Lanjutan tragedi penemuan mayat Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamaruddin,40 yang ditemui dibunuh di sebuah kondominium yang disewa mangsa di Cyberjaya, polis telah menahan lelaki Nigeria di sebuah kafe di pusat beli belah Cheras Sentral, petang semalam.
Berdasarkan siasatan awal polis di Kondominium Third Avenue, Cyberjaya, suspek berkenaan adalah individu terakhir yang dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), keluar dari kediaman mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata suspek dilaporkan bertindak agresif dan cuba melepaskan diri sehingga berlaku pergelutan dengan pihak polis sebelum dia dapat ditahan.
“Pihak polis akan mendapatkan permohonan reman ke atas suspek hari ini,” katanya.
Rakan Kepada Suspek Yang Ditahan
Sementara itu, menurut Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata pada masa ini, siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas suspek, Aliwajuwom Gilbertalowonle @ Juwon, 36, oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sepang.
“Suspek ialah rakan kepada seorang lelaki warga Pakistan dan seorang wanita Nigeria yang ditahan polis awal pagi tadi.
“Ketiga-tiga suspek ini sering berhubung antara satu sama lain. Mereka ialah rakan perniagaan serta memiliki sebuah kedai menjual telefon bimbit di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Ads
Kes Masih Dalam Siasatan
Ditanya sama ada Siti Kharina ialah rakan perniagaan kepada semua suspek, Noor Azam berkata, perkara itu masih dalam siasatan.
“Polis sedang menjalankan siasatan dari semua aspek. Kita sedang siasat macam mana hubungan mangsa dengan suspek dan bagaimana mereka boleh mengenali antara satu sama lain.
“Berdasarkan siasatan awal polis juga mendapati mangsa mempunyai dua rumah sewa.
“Malah, keluarga dan rakan mangsa juga tidak tahu bahawa mangsa turut menyewa rumah di Kondominium Third Avenue,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, polis menolak kemungkinan mangsa dirompak kerana semua barang berharga tidak hilang.
Ads
“Polis juga masih menunggu laporan bedah siasat termasuk kemungkinan mangsa dirogol,” katanya.
Dengan penangkapan suspek ketiga ini, kes pembunuhan Siti Kharina Mohd Kamarudin, berkemungkinan dikategorikan selesai.
Ditemui Pemilik Rumah Sewa
Terdahulu, menurut Noor Azam, mayat Siti Kharina ditemui pemilik rumah sewa berkenaan semalam, selepas melihat kesan darah mengalir keluar daripada salah satu pintu rumah itu.Beliau berkata pemilik rumah itu datang untuk memeriksa rumahnya, dan polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat mangsa di kondominium itu.
“Mangsa ditemui tidak lengkap berpakaian, dengan kesan kelar di bahagian dada, leher dan kepala dan siasatan awal kami mendapati ia adalah Siti Kharina yang dilaporkan hilang sebelum ini.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pihak forensik yang menjalankan siasatan di tempat kejadian telah menjumpai beberapa keterangan fizikal berkaitan kes ini,” katanya.
Ads
Dilaporkan Hilang
Sebelum ini, pihak pengurusan Hospital Serdang mengesahkan Siti Kharina yang dilaporkan hilang, dilihat kali terakhir di kawasan tempat letak kenderaan hospital itu pada jam 4 petang, Rabu minggu lalu.Mangsa dilihat memandu kereta Honda City berwarna putih dengan nombor pendaftaran BEY 1361.
Kehilangan Siti Kharina hanya disedari apabila rakan serumah jururawat itu menghubungi ahli keluarganya untuk bertanya mengenai keadaannya
Siti Kharina sudah lima tahun bertugas Hospital Serdang dan tinggal berjauhan dengan suami Mohd Udzir Khalid, 40, dan tiga anak mereka Khairin Uzma, 14, dan pasangan kembar berusia 10 tahun Khairin Daima Hana dan Khairin Damia Hasya.Suami dan semua anaknya menetap di di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Jenazah ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah, Seri Menanti, di sini, kira-kira jam 9 malam tadi.
MW: Salam Takziah buat keluarga mangsa dan semoga diberi kesabaran menghadapi ujian ini. Semoga pelaku segera dikenakan hukuman dan mendapat pembalasan yang setimpal.
Berpisah cara baik, hubungan Azlina Aziz dengan bekas suami kekal positif. Meskipun sudah berpisah, namun penyanyi senior Azlina Aziz akui dirinya dan bekas suami masih menjalin hubungan baik sebagai rakan.
Berpisah Cara Baik, Hubungan Azlina Aziz Dengan Bekas Suami Kekal Positif
Anak kepada Allahyarhamah seniwati Normadiah dan Allahyarham Aziz Jaffar itu menegaskan dirinya mengambil pendekatan positif dengan kekal berbaik dengan komposer Azman Abu Hassan biarpun sudah berpisah.
Menerusi laporan portal Azlina yang juga kakak kepada Liza Aziz ini juga merancang berhari raya dengan bekas suaminya.
“Saya tengah plan (rancang), saya cakap dengan dia nanti kami ‘free’ (lapang) kami akan datang beraya.
“Saya cakap Man, nanti kalau ‘free’ nanti kami akan datang. Sebelum ini ‘last’ (kali terakhir) jumpa dia masa jumpa Mazuin (balik Malaysia).
“Dulu kita kerap pergi Brunei, memandangkan grup kita, bila jumpa tu (Mazuin), dia happy sangat,” katanya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro Online.
Kami Boleh Terima Perpisahan
Menyambung halnya bersama bekas suami, Azlina turut menyatakan walau sudah berpisah namun mereka tetap memasak bersama-sama.
“Saya biasa-biasa saja dengan dia. Lepas kita itu, terus esoknya jumpa, pergi rumah masak-masak apa semua.
“Perpisahan kita itu pun cara baik dan sebabnya pun bukan kata yang itu. Jadi kita pun dua-dua boleh terima. Alhamdulillah,” sambungnya lagi.
Untuk rekod Azlina dan Azman berkahwin pada 25 April 1992 tetapi memilih merahsiakan tarikh perceraian mereka kepada umum.
Azlina juga akui pada usia 63 tahun dirinya masih aktif di pentas nyanyian.
“Untuk promosi album, saya akan ke depan. Tapi kalau tiada, saya lebih senang mendiamkan diri. Alhamdulillah… penganjur tetap cari saya untuk tawarkan ‘show’ (persembahan).
“Saya tetap ada ‘show’ di Brunei, ada ‘charity show’ (acara amal) dan ‘private show’ (pertunjukan khas) di luar negara,” akhirinya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menu berbuka sederhana namun penuh nikmat. Mak-mak untuk Ramadan hari kesembilan jom masakNasi Lemak Terangkat Ayam Goreng Melakat.
Sedapnya kalau dapat makan Nasi Lemak dengan Sambal dan Ayam Goreng Rangup panas-panas terasa kesegarannya. Sudah pasti ahli keluarga tak sabar nak menjamah menu istimewa buka puasa petang ini.
Menu Berbuka Sederhana
Memang puas lebih-lebih lagi kalau mak-mak yang masak sendiri. Apatah lagi dengan resipi nasi lemak menarik dan sambal luar biasa yang disediakan. Menu berbuka hari ini sederhana namun penuh nikmat! Selamat mencuba ya mak-mak.
Bahan-Bahan Ayam :
½ ekor ayam
1 biji telur
1 mangkuk kecil tepung ayam goreng Bestari
Bahan-Bahan Nasi Lemak :
3 cawan beras beras
1 kotak santan
4 helai daun pandan
Sedikit halia
3 cawan air
Bahan-Bahan Sambal :
Cili kering
Sedikit belacan
Bawang merah
1 genggam ikan bilis
4 sudu cili sos
2 sudu sos tiram
Bahan-Bahan:
2 genggam ikan bilis (digoreng garing)
1 mangkuk kacang tanah (digoreng)
5 biji telur (direbus)
Cara Memasak Ayam Goreng:
1.Gaulkan ayam bersama telur dan tepung ayam goreng Bestari
Kemudian celupkan ayam tadi ke dalam tepung ayam goreng Bestari.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Cara Memasak Nasi Lemak :
1.Basuh beras hingga bersih.
2.Letakkan halia dan santan serta daun pandan.
3.Masukkan air dan kacau.
4.Kemudian masak nasi seperti biasa menggunakan periuk elektrik.
Cara Memasak Sambal :
1.Panaskan minyak dan tumis cili yang telah dikisar bersama bawang merah, ikan bilis dan belacan.
2.Seterusnya masukkan sos cili, sos tiram kemudian garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. Sebatikan.
3.Masak sambal guna api kecil hingga sambal likat kemudian masukkan ikan bilis yang sudah digoreng.
Padamkan api dan sedia untuk dihidang.
Hidangkan nasi lemak bersama ayam goreng, telur rebus, ikan bilis dan juga kacang goreng.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Akhirnya Keluarga Kami Boleh ‘Move On’. Itulah antara luahan isteri kepada Da’i Syed, Hana Ismail apabila mendapat berita suaminya bebas daripada sebarang pertuduhan di mahkamah.
Pendakwah selebriti, Dai’ Syed Iqmal dan pengacara, Hana Ismail telah berkahwin pada 3 Disember tahun lalu. Pemilik nama sebenar, Nurulhana Ismail berasa sangat bersyukur apabila suaminya dibebaskan.
“Akhirnya Keluarga Kami Boleh ‘Move On’”
Menerusi perkongsian satu hantaran menerusi Insta stories Hana meluahkan rasa gembira dan syukur terhadap apa yang berlaku ke atas suaminya.
“Akhirnya keluarga kami boleh move on (melupakan) perkara ini.
“Suami saya sangat berani berdepan dengan situasi ini namun melihatnya pernah seperti ini (di fasa terendah), bikin luluh hati ini.
“Moga dalam rahmat dan lindungan Allah selalu sayang,” luah Hana.
Dibebaskan Daripada Tuduhan Merogol
Seperti mana dilaporkan BERNAMA, Da’i Syed dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun, hampir empat tahun lalu.
Hakim, Rihaida Rafie, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Syed Shah Iqmal, 27, di akhir kes pendakwaan.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira jam 1.35 malam, pada 11 September 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April tahun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam Syed Amirul Syed Edros.
Pada 31 Mei tahun lepas, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.
Syed Amirul ketika dihubungi Bernama mengesahkan anak guamnya kini bebas daripada sebarang pertuduhan di mahkamah.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.