
Raja Permaisuri Agong
Mulianya hati Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah terhadap golongan golongan berpendapatan rendah (B40) di Johor, Seri Paduka Baginda bertitah mahu melaksanakan program kekeluargaan bagi mencipta kenangan manis di kalangan mereka.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berkenan membincangkan perkara itu ketika menerima menghadap isteri kepada Setiausaha Kerajaan Johor Datin Siti Azizah Omar, di Istana Bukit Serene.
Seri Paduka Baginda berkenan membincangkan perancangan untuk program kekeluargaan dianjurkan di semua daerah, menerusi kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) dan pejabat Daerah.
“Saya berharap untuk mengadakan program sedemikian untuk memberi masyarakat B40 satu ruang untuk bersuka-ria seisi keluarga dan mencipta kenangan manis bersama,”
titah Seri Paduka Baginda.Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pegawai Daerah Johor Bahru Mohd Masni Wakiman dan isterinya Nurul Asliza Salim; Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi dan isterinya Engku Noorwidainie Engku Aman, isteri Pegawai Daerah Mersing Wan Nor Hanida Wan Ismail serta Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ Hishamuddin Abdul Rahim.
Sumber: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar