
Ini rahsia wanita cantik kawal selera makan, amalkan puding chia seed. Tetapi pastikan ada beberapa bahan ini di dapur dulu dan anda boleh jadikan sarapan atau makan malam.
Rahsia Wanita Cantik Kawal Selera Makan

Apa yang best menu yang dikongsikan oleh saudari Farnuraa ini juga boleh diamalkan untuk sahur nanti. Bukan sahaja nampak sedap, yang penting warna menu ini boleh buat anda yang kurang rajin ada selera.
Jom tengok bahan-bahannya dahulu:
Chia Seed
Susu Mix Santan (50ml susu, 50ml santan) Letak sedikit garam
Yogurt
Garam
Strawberi + Beet Powder
Matcha Powder
Amalkan Puding Chia Seed

First Layer
1-2 sudu chia seed + strawberi powder + susu 70ml + santan 30ml + garam sikit + madu kalua nak manis.
Second Layer
Greek yogurt or yogurt biasa.
Third Layer
1-2 sudu chia seed + matcha powder + susu 70ml + santan 30ml + garam + madu (optional)
Topping: Granola atau buah
@farnuraa Chia pudding 🍰 #fyp #resepisimple ♬ Waltz of the flowers (The nutcracker suite) Main Theme(1074033) – Maenomeri48
Untuk info, chia seed kalau 1 sudu boleh guna cecair 50/60ml sahaja, baru pekat. Pastikan rendam dahulu dalam 1-2 jam, kemudian asing mengikut perisa. Boleh tambah granola untuk rasa lebih rangup.
Haaa.. tengoklah hasilnya! Anda boleh buat stok ini untuk tiga hari. Berbaloi-baloi amalkan, kenyang lama sebab serat tinggi dan antioxidant (buat kulit awet muda). Ada protein, omega 3 dan probiotic).
Moga impian untuk kekal sihat dan awet muda tercapai, wanita-wanita cantik!
Sumber video resepi: Farnurra
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!


