
Rupanya serabut atau serat yang ada pada buah seperti buah mangga, betik, limau dan sebagainya merupakan bahagian yang paling berkhasiat sekali. Ia mengandungi Bioflavonoids semulajadi yang sangat baik untuk kesihatan. Jika selama ini mak-mak potong buah, suka buang serat dan serabutnya. Ada baiknya tak perlu buang dan makan sekali serabutnya selepas baca perkongsian daripada Prof Dr Imelda ini.
Berikut perkongsian tersebut;
Semalam, mak saya kata, awat saya jamu sepupu dan Pak Long saya buah betik dengan serabut-serabut sekali? Mak suruh buang serabut betik.
Saya habaq kat mak, saya buang biji betik saja. Serabut kuning kat bawah biji betik tu laaa serat buah yang paling berkhasiat sekali, toksah buang. Yang ni laaa kita panggil BIOFLAVONOIDS.
Bioflavonoids ni serat warna kuning yang kita boleh jumpa kat bawah kulit mangga. Jadi buang kulit yang nipis saja, jangan buang serabut mangga bawah kulit. Sama juga bawah kulit buah limau.
Bioflavonoids Semulajadi
Makan laa bioflavonoids yang kita jumpa secara semulajadi. Kajian menunjukkan ia ada khasiat melawan keradangan (anti-inflammatory), anti-oxidant, anti-bakteria, anti-fungus, anti-viral dan ada potensi melawan sel kanser (anti-cancer) terutamanya potensi mengurangkan risiko kanser usus.
Takpayah laaa beli suppliment bioflavonoids yang depa jual. Dah ada di dalam alam secara semulajadi dalam serat buah-buahan yang kuning.
Lain kali orang datang, jamu lah depa buah dengan serabut tu sekali. Ini lah bahagian yang paling istimewa sekali. Untuk minuman, teh hijau (green tea) lah tinggi khasiat flavonoids . Tapi jangan tambah gula naaaa.
Tak payah laaaa beli produk dalam pil, serbuk dan capsule tu, produk biji aprikot tu mengarut saja.
Baca Lagi Di Sini: Pakar Dedah Banyak Kelebihan Makan Nenas, Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi selepas ini mak-mak bila nak potong buah seperti mangga dan betik tak perlu dibuang serabutnya. Banyak khasiatnya yang tersendiri, kaya dengan Bioflavonoids semulajadi yang bagus untuk kesihatan.
Sumber: Imelda Balchin
Tinggi Nutrien Rendah Kalori, Hebatnya Arugula, Makan Begitu Sahaja Pun Sedap

Arugula sering dimakan mentah sebagai salad hijau tetapi juga boleh dinikmati dimasak dalam pelbagai hidangan.
Sayuran ini telah ditanam dan digunakan sejak zaman Rom kuno. Dikatakan arugula buat pertama kalinya digunakan sebagai ramuan perubatan dan afrodisiak.
Arugula adalah sayuran hijau yang sedap dan lazat yang berasal dari wilayah Mediterranean. Ia juga dikenali sebagai rucola, salad roket, dan cress Itali.
Daunnya cenderung berwarna hijau tua dengan lekukan yang mendalam di atas dan bawah kedua-dua bahagian. Sebilangan daun mempunyai hujung bulat yang penuh, sementara yang lain lebih runcing.
Arugula adalah ahli keluarga Brassica, atau Cruciferous. Klasifikasi ini merangkumi kebanyakan sayur-sayuran cruciferous, seperti kubis Brussels, kale, kubis bunga dan brokoli.
Baca sini:
TIGA Jenis Buah Tembikai Ini Khasiatnya TERBAIK, Sedap Tidak Terkata!
Pilih Sahaja Jenis Teh Disukai Sebab Setiap Satu Ada Khasiat Tersendiri
Kebaikan Yang Terdapat Dalam Arugula
Sayur hijau yang enak ini adalah makanan penuh nutrien yang tinggi serat dan fitokimia. Arugula rendah gula, kalori, karbohidrat, dan lemak. Ia mengandungi banyak nutrien penting.
INI TERMASUK:
-Kalsium, yang membantu darah membeku secara normal. Ia juga diperlukan untuk kesihatan tulang, kesihatan gigi, fungsi otot, dan fungsi saraf.
-Kalium (potassium) mineral dan elektrolit yang penting untuk fungsi jantung dan saraf. Ia juga membantu otot menguncup secara normal. Kalium membantu mengurangkan kesan negatif natrium, dan mungkin bermanfaat bagi orang yang mempunyai tekanan darah tinggi untuk alasan ini.
-Folat, vitamin B. Ia membantu menyokong pengeluaran DNA dan bahan genetik lain. Sangat penting bagi wanita yang hamil atau merancang untuk hamil. Kekurangan folat pada wanita hamil boleh menyebabkan spina bifida, kecacatan tiub saraf.
-Vitamin C, antioksidan kuat yang membantu menyokong sistem imun. Juga dikenali sebagai asid askorbik, vitamin C penting untuk kesihatan tisu dan penyerapan zat besi dari makanan.
-Vitamin K, yang membantu pembekuan darah. Sekiranya anda memerlukan preskripsi darah yang lebih nipis, seperti warfarin (Coumadin), bincangkan pengambilan vitamin K anda dengan doktor anda sebelum mengubah tabiat makan anda.
-Vitamin A, istilah payung untuk sekumpulan retinoid larut lemak. Vitamin A adalah antioksidan yang kuat, yang menyokong fungsi imun, pertumbuhan sel, penglihatan malam, dan kesihatan mata secara keseluruhan. Ia juga berfungsi untuk membantu menjaga fungsi ginjal, paru-paru, dan jantung.
Cara Guna Arugula Dalam Masakan
Arugula dimakan mentah rasanya enak, dan ia dapat digunakan sebagai tambahan tambahan yang sihat untuk pizza, nachos, sandwich, dan wraps.
Ia dapat disajikan sebagai salad sampingan dengan sedikit minyak zaitun, garam, dan lada hitam.
Arugula juga boleh menjadi asas yang baik untuk resipi salad yang lebih banyak. Cuba tambahkan tomato ceri, ayam panggang, dan walnut untuk hidangan protein rendah kalori.
Bentuk dan rasa daun Arugula juga menjadikannya pelengkap menarik untuk salad buah sitrus dan buah beri.
Arugula boleh digunakan sebagai alternatif basil untuk membuat pesto panas atau sejuk. Resipi ini menggunakan arugula, parmesan, dan kacang pine dengan hasil yang lazat.
Apabila arugula dimasak, ia kehilangan sebilangan rasa pedasnya.
Sumber: healthline.com
Baca ini juga:
Mungkin Kita Tidak Suka Ubi Bit, Tapi Banyak Kebaikannya Untuk Kesihatan
Hati-Hati, Salah Guna Minyak Angin Boleh Sebabkan Keracunan!

Menjadi kebiasaan ramai yang suka menggunakan minyak angin untuk memberi kelegaan, mengurangkan keradangan dan menghilangkan kesakitan.Ia sering dijadikan alternatif minyak ‘pelbagai fungsi’ untuk merawat pelbagai kesakitan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bahaya sebenarnya jika salah menggunakan minyak angin ini. Jika disapu pada kulit dalam kuantiti yang banyak mahupun digunakan selain kegunaan luaran boleh akibatkan keracuan yang membahayakan kesihatan!
Jemput baca penerangan oleh Doktor Pakar ini, Dato’ Dr.Mohd Rushdan Md Noor sebagai rujukan.
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MINYAK ANGIN
Minyak angin adalah sejenis minyak sapuan ataupun topikal yang selalu digunakan oleh masyarakat kita. Terdapat terlalu banyak jenama minyak angin di pasaran. Ia boleh dikatakan minyak serbaguna untuk mengurangkan gejala sakit, kembung perut, melegakan hidung tersumbat, gatal, gigitan serangga dan lain-lain lagi. Sebenarnya di dalam minyak angin itu terkandung ubat yang dicampurkan bersama minyak.
3 Jenis Ubat Dalam Minyak Angin
Ada 3 jenis ubat yang seringkali dimasukkan ke dalam minyak angin iaitu Methyl Salicylate, Menthol dan Camphor. Ketiga2 ingredient ini bertindak sinergistik untuk mengurangkan keradangan, memanaskan, menyaman dan memberi aroma melalui perawapan.
Methyl Salicylate adalah antikeradangan dan bertanggungjawab menghasilkan kepanasan, Menthol pula adalah untuk aroma dan memberi kesan kesejukan. Camphor juga mempunyai kesan yang sama disamping mengurangkan kegatalan, mudah meruap dan menyamankan. Methyl Salicylate adalah racun berjadual dan perlu mematuhi peraturan KKM jika hendak digunakan sebagai ubat.
Boleh Sebabkan Keracunan
Ketiga-tiga ubat yang dinyatakan di atas sebenarnya boleh memudaratkan jika kaedah penggunaannya tidak betul dan digunakan ke atas kanak-kanak (rujuk pautan di bawah). Ubat-ubat ini jika disapukan pada permukaan kulit dalam kuantiti yang banyak boleh meresap masuk ke dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan.
Terdapat laporan keracunan salicylate ke atas kanak-kanak dan orang dewasa yang menyalahgunakan minyak angin. Di antara gejala keracunan adalah loya, muntah, keliru, alkalosis (berlebihan alkali), asidosis (berlebihan asid) dan kegagalan organ. Begitu juga dengan menthol dan Camphor, masing-masing ada kesan sampingan yang tersendiri.
Kami pernah melaporkan satu kes ibu hamil 32 tahun yang mengandung anak ke tiga mengalami keracunan salicylate apabila menggunakan minyak angin untuk merawat sakit gigi. Beliau merawat sakit gigi dengan meletakkan kapas yang dibasahkan dengan minyak angin kepada bahagian gigi yang sakit.
Semasa usia kandungan cukup bulan, beliau mengalami masalah loya dan pening. Ujian CTG/jantung ke atas anak mendapati anak lemas dan pembedahan Caesarean Section perlu dilakukan. Semasa pembedahan, pakar bius terkejut dengan kesukaran mereka mengendalikan kes ini.
Ujian darah menunjukkan asidosis dan selepas pembedahan,pesakit perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi. Anak tidak dapat diselamatkan dan ibu perlu di rawat di ICU selama beberapa hari. Berdasarkan kepada sejarah menggunakan minyak angin, ujian darah untuk mengukur kandungan Salicylate menunjukkan kandungan yang tinggi dan ini mengesahkan kes keracunan Salicylate.
Pada hari ini minyak angin sangat mudah dihasilkan oleh sesiapa sahaja kerana ketiga-tiga ubat di atas mudah dibeli melalui atas talian dalam bentuk serbuk. Ada juga pengilang yang menghasilkan ubat ini dalam bentuk krim, losyen dan juga tempelan. Untuk melariskan lagi jualan, penjual akan memasukkan bermacam-macam herba ke dalamnya termasuk pati gamat, akar kayu dan lain-lain. Apa sahaja yg ditambah ke dalam minyak angin ini sebenarnya tidak ada peranan yang besar kerana semua kesan mengurangkan gejala itu diberikan oleh 3 ubat yang saya sebutkan di atas.
Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian
Apabila membeli minyak angin ataupun krim/bam tolong semak label senarai ubat-ubat yang dimasukkan ke dalamnya dan jika ada ketiga-tiga atau salah satu daripada ubat-ubat di atas, gunakan dengan berhati-hati pada bahagian luar badan dan jangan digunakan ke atas kanak-kanak. Elakkan daripada menyedut ataupun meminumnya.
Paling baik jika anda mengalami apa-apa gejala, berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca penyakit daripada cuba untuk merawat diri sendiri. Minyak angin dan bum tidak merawat penyakit tetapi hanya mengurangkan gejala. Ubat-ubat yang tersebut di atas boleh juga dimasukkan secara diam-diam tanpa pengetahuan pengguna.
DDr Rushdan Noor
Medical Mythbusters Malaysia
30hb Jan 2019
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Berhati-hatilah ketika menggunakan minyak angin dan pastikan hanya untuk kegunaan luaran. Sebaiknya berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
Doktor Ini Kongsi, RISIKO Jangkitan Covid-19 Wanita Hamil Lebih TERUK, Bersalin Awal!

Keadaan sekarang mungkin bertambah tenat dengan kes jangkitan covid-19, bukan hanya bahaya pada warga emas tapi lebih teruk buat wanita hamil dan kanak-kanak. Kebelakangan ini kerap kita dengar tentang kematian di kalangan ibu mengandung.
Minta dijauhkan sebab kita tak tahu perkara yang tidak dijangka. Ada cerita wanita hamil terpaksa ditidurkan dan perlu keluarkan bayi untuk selamatkan kedua-duanya. Semuanya berserah pada takdir.
Inilah yang dikatakan oleh Dr Murizah Mohd Zain dalam perkongsiannya tentang jangkitan covid 19 pada wanita hamil. Apa yang disarankan juga supaya ibu mengandung jangan takut untuk mengambil vaksin.
Wanita hamil tak perlu takut kerana inilah langkah terbaik untuk melindungi ibu dan janin.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Masuk Hospital Selepas Rebah, Arwah Sempat Urus 19 Jenazah Covid-19 Sebelum Meninggal
COVID-19: Sempat Pesan Anak Pergi Rumah Anak Yatim, Sebelum Meninggal Ketika Menunggu Bantuan
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Wanita Hamil, Jangkitan Covid 19 Lagi Bahaya
Jika anda wanita hamil anda perlu mengetahui perkara ini.
Jangkitan Covid 19 pada wanita hamil adalah sangat bahaya.
Jika anda hamil kemungkinan anda dimasukkan ke ICU adalah 2 kali ganda, kemungkinan anda diberikan bantuan pernafasan adalah 3 kali ganda, kemungkinan kematian bayi dalam kandungan adalah 2 kali ganda dan kemungkina anda terpaksa bersalin awal adalah 2 kali ganda lebih tinggi dari wanita seusia anda yang tidak hamil.
Sejak akhir-akhir ini, para petugas kesihatan menyaksikan lebih ramai ibu hamil yang meninggal disebabkan komplikasi jangkitan covid 19 dan lebih ramai pesakit yang berada di ICU terdiri dari ibu hamil jika dibandingkan dengan tahun lepas.
Berita yang dilaporkan baru baru ini di mana seorang ibu yang sedang sarat hamil di bawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dalam keadaan sudah meninggal atau “BID – Brought In Dead” akibat jangkitan covid 19 adalah sangat mendukacitakan.
Kesemua ini berkemungkinan besar berkait dengan jangkitan covid 19 dari varian yang membimbangkan atau “variant of concern voc” delta virus yang bersifat lebih mudah menjangkiti, menyerang orang yang lebih muda dan mendatangkan kesan yang lebih mudarat.
Data yang dikeluarkan dari Kajian yang dijalankan ke atas penduduk UK yang hamil menunjukkan trend peningkatan morbiditi dan juga mortaliti dikalangan ibu hamil dengan varian delta lebih merbahaya dibandingkan dengan variant sebelum ini.
Covid 19 dari delta varian mendatangkan mudarat yang lebih besar pada wanita hamil dibandingkam dengan varian lain.
Terus amalkan SOP. Jangan keluar rumah jika tiada keperluan. Jika terpaksa keluar terus amalkan SOP yang sepatutnya.
Jika anda kurang sihat dan selsema atau demam walaupun sedikit, pastikan ia bukan Covid 19. Treshold untuk membuat saringan covid 19 mestilah rendah. Banyak kes yang teruk hanya bermula dari demam dan selsema ringan yang tidak dirawat.
Justeru itu, bagi menghadapi situasi ini, ibu hamil harus dinasihati untuk kekal mengamalkan SOP seperti sentiasa memakai pelitup muka, kerap memcuci tangan, mengelakkan ke tempat sesak dan kekal berada di rumah kecuali atas keperluan yang mendesak.
Di samping itu, mengambilkira ibu hamil sebagai kumpulan yang berisiko tinggi, kita amat menyarankan supaya ibu hamil ini dapat mendaftar dan diberi keutamaan untuk vaksin.
Walaupun vaksin tidak menghalang sepenuhnya dari mendapat jangkitan atau menjadikan seseorang itu kebal dari dijangkiti, vaksin tetap dapat mengurangkan risiko jangkitan sehingga 60%, mengurangkan risiko kemasukan ke hospital sehingga 80-90% dan mengurangkan risiko kemasukan ke ICU sehingga 90%.
Justerus itu, vaksinasi covid 19 merupakah langkah yang sewajarnya diambil buat masa ini dalam menanagani kemelut covid 19 yang semakin meruncing.
VAKSINASI terbukti sebagai langlah terbaik untuk melindungi ibu hamil. Jangan takut untuk mengambil vaksin. Ianya tidak akan memudaratkan kesihatan anda. Lebih 130,000 wanita hamil di USA telah divasiknasi dan lebih 40,000 wanita hamil di UK telah divaksinasi
Data-data adalah sangat menyakinkan terhadap keberkesanan vaksin dalam melindungi jangkitan yang teruk.
Dijamin Selamat Vaksin covid 19
Ramai ibu hamil yang masih curiga terhadap vaksin ini kerana risau ianya boleh mendatangkan mudarat pada ibu dan janin. Walaupun kajian awal ke atas penghasilan vaksin tidak melibatkan kumpulan wanita yang hamil dan menyusu, namun pada hari ini data yang diperolehi menunujukkan lebih 120,000 wanita hamil di USA telah menerima vaksin dari jenis Pfizer dan Moderna manakala data dari UK pula menunujukkan lebih dari 40000 wanita hamil telah menerima vaksin astra zaneca.
Data-data adalah menyakinkan terhadap keselamatan vaksin ini pada ibu hamil dan janin. Kesemua vaksin yang disarankan oleh KKM bukan terdiri dari vaksin hidup, justeru itu ianya adalah selamat digunakan bagi ibu-ibu hamil.
Vaksin pfizer misalnya terdiri dari mrna yang akan menyebabkan penghasilan antibodi bagi melawan jangkitan. Vaksin ini tidak akan menyebabkan jangkitan pada bayi dan tidak ada data yang menunjukkan vaksin ini boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan pada bayi yang di kandung.
KKM telah menyarankan kesemua jenis vaksin yang terdapat di malaysia samada pfizer, astrazeneca dan sinovac boleh diberi pada ibu hamil dan menyusu. Walau bagaimanapun, sekiranya ada pilihan ibu ibu hamil akan diberi vaksin pfizer.
Pada fasa pertama pemberian vaksin di malaysia, vaksin ini hanya diberi pada ibu hamil berisiko tinggi seperti frontliner dan juga yang mempunyai faktor risiko kesihatan seperti penyakit paru-paru, wanita yang berusia, obese, penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung namun pada hr ini dengan peningkatan kes kes jangkitan covid pada wanita hamil, pemberian vaksin ini disarankan pada semua ibu hamil.
Bagaimana vaksin diberikan
Ibu-ibu hamil boleh mendaftar di applikasi my sejahtera dengan memasukkan tarikh jangkaan kelahiran. Ibu-ibu hamil akan diberi temujanji untuk vaksinasi, mengikut garis panduan KKM pemberian vaksin pada wanita hamil di antara usia kandungan 14 ke 33 minggu.
Walau bagaimanpaun mengikut garis panduan terbaru di UK, vaksin boleh diberi walaupun pada trimester pertama jika wanita sangat berisiko untuk mendapat jangkitan. Wanita boleh mengalami kesan samping yang sama seperti yg lain seperti demam, sakit dan lenguh di bahagian suntikan
Akhir kata, saya merayu kepada pesakit pesakit sy yang hamil untuk mengambil vaksin ini. Telah kering air mata kami melihat ibu hamil yang mati disebabkan oleh covid 19. Ibu hamil tidak sepatutnya menghuni ICU tetapi patut berada di rumah dengan selamat.
Mingguan Wanita : Moga kita semua dijauhi dari ini semua…aamiin.
Sumber: Dr. Murizah Mohd Zain
Pakar Perunding Perubatan Reproduktif, Perbidanan Dan Sakit Puan
Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.
Baca Menarik Lagi DI SINI: Ramai Meninggal Akibat Covid, Sampai Ada Merayu Diselamatkan Supaya Boleh Kembali Sihat
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita