Memang penting bagi wanita untuk menjaga kesihatan diri sendiri dengan melakukan ujian Pap Smear setiap 3 tahun sekali.Lebih-lebih lagi apabila umur menginjak 30-an.

Ini kerana berdasarkan statistik Persatuan Kanser Kebangsaan (NCSM), lebih 1,000 wanita disahkan menghidap kanser serviks atau pangkal rahim setiap tahun termasuk menyerang wanita muda seawal usia 30-an.

Situasi ini cukup membimbangkan kerana setiap tahun, terdapat kematian pesakit kanser serviks yang dikatakan berpunca daripada kelewatan mengesan sel kanser yang merebak sehingga ke peringkat akhir.

Mesti Baca: Ambil Pil Perancang Keluarga Lebih 5 Tahun Antara Punca Kanser Serviks!

PENTING! Wanita Perlu Menjalani Ujian Pap Smear 3 Tahun Sekali

Pap Smear Ujian Saringan Awal

Pap Smear adalah ujian saringan awal bagi mengesan kanser serviks. Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada kanser serviks.

Kanser serviks merupakan kanser di antara yang tertinggi di kalangan wanita di Malaysia. Kanser serviks adalah keadaan apabila sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser.

Pap Smear dapat mengesan peringkat awal sebelum kanser itu terjadi. Pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya.

Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks dan berumur antara 20 – 65 tahun perlu menjalani ujian Pap Smear.

IKLAN

Ujian ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, kecuali pada masa haid dan nifas. Sehari sebelum melakukan ujian Pap Smear, pastikan anda tidak melakukan hubungan seks dan menggunakan sebarang ubat di dalam faraj.

Menarik Di Sini: Kesan Virus HPV, Lakukan Sendiri Ujian Mudah & Selesa Di Rumah

PENTING! Wanita Perlu Menjalani Ujian Pap Smear 3 Tahun Sekali

Cara Melakukan Ujian Pap Smear

Ujian Pap Smear dilakukan dengan menggunakan spekulum atau berus serviks yang akan dimasukkan ke dalam faraj. Sel permukaan serviks akan diambil menggunakan spatula atau berus serviks dan kemudian dihantar ke makmal untuk diperiksa.

Keputusan akan diperolehi selepas beberapa minggu melakukan ujian kerana pihak makmal harus memeriksa dengan teliti. Keputusan akan dimaklumkan secepat mungkin.

IKLAN

Keputusan yang mungkin dimaklumkan adalah normal atau tidak normal. Jika tidak normal, anda akan dirujuk untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Wanita perlu menjalani ujian Pap Smear 3 tahun sekali.
Ingat! Sayangilah diri dan keluarga anda. Lakukan ujian Pap Smear.

PENTING! Wanita Perlu Menjalani Ujian Pap Smear 3 Tahun Sekali

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Pesanan buat wanita, lakukanlah ujian Pap Smear setiap 3 tahun sekali, bagi membuat saringan awal untuk mengesan kanser serviks.

IKLAN

Artikel Popular: Nasihat Doktor, WANITA Belum Berkahwin Juga Sangat Bagus Ambil ASID FOLIK!

Sumber: Myhealth KKM

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

PENTING! Wanita Perlu Menjalani Ujian Pap Smear 3 Tahun SekaliPernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI