Ads

“Que Haidar Dibenarkan Berlakon Jika Tiada Pelakon Wanita.” Ellie Suriaty Dedahkan Apa Yang Dia Tahu

Que Haidar
Que Haidar

Que Haidar sanggup mengorbankan kerjaya seninya selama 16 tahun demi keluarga tercinta, itu yang didedahkan pelakon wanita iaitu Ellie Suriaty.

Que Haidar Berkorban 16 Tahun

“Que Haidar Dibenarkan Berlakon Jika Tiada Pelakon Wanita.” Ellie Suriaty Dedahkan Apa Yang Dia Tahu

Menerusi satu hantaran dalam Threads, Ellie mendakwa terdapat wanita yang dipercayai bekas isteri Que mengawal segala perkara berkaitan kerjaya seni aktor berkenaan.

“Oh ‘dear’ Que, dia berada di kemuncak kerjayanya ketika berkahwin.

“Dia mengorbankan 16 tahun untuk melayan paranoia dan membesarkan anak-anak supaya mereka membesar dalam suasana positif di sekelilingnya.

“Dia (wanita itu) akan mengamuk jika Que berkeras mahu menerima tawaran kerja,” katanya dalam ruangan komen satu hantaran Threads hari ini.

Ads

Dakwa Ellie lagi, wanita itu turut meletakkan syarat iaitu tiada pelakon wanita terlibat dalam mana-mana projek yang dilakukan Que.

Dibenarkan Berlakon Jika Tiada Pelakon Wanita

“Que Haidar Dibenarkan Berlakon Jika Tiada Pelakon Wanita.” Ellie Suriaty Dedahkan Apa Yang Dia Tahu

Kalau pun Que mahu pergi penggambaran, dia hanya membenarkan jika semua pelakon dalam senarai adalah lelaki.

“Tiada aktres dibenarkan berlakon dengannya, walaupun pelakon tambahan,” katanya lagi.

Ads

Paling membuatkan ramai simpati, Que juga pernah bertemu dengan Ellie tanpa pengetahuan sesiapa untuk meluahkan rasa kerinduan terhadap dunia seni.

“Dia pernah berjumpa saya secara rahsia 12 tahun lalu untuk beritahu dia sangat merindui kerjayanya sebagai pelakon,” katanya lagi.

Ellie bagaimanapun tidak menyatakan mana-mana nama selain netizen menzahirkan rasa simpati terhadap Que atas pengorbanan yang dilakukan untuk keluarganya.

Ads

“Que Haidar Dibenarkan Berlakon Jika Tiada Pelakon Wanita.” Ellie Suriaty Dedahkan Apa Yang Dia Tahu

Semalam, bekas isteri Que iaitu Linda Jasmine memberi bayangan seolah-olah dia bercerai dengan Que pada Julai 2024 disebabkan mahu melindungi anak-anak mereka daripada kejahatan.

Untuk rekod, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.

Gambar: Linda Jasmine

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Ibu Guna Duit Raya Anak Beli Barang Kemas, Budak Mengamuk Di...

Kisah seorang ibu guna duit raya anak beli barang kemas tular di laman media sosial baru-baru ini. Sampai kerasukan apabila ibunya guna duitnya.