Raja Azura teruskan tindakan siar iklan cari bekas suami. Sebagai seorang ibu, tiada apa yang lebih merunsingkan hati selain memastikan kebajikan anak-anak terpelihara. Itulah perjuangan yang sedang ditempuh pelakon dan pengacara popular, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 53, apabila terpaksa mengambil langkah baharu demi menyelesaikan isu tunggakan nafkah melibatkan tiga cahaya matanya.

Perjuangan Raja Azura ini bukan sekadar isu peribadi, tetapi cerminan realiti ramai wanita di luar sana yang terpaksa bersusah payah menuntut hak anak selepas perceraian. Ada yang terpaksa ke mahkamah berulang kali, ada yang terpaksa menanggung segalanya sendirian.

Dalam kesibukan kerjaya dan cabaran kehidupan, Raja Azura tetap mampu tersenyum dan berdiri teguh sebagai ibu.

Raja Azura Teruskan Tindakan Siar Iklan Cari Bekas Suami

Selepas usaha mendapatkan kerjasama daripada bekas suaminya, Adzmin Osman, tidak berjaya, Raja Azura akhirnya meneruskan tindakan penyampaian ganti dengan menyiarkan iklan pencarian dalam akhbar, satu prosedur yang dibenarkan mahkamah apabila pihak yang terlibat gagal dihubungi atau enggan menerima dokumen penting.

Menurut Raja Azura, proses menyerahkan afidavit sebelum ini tidak dapat dilakukan kerana bekas suaminya enggan memberikan maklum balas.

“Sebelum ini, penyerahan afidavit tidak berjaya sebab tidak mahu memberi maklum balas, jadi saya terpaksa memohon penyampaian ganti. Iklan pun disiarkan, dan saya berharap dia dapat hadir serta menjelaskan kepada mahkamah mengenai tunggakan nafkah anak-anak,” ujarnya.

Ads

Raja Azura Teruskan Tindakan Siar Iklan Cari Bekas Suami, Mahu Selesaikan Tuntutan Nafkah Tiga Anak  

Harap Bekas Suami Hadir

Sebagai seorang ibu yang sudah lama memendam rasa, Raja Azura menjelaskan tidak mengharapkan apa-apa yang hanya mahukan bekas suaminya hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan, iaitu 3 Disember, untuk menyelesaikan tuntutan nafkah.

“Harap dia hadir dan selesaikan isu tunggakan nafkah ini. Dia kena datang sendiri dan membuat pengakuan tentang hutang nafkah yang tertunggak sebelum kes boleh diteruskan ke peringkat seterusnya”, terang Raja Azura.

Meskipun sudah lebih 15 tahun berdepan isu pembayaran nafkah yang dikatakan tidak konsisten, Raja Azura tetap memilih jalan yang tenang tanpa mahu menimbulkan konflik.

Ads

“Saya tidak akan merayu.”

Wanita cekal ini menegaskan tidak akan memujuk atau merayu kepada bekas suaminya untuk tampil.

“Saya pun tak tahu dia di mana sehingga sekarang. Kalau saya cari sendiri, nanti jadi gaduh. Kalau boleh, saya nak selesaikan secara damai.”

Untuk rekod, pada 10 September lalu, Raja Azura memfailkan permohonan pelaksanaan penghakiman terhadap nafkah tiga anaknya selepas mendakwa bekas suami culas membayar nafkah mengikut perintah mahkamah sejak lebih satu dekad.

Ads

Hasil perkahwinan mereka yang terbina pada 2001 dan berakhir pada 2010, pasangan ini dikurniakan tiga anak Megat Muham mad Raziq,Megat Luqman Haqim dan Puteri Mia Maizura.

Raja Azura Teruskan Tindakan Siar Iklan Cari Bekas Suami, Mahu Selesaikan Tuntutan Nafkah Tiga Anak  

Baca Disini : “Nak Bantu Supaya Bekas Suami Tunaikan Tanggungjawab, Agar Kami Semua Sama-Sama Menuju Ke Syurga” Raja Azura

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YM Raja Azura (@raja_azura)

Sumber Foto : Instagram Raja Azura

Sumber : Kosmo Online

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads