Kanser payudara merupakan penyebab utama kematian kanser di kalangan wanita Malaysia. Sebenarnya kanser boleh dirawat jika wanita dapat mengesan dan menyedari tanda-tanda tersebut dengan lebih awal.

Adalah amat penting bagi seorang  wanita melakukan pemeriksaan kendiri payudara pada setiap bulan terutamanya bagi mereka yang berumur 20 tahun ke atas.  Ini kerana pemeriksaan yang berkala dapat mengesan kejadian kanser payu dara di peringkat awal dan memudahkan rawatan yang lebih berkesan.

Ramai Wanita Tidak Endah Tentang Tanda Awal Kanser Payudara, Watsons Positive Pinktober Sebar Semangat Positif

Berikut adalah tanda-tanda awal kanser payudara:

  1. Ketulan di bahagian payudara.
  2. Keluar cecair dari payudara
  3. Warna kulit di sekitar payudara menjadi merah
  4. Terasa gatal pada bahagian puting
  5. Saiz payudara menjadi besar atau kecil tanpa sebab
  6. Terasa sakit yang berterusan di bahagian payudara
  7. Puting payudara masuk ke bahagian dalam
  8. Terjadi kedutan di sekitar payudara

Jika anda menghadapi salah satu atau kesemua di atas, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor agar mendapatkan rawatan yang betul. Sayangi diri anda dan para wanita yang anda sayangi dengan menyebarkan maklumat penting ini.

Pelancaran Positively Pinktober

Bulan Oktober cukup sinonim dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memberi kesedaran cara pemeriksaan kendiri  payudara dan termasuklah promosi hebat yang sedang berlangsung.

Watsons turut mengalu-alukan bulan kesedaran kanser payudara dengan Positively Pinktober bagi mengalakkan masyarakat sentiasa berfikiran positif.

Sekali lagi Watsons bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) Malaysia bagi memupuk mesej positif termasuk berkongsi kisah yang dilalui pesakit kanser payudara.

“Walaupun orang kata kanser ini menakutkan tetapi saya selalu katakan pada diri sendiri bahawa saya akan menang dalam pertarungan ini walau apa yang terjadi. Saya adalah pemenang!”- Vandanaa. 

“Saya tak pernah risaukan tentang diri saya sebab saya bekerja di hospital, saya akan dapat rawatan yang terbaik. Tetapi saya hanya fikirkan anak-anak saja, hanya itu saja dalam fikiran saya. Lebih-lebih lagi anak kedua yang merupakan satu-satunya anak perempuan saya.”- Mazwin.

“Bukan sesuatu yang mudah menerima apa yang berlaku pada diri sendiri, tetapi setelah saya lalui semuanya, saya rasa lebih yakin dengan diri dan sedar bahawa kesihatan adalah lebih penting daripada segalanya. Saya amat bersyukur, setiap kali bangun pagi masih lagi bernafas dan masih mampu teruskan hidup untuk satu hari lagi.- Kim. 

Penjimatan Sepanjang Kempen Berlangsung

Positively Pinktober  menjanjikan penjimatan yang berbaloi bermula 30 September hingga 27 Oktober di semua outlet Watsons di seluruh negara dengan tawaran menarik seperti belian dengan belian (purchase with purchase) sehingga 50 peratus untuk semua.

Ramai Wanita Tidak Endah Tentang Tanda Awal Kanser Payudara, Watsons Positive Pinktober Sebar Semangat Positif

Malahan, penjimatan tambahan turut ditawarkan dengan baucar kesihatan dan kecantikan bernilai RM240 daripada jenama yang turut sama mengambil bahagian. Barulah puas membeli-belah!

Ramai Wanita Tidak Endah Tentang Tanda Awal Kanser Payudara, Watsons Positive Pinktober Sebar Semangat Positif

Di samping itu, bagi setiap pembelian beberapa jenama produk yang terlibat, sebahagian daripada hasil kutipan akan disumbangkan kepada BCWA atas usaha berterusan mereka dalam meningkatkan kesedaran kanser payudara di kalangan rakyat Malaysia.

Antara jenama yang mengambil bahagian dalam kempen kali ini ialah:

Ramai Wanita Tidak Endah Tentang Tanda Awal Kanser Payudara, Watsons Positive Pinktober Sebar Semangat Positif

Cashback Dengan Boost

Melalui pembayaran dengan aplikasi Boost , bermula 30 September sehingga 27 Oktober, anda akan peroleh RM10 cashback pada setiap pembelian minimum RM 60 dan ke atas. Manakala dengan pembelian minimum RM 100 dan ke atas, anda akan dapat sebahagian daripada 2, 000, 000 Boost coins.

Ramai Wanita Tidak Endah Tentang Tanda Awal Kanser Payudara, Watsons Positive Pinktober Sebar Semangat Positif

Peluang Menang Sehingga RM 10,000 Mata Ganjaran Watsons

Selain itu, ahli Watsons turut berpeluang menjadi salah seorang pemenang mingguan untuk memenangi mata Watsons bernilai sehingga RM 10,000 apabila anda mengambil bahagian dalam Watsons Pinktober Dance.

Ramai Wanita Tidak Endah Tentang Tanda Awal Kanser Payudara, Watsons Positive Pinktober Sebar Semangat Positif

Caranya cukup mudah! Anda hanya perlu lakukan Watsons Pinktober Dance, belajar untuk melakukan BSE (Breast self- examine) di rumah dengan menonton video ini.

Bagaimana Untuk Menyertai?

  1. Setiap ahli Watsons yang mengambil bahagian perlu memuat naik video anda melakukan video tarian di IG reels.
  2. Pastikan post anda berada di grid profil Instagram dengan tanda pagar, #WatsonsPinktoberDance dan tag @watsonsmy.
  3. Lengkapkan penyertaan dengan menetapkan profil anda kepada “PUBLIC” supaya Watsons boleh melihatnya.

Seramai 5 orang pemenang akan di pilih setiap minggu dan peraduan ini akan berlangsung selama 4 minggu sepanjang bulan Oktober 2021. 5 penyertaan yang menepati syarat dan berada di kedudukan teratas akan dipilih sebagai pemenang (tertakluk kepada terma dan syarat).

Ramai Wanita Tidak Endah Tentang Tanda Awal Kanser Payudara, Watsons Positive Pinktober Sebar Semangat Positif

Berita baik buat semua pelanggan setia Watsons, ketika Positive Pinktober berlangsung, pelanggan disarankan membeli belah dalam talian menerusi Watsons 10.10 Double The Madness yang bermula pada 4 hingga 11 Oktober di mana tawaran diskaun sehingga 75 peratus akan ditawarkan.

Tidak terkecuali, Watsons turut mengadakan flash sale harian untuk lebih daripada 500 produk, crazy deals dari serendah RM2, upsize baucar pada hari itu sendiri dan penghantaran percuma apabila membelanjakan RM100 dan ke atas.

Untuk mendapatkan sebarang promosi terkini, jangan lupa muat turun apps Watsons di Google Play Store, HUAWEI AppGallery dan Apple App Store untuk anda borong sakan secara online.  Untuk maklumat lanjut, lawati website Watsons atau ikuti Watsons di Facebook dan Instagram.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI