Puding Pandan @ Kanom Piak Poon, Ikut Resipi Wanita Ini Kongsi Mesti Jadi
Kanom piak poon atau puding pandan Thai memang antara sajian pencuci mulut yang sering menjadi perhatian ramai apabila dihidang. Sajian pencuci mulut ini memang sangat terkenal di negara Thailand.
Bahan yang diperlukan tidak banyak dan cara membuatnya pun tidaklah susah. Boleh jamu suami dan anak-anak makan. Buat sendiri lagi puas makan. Memang sedap. Simple sangat, rasa lemak manis kuah santan dan puding, lembut, cair dalam mulut!
Melalui perkongsian Shahmila Radha, wanita ini ‘menurunkan’ resipi sajian pencuci mulut, Kanom Piak Poon yang dipelajarinya dari ‘maid’ Thai.
RESIPI KANOM PIAK POON (PUDING PANDAN THAI)
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PUDING:
2 sudu kapur masakan (campur dengan 1 gelas besar air. Ketepikan) (ambil 1 1/2cawan air kapur yang jernih sahaja)
1 cawan tepung beras
1/3 cawan tepung pulut
1/3 cawan tepung ubi kayu
1/3 cawan gula perang
1 cawan air
1/2 cawan santan pekat
Secubit garam
1 sudu paste pandan
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Tapis tepung, satukan semua bahan supaya tidak berketul.
2. Buka api paling kecil, kacau sampai puding jadi jernih. Perlu sentiassa kacau seperti dodol dan tidak boleh tinggal walaupun sekejap.
3. Paling cepat boleh siap setengah jam. Mesti pastikan puding itu betul-betul jernih barulah masak.
4. Apabila sudah masak, bolehlah ketepikan agar suam. Bila sudah suam, boleh scoop masukkan dalam mangkuk puding dan letak dalam peti sejuk.
Ads
BAHAN KUAH SANTAN:
Ads
2 kotak santan kotak (saiz kecil)
1 sudu kecil tepung jagung(bancuh dengan 1 cawan air )
1 sudu besat gula pasir putih
1/2 sudu teh garam
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan santan, kemudian masukkan air tepung jagung, gula dan garam. Bila sudah likat, tutup api dan sejukkan dalam peti sejuk.
2. Kelapa parut pula gaul dengan sedikit garam untuk rasa lemak.
CARA HIDANG:
Ketika hendak dihidangkan, tuang kuah santan. Letak satu sudu kelapa parut tadi dan tabur biji bijan. Kalau nak cantik, puding perlu kurangkan air sikit. Apabila sudah suam boleh guna piping icing dan piping atas talam. Tapi ia akan keras sikit tidak cair masuk mulut. Ada yang suka puding ini lembut cuma apabila puding lembut, memang tidak boleh hendak dibentuk.
Ramai yang suka biskut batang jenama Pepero yang berasal dari Korea Selatan. Biskut ni ada bermacam-macam perisa yang sedap.Jika mak-mak masih tercari-cari biskut raya yang mudah, senang dibuat boleh cuba resipi Popia Pepero yang sedang viral ni.
Kulit popia (apa-apa brand tak kisah)
Minyak untuk menggoreng secukupnya
White coklat
Biskut Oreo (hancur)
Cara-Cara Membuat:
1. Potong dan gulung kulit popia.
**kalau yang kulit popia yang besar potong kepada 4 bahagian, gulung dan lekatkan hujungnya dengan air.
**kalau yang kulit popia yang kecik, terus gulung sahaja, lekatkan hujungnya dengan air.
2.Goreng kulit popia hingga keperangan. Dah goreng, saya simpan dalam tupperware. Esoknya baru celup white choc.
3.Cairkan white coklat guna kaedah double boil. Bila dah cair celup pada kulit popia, pastu balut pula dengan oreo.
Kaedah double boil, macam ni.
Info Ekstra!
Kalau guna coklat balutkan dengan badam sedap. Tapi badam leceh sikit sebab nak kena sangai dulu.
Tak perlu letak dalam peti sejuk.
Saya guna lidi sate semasa menggulung dan ia tak padat.
Saya guna kulit popia yang besar, potong 4. Rangup sampai ke dalam.
Oreo beli dah siap hancur. Beli kat kedai kek, harga dalam RM13.
White coklat saya guna brand ni. Cairkan guna kaedah double boil. Beli kat kedai cake jugak. Harga rm15.90.
Siap!
Selamat Mencuba!
MW:Senangnya buat popia papero ni. Anak-anak dan budak kecil puan mesti suka bila hidang masa raya nanti. Kena cuba!
Resipi Rendang AYAM PENCEN Cili Hijau Sedap, Sukatan Untuk 5 Ekor!Musim raya ni kalau boleh macam-macam jenis rendang yang nak dicuba. Lagi-lagi untuk jamu tetamu bila buat rumah terbuka. Masak rendang guna ayam pencen lebih sedap, tak mudah hancur apatah lagi bila dimasak lama.
Boleh cuba resipi rendang ayam pencen cili hijau yang dikongsikan oleh Nazri Mat Zain ini.
Resepi Rendang Ayam Cili Hijau. Ni untuk Ayam Pencen 5 ekor
Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam kuali.
Guna bahan-bahan dekat bawah ni:
(Bahan Kisar)
10 biji Bawang Besar
2 labu Bawang Putih
15 batang Serai
100g Lengkuas
150g Halia
6 biji Buah keras
2 Sudu Besar Jintan Manis
1 Sudu Besar Jintan putih
2 Sudu Besar Ketumbar
200g Kunyit hidup ( Nak lebihkan pun boleh)
300g Cili akar/Cili Padi
300g Cili Hijau
1 1/2kg Santan pekat
400g Kerisik
sebiji Gula Melaka
Garam, Aji dan gula secukup rasa
Cara Membuat:
1. Blend semua bahan-bahan diatas terus masukkan ke dalam kuali yang berisi ayam tadi.
2. Buka api perlahan masak hingga mereneh sambil-sambil kacau dalam sejam.
3. Lepas tu masukkan santan pekat, kerisik, Gula Melaka, Garam, Ajinomoto dan gula secukup rasa.
4. Kalau tak keluar minyak masukkan lah minyak masak supaya rendang tu nampak berminyak sikit.Papa guna santan kotak memang tak keluar minyak, jadi Papa tambah minyak kemudian.
5. Bila ayam dah lembut masukkan daun kunyit yang telah diracik halus. Kacau-kacau dan tutup api.
Dah siap..
Papa masak dengan api perlahan selama 4 jam baru lembut.
Bila musim panas dapat makan dadih sejuk yang lembut dan cair dalam mulut memang nikmat! Kalau beli dadih ni memang agak mahal dan tak puas makan. Elok mak-mak buat sendiri di rumah lebih menjimatkan!
Berikut perkongsian resipi dadih yang dibuat oleh Puan Afieyza Isahak sebagai rujukan;
“Dah lama viral, baru nak cuba.Sungguh, sangat-sangat sedap!Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikan dia tu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang!”
Okey, Cik Fieyza salin resipi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba! ❤️
Bahan-Bahan:
1 liter susu kotak
Agar-agar tali 20g (Guna 1/3 saja)
Gula ikut kemanisan sendiri
Garam secubit rasa
1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar
Cara Membuat:
1.Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.
2.Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api.
3.Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
4.Siap untuk ditelan!!
MW: Mudah je nak buat dadih susu ni, bahan-bahan pun tak banyak. Teksturnya lembut, makan sejuk-sejuk memang sedap! Kena cuba pencuci mulut ni.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...