikmah Yang hadirkan, segala rezeki yang di curahkan semuanya untuk anak anak. Semuanya untuk bonda besarkan mereka agar jadi anak cemerlang dan berbakti kepada keluarga.

IKLAN

Wahai anak anakku, bonda kerja keras untuk kita tau. Bonda buat semuanya untuk besarkan kalian. Semoga Allah murahkan rezeki bonda. Kepada boss Annas Easkey bonda rasa syukur dapat bertemu dengan Annas. Terima kasih atas rezeki.

 

‘Rasa Macam Orang Baru Pulak!’ Bila Bersyukur Aura Cantik Intan Liana Salleh Pun Makin Terserlah
Wajah terkini Intan : Tanpa solekan pun wajah Intan Liana Salleh semakin glowing berseri-seri gitew.

Tengok Air Muka Kak Intan, Saya Tahu Kerisauannya

Annas Easkey yang sama berbagi rezeki dengan Bonda Intan turut melahirkan kata-kata motivasi untuk ibu tunggal anak dua lelaki, Arish Muqri, 3 dan Ariq Muqri, 1 tahun.

IKLAN

Saya kongsi rezeki dengan bonda intan supaya dia boleh meneruskan hidup sebagai seorang ibu tunggal, sebagai seorang ibu yang kuat menjaga anak anak demi kehidupan yang lebih baik. Dugaan yang kak intan tempuh amatlah besar yang jika orang lain mungkin tidak kuat dan mungkin akan putus asa dengan hidup serta segala benda.”

Rezeki tak pernah salah alamat, apa yang saya kongsi dengan kak intan dan akhirnya rezeki saya pun bertambah. Kalau lihat pada air muka kak intan, saya tau dan faham kerisauan tentang apakah yang bakal berlaku pada masa depan tapi saya pasti yang sekarang dia kuat dan tabah demi masa depan anak anak.”

Kepada Bonda Intan, tak banyak untuk saya kongsi tapi cukuplah untuk akak dan anak anak meneruskan kehidupan. Cukuplah akak tampung segala macam keperluan.” kongsinya di laman instagram miliknya sambil memaklumkan rasa terima kasihnya kerana Intan sudi menjadi wajah untuk jenama pakaian dan kosmetik miliknya.

Sumber/Foto : Instagram Intan.Saleh

‘Kita Bukan Robot Boleh Diset-setkan. Apa Pun Berbalik Pada Allah – Intan Liana Salleh

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI