Siapa sangka hidung selalu berdarah dan berbau busuk rupanya petanda gejala ‘Rhinolith’. Manik atau ‘bead’ yang termasuk dalam hidung tanpa disedari sekian lama menjadikan punca penyakit dan ketidakselesaan ini.

Situasi ini dijelaskan oleh Dr Ezairy M.Sallih yang merupakan Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak, Surgeri Kepala & Leher.

Berikut perkongsian tersebut;

Pesakit saya ni berumur 23 tahun. Hidung kirinya selalu berdarah. Kadang-kadang tu hidungnya berbau. Busuk.

Bermacam-macam ubat sudah dicuba, masih tak elok. Masih berdarah dan berbau. Kadang-kadang saja, tetapi peliknya tak ada pula simptom resdung lain. Tak ada bersin-bersin, tak ada gatal hidung. Leher pun tak membengkak untuk kita suspect kanser. Semua macam biasa-biasa.

Saya periksa hidung beliau. Saya gunakan nasal endoscope bersama skrin tv, hidung kirinya sudah hampir tertutup. Ada kotoran hitam berbau di situ. Perlahan-lahan saya bersihkan hidung beliau, sehingga saya menjumpai sesuatu yang tidak saya sangka.

PUNCA Hidung Selalu Berdarah Berbau Busuk, Hati-Hati Rupanya Gejala ‘Rhinolith’!

‘Rhinolith’

Kawan-kawan.. jika anda ada tanda dan gejala seperti ini, anda mungkin bukan mengalami resdung, ia juga mungkin bukan disebabkan kanser. Tetapi ia mungkin sejenis penyakit dipanggil sebagai ‘rhinolith’.

Apa itu rhinolith? Rhinolith ini berlaku di dalam hidung apabila sesuatu objek atau apa-apa pun foreign body duduk lama dalam hidung akhirnya akan membentuk sebatian seperti batu rhinolith. Pesakit akan mengalami gejala hidung berbau, mengeluarkan cecair, sesetengah kes boleh mengakibatkan jangkitan!

Semoga ada manfaat daripada kisah pendek ini.

Dr Ezairy M.Sallih
Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak
Surgeri Kepala & Leher

Nota gambar : ini merupakan objek yang ada dalam hidung beliau. ‘Bead’ ni mungkin dah ada lama di situ. Lama-kelamaan jangkitan boleh berlaku, pembentukan batu seperti ‘rhinolith’ juga boleh berlaku.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:
Doktor ENT Ini Jelaskan Selain Merokok, Ikan Kering & Makanan Awet Antara Penyebab Kanser Hidung!

Panik Hidung Anak Selalu Berdarah, Pakar ENT Ajar Lakukan Trotter’s Method!

Mingguan Wanita :Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah semoga lebih hati-hati dan pantau keadaan anak kecil iya. Manik seperti mungkin boleh termasuk dalam hidung sekian lama tanpa disedari dan boleh menyebabkan gejala ‘Rhinolith’ iaitu hidung berdarah dan berbau busuk.

Sumber : Dr Ezairy M.Sallih

IKLAN

APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?

Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.

Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.

• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?

Teringin ikut jejak mereka?

Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!

IKLAN

Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.

Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster

Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW

PUNCA Hidung Selalu Berdarah Berbau Busuk, Hati-Hati Rupanya Gejala ‘Rhinolith’!

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI