Rangup dengan rasa masam, pedas dan masin, memang membuka selera! Kimchi adalah antara makanan ruji rakyat Korea yang turut menjadi kesukaan ramai terutama yang mengikuti perkembangan dunia hiburan di negara tersebut. Bila dah minat pelakon dan penyanyinya, ramai yang ‘jatuh cinta’ pula dengan makanannya termasuk kimchi.
Kimchi Ada Banyak Jenis
Kimchi adalah salah satu side dish popular di Korea, diperbuat daripada sayur-sayuran yang kemudian difermentasikan dengan cili, memiliki rasa masam, pedas dan masin yang boleh merangsang selera makan.
Selain Kimchi kubis yang paling popular, sayuran lain pun boleh dibuat kimchi termasuklah timun. Nak cuba, boleh ikuti resipi yang dikongsikan oleh Puan Habibah Abdul Ghani. https://www.facebook.com/abiyy92
Menurut Habibah, dia tidak mempunyai sukatan tertentu untuk resipi ini. Terpulang kepada anda berapa sukatannya.
Resipinya mudah je. Tapi pesannya lagi, perlu menggunakan baby cucumber/timun Jepun. JANGAN GUNA TIMUN BIASA kerana timun itu jenis berair. Tak sesuai ye.
Setelah siap kimchi timun, boleh simpan di dalam bekas tupperware/ bekasplastik biasa, tak perlu bekas kaca.
Jom Cuba Buat Kimchi Timun Ini, Mudah Jer!
Kimchi Timun Yang Rangup
Bahan-bahan:
Timun Jepun – potong memanjang
Garam
Ads
Bahan Untuk pes kimchi:
Lobak merah – potong memanjang
Daun bawang – potong 1 inci
Buah pear/lai/epal merah – potong pnjang / sagat
**Bahan-bahan ini tiada sukatan, terpulang nak banyak mana.
1 sudu bawang putih
Ads
1 cawan serbuk cili atau ikut kepedasan yang dikehendaki
1 sudu gula (untuk seimbangkan rasa pedas)
Sos ikan – jika suka masin, boleh letak lebih.
Cara Membuat:
Ads
Mula-mula sediakan pes kimchi. Satukan semua bahan tadi dalam satu mangkuk besar, Gaul rata dan sesuaikan masam, pedas dan masinnya ikut selera sendiri. Siap. Ketepikan. Timun tadi dibersihkan dan digaul dengan garam. Biarkan seketika. Airnya akan keluar dan ia akan mengecut sedikit.
Untuk menyediakan kimchi, toskan air garam tadi. Kemudian masukkan timun ke dalam mangkuk berisi sos kimchi tadi. Gaul sebati.
Untuk rasa lebih masam, biarkan sehari dalam suhu bilik. Atau boleh juga terus masukkan ke dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Nak terus makan pun boleh sebab ia masih rangup dan segar. Ia sedap dimakan bersama nasi, mee segera atau pun daging BBQ. Fuhh! Terangkat!
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bebola Ayam Bersayur ini memang sedap dan garing. Cecah pula dengan sos. Atau nak makan macam tu saja pun dah sedap. Pernah tak cuba masak di rumah?
Ada juga yang panggil cucur ayam Anak-anak terutamanya pasti gemar memakannya. Gerenti licin lah! Masakan ini dikira lengkap juga sebab ada sayur dan ayam.
Sesuai dimasak untuk hidangan waktu pagi atau untuk minum petang. Makan pula ketika masih panas. Wah! Sedapnya!
Selain itu, bagi yang sering kali mengadakan majlis makan-makan atau potluck, bebola ayam bersayur ini juga sangat sesuai dihidangkan untuk majlis. Boleh disediakan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Kata orang, bancuh-bacuh, goreng..siap!
Ayam -ambil bahagian isi dagingnya sahaja 1-2 biji telur – kalau ayamnya banyak, tambahkan telur
Bawang merah – hiris dadu Sedikit cili merah – hiris Daun sup/daun kucai/daun bawang – hiris Sedikit garam
Minyak masak
CARA MEMBUAT:
1. Isi ayam direbus terlebih dahulu. Selepas isi ayam masak, keluar dan toskan. Kisar isi ayam sehingga hancur (letak air sikit nak bagi basah). 2. Kemudian satukan kesemua bahan lain dan isi ayam tadi dalam satu mangkuk, gaul sehingga sebati.
3. Panaskan minyak, goreng dengan api sederhana. Bila bertukar kekuningan, sedia untuk diangkat, toskan minyak. Siap! Enak dimakan ketika masih panas. Selamat mencuba!
Sedapnya makan ikan, sotong, udang celup tepung ni.Menu celup tepung ni, selalunya terkenal di negeri Pantai Timur. Kalau beli sepiring tu boleh tahan juga harganya. Lebih puas hati makan dan jimat bila buat sendiri.
Namun mak-mak kena pandai buat bancuhannya, barulah menjadi tepungnya melekat, halus dan rangup. Antara tipnya, rupanya kena bancuh guna air ais dan digoreng dalam minyak yang banyak dengan api sederhana besar.
Boleh ikut resipi dan tip lain yang dikongsikan oleh Puan Ummi Hana ini.
“Projek rumah mak bonda ari ni, kita main celup-celup tepung. Adik akak tukang goreng akak tunggu makan jeee. Makan panas-panas kruk krak layannnnn. Jemput bismillah semua.”
Bahan-Bahan:
500 gm tepung beras cap tiga gajah
2 bji telur
1 sd besar serbuk kunyit
2 sd besar air kapur makan (kapur sirih)
Air peti / air ais secukupnya
Garam
Cara Membuat:
Satukan semua bahan dan gaul sebati. Jangan terlalu cair dan jangan pula terlalu pekat.
Selain kuih dan biskut raya, kudap-kudapan juga antara kegemaran ramai masa hari raya.Seperti kerepek, kekacang dan popia nestum ni. Nak buatnya cukup mudah dan pastinya memang sedap.
Cuma bab yang agak ‘renyah’nak buat popia nestum ni, waktu nak menggulungnya. Jika salah gulung, hujungnya terbuka dan gulungan pun tak cantik sekata.
Rupanya ada cara senang nak gulung kulit popia ni, hanya guna batang straw. Ia membuatkan kulit popia lebih mudah digulung, kemas dan cantik apabila digunting nanti.
Berikut perkongsian daripada Puan Shaiela Ehin sebagai rujukan;
“Buat popia nestum hari ni.Saya lebih suka gulung guna straw je.Semua step ada pada gambar ye.Sesiapa nak cuba buat boleh lah buat. Saya halalkan siapa yang ambil resepi ni”
Bahan-Bahan:
Kulit popia
Nestum
Minyak untuk menggoreng
3 senduk Nestum (dikisar halus)
1 senduk gula (dikisar halus)
1 senduk susu tepung
Tepung gandum
air
Straw
Cara Membuat:
Gulung kulit popia dan letak straw. Hujung tu sapukan bancuhan tepung gandum.Bancuh jangan cair, sedang-sedang je macam buat cucur tu.
2. Gulung sampai habis dan tarik straw perlahan-lahan.
3. Buat banyak-banyak seperti ini.
4. Guntingkan popia secara menyerong dengan gunting yang tajam.
5. Gorengkan popia dalam kuali dengan api sederhana sehingga kekuningan.
6. Angkat, tos dan biarkan seketika.
7.Gaul sebati nestum, gula dan susu tepung selepas itu bolehlah taburkan pada popia yang telah digoreng tadi. Pastikan popia telah betul-betul sejuk.
Siap!
Info Ekstra!
1. Popia yang telah digunting tak perlu dijemur. Biarkan bawah kipas sekejap agar keras dan terus digoreng.Barulah rangup.
2.Jika nak senang letak popia yang dah digoreng dalam besen.Tabur nestum tu, goncang-goncang sikit, siap!
3.Kena cari straw yang keras skit, senang nak tarik.Kalau tak nak melekat sapu tepung gandum dekat straw tu, bila dah gulung senang nak tarik.
4. Goreng api sederhana, kalau api kecil sangat nanti popia tu makan minyak.
Selamat Mencuba!
MW: Buat mak-mak yang nak kudapan sampingan masa hari raya nanti boleh cuba resipi ni. Memang senang sangat nak buat dan terbukti sedap!
Misteri kehilangan seorang wanita Tabuan Jaya akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam kereta di parkir pusat beli-belah. Polis sahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian ini.