“Waktu saya angkat arwah, rasa macam angkat sekeping kertas… sangat ringan, tak macam angkat orang.” Itulah kata-kata penuh emosi daripada Muhammad Arsyad Jahaya, 35, lelaki berhati waja yang sanggup menyelam ke dalam lubang kumbahan bagi cuba menyelamatkan seorang murid Tahun Tiga, Abdul Fattah Khairul Rizal, dalam tragedi memilukan pada Sabtu lalu.

“Rasa Macam Angkat Sekeping Kertas…Ringan..”- Lelaki Selam Lubang Kumbahan Selamatkan Murid Tahun Tiga

Pada hari kejadian, Arsyad berada di sekolah berkenaan untuk menghadiri acara sukan anaknya sebelum seorang guru datang meminta pertolongannya. Menyedari dia mahir berenang, guru tersebut berharap Arsyad dapat membantu menyelamatkan mangsa yang terjatuh.

“Rasa Macam Angkat Sekeping Kertas…Ringan..”- Lelaki Selam Lubang Kumbahan Selamatkan Murid Tahun Tiga

Menurutnya, sebaik sampai di lokasi, dia sempat teragak-agak kerana melihat keadaan air yang dalam serta tercemar.

“Saya tanya, betul ke ada budak jatuh, sebab waktu itu air sangat tenang, macam tak ada apa-apa yang berlaku. Saya tak ada masalah nak turun, cuma takut kena tipu sebab ini lubang najis.

“Namun, selepas disahkan terdapat saksi yang melihat mangsa jatuh, saya terus nekad untuk turun ke bawah menyelamatkan mangsa,” katanya.

“Rasa Macam Angkat Sekeping Kertas…Ringan..”- Lelaki Selam Lubang Kumbahan Selamatkan Murid Tahun Tiga

Arsyad yang bekerja sebagai juruvideo memberitahu, dia segera bertindak kerana bimbang pasukan bomba mungkin mengambil sedikit masa untuk tiba.

Ads

Air kumbahan itu pula dianggarkan melebihi 1.8 meter, mencecah paras lehernya walaupun kaki masih tidak menjejak dasar.

“Mulanya saya jolok permukaan dasar guna kayu. Kemudian topi arwah timbul dulu, selepas itu kasut dia pula timbul.

“Masa itu saya tahu memang dia ada di bawah. Terus saya menyelam dalam keadaan gelap dan busuk, pegang tubuh kecil itu dari bawah ketiak dan tolak ke atas untuk disambut oleh orang di atas,” ujarnya.

“Rasa Macam Angkat Sekeping Kertas…Ringan..”- Lelaki Selam Lubang Kumbahan Selamatkan Murid Tahun Tiga

Ads

Katanya lagi, segalanya terasa dipermudahkan oleh pertolongan Allah SWT.

“Badan arwah sangat ringan, sedangkan kalau ikut logik, dalam air dan dalam keadaan basah mestilah berat. Tapi dia ringan sangat. Lepas tu saya fikir, mungkin malaikat tolong saya waktu itu.

“Saya sendiri sebenarnya masih dalam proses pemulihan selepas terlibat dalam kemalangan pada 25 Ogos lalu yang menyebabkan koyakan tisu lembut di bahagian rusuk.

“Doktor cakap saya perlukan dua bulan untuk pulih. Tapi masa kejadian tu, saya tak rasa sakit langsung. Macam ada kekuatan luar biasa,” katanya.

Walau bagaimanapun, Arsyad mengakui dirinya terkilan kerana tidak dapat mengeluarkan mangsa dalam keadaan masih bernyawa.

Ads

“Rasa Macam Angkat Sekeping Kertas…Ringan..”- Lelaki Selam Lubang Kumbahan Selamatkan Murid Tahun Tiga

“Saya sampai lambat. Sebab itu saya cakap, kenapa bukan saya orang pertama yang tahu? Kalau saya orang pertama jumpa, mungkin dia masih hidup.

“Lepas kejadian ini berlaku, saya dengar ada yang menyalahkan pihak sekolah. Saya cuma minta biarlah pihak polis jalankan siasatan sebab kita pun tak tahu punca sebenar kejadian,” ujarnya lagi.

Sumber: Sinar Harian Sinar Harian 1 Sinar Harian

Artikel lain: “Pernah Kata Nak Meninggal Masa Kecil Supaya Masuk Syurga” – Luahan Bapa Kanak-Kanak Lemas Dalam Lubang Kumbahan

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI