Setiap kali Ramadan menjelma, kita semua membawa satu rasa yang sama, iaitu harapan.
Harapan untuk menjadi lebih baik.
Harapan untuk memberi lebih banyak.
Dan harapan untuk menjadikan setiap detik lebih bermakna.
Tahun ini, Nu Ideaktiv bersama portal makanan nombor satu Malaysia, Rasa, mengangkat semangat tersebut melalui sebuah inisiatif yang bukan sekadar simbolik, tetapi benar-benar menyentuh hati.
Di sebalik kesibukan kerja dan rutin harian, setiap individu dalam Nu Ideaktiv menyumbang satu perkara yang sangat peribadi iaitu harapan mereka sendiri.
Harapan-harapan ini dikumpulkan dalam satu simbol yang cukup sederhana, tetapi sarat makna: “Pot of Hope” atau Harapan Dalam Rasa.
Ia bukan hanya sekadar periuk. Ia adalah lambang usaha, doa, dan keinginan untuk menjadi lebih baik. Bukan sahaja sebagai individu, tetapi sebagai satu pasukan.
Melalui konsep Pot of Hope, setiap harapan kecil yang dikongsi menjadi asas kepada sesuatu yang lebih besar. Ia menggambarkan bagaimana niat yang ikhlas mampu berkembang menjadi gerakan yang memberi impak kepada masyarakat.
Dan apabila semua harapan ini digabungkan, sesuatu yang luar biasa mula terjadi.
Dari Niat Kecil, Terhasil Impak Besar
Dengan semangat kebersamaan yang kuat, Nu Ideaktiv dan Rasa berjaya melaksanakan satu misi besar, iaitu mengagihkan 16,000 pek bubur lambuk kepada masyarakat.
Bukan jumlah yang kecil. Bukan usaha yang mudah.
Namun hasilnya cukup membanggakan apabila inisiatif ini mencipta rekod dalam Malaysian Book of Records sebagai pengagihan bubur lambuk terbanyak.
Ads
Lebih daripada angka, ia adalah bukti bahawa apabila semua bergerak dengan niat yang sama, perkara biasa boleh menjadi luar biasa. Inisiatif Pot of Hope ini menjadi contoh nyata bagaimana kolaborasi dan semangat komuniti mampu mencipta sejarah.
Setiap pek bubur lambuk yang diagihkan bukan sekadar makanan, tetapi simbol kasih sayang, kepedulian, dan nilai kemanusiaan yang tinggi sepanjang bulan Ramadan.
Makna Sebenar Ramadan: Bersama Itu Kekuatan
Di sebalik kejayaan ini, ada satu mesej yang lebih besar ingin disampaikan.
Ramadan bukan hanya tentang menahan lapar dan dahaga. Ia tentang kebersamaan, empati dan saling menguatkan.
Ads
Apa yang dilakukan oleh Nu Ideaktiv dan Rasa membuktikan bahawa kekuatan sebenar bukan terletak pada individu, tetapi pada kesatuan hati dan usaha.
Melalui semangat Pot of Hope, nilai-nilai ini diterjemahkan dalam bentuk tindakan sebenar yang memberi manfaat kepada masyarakat luas, tanpa mengira latar belakang.
“Bila Bersama, Lagi Jadi”
Itulah inti pati kepada keseluruhan kisah ini.
Apabila kita bersatu, apabila kita saling menyokong, dan apabila setiap usaha digerakkan dengan harapan yang sama, kita mampu mencapai sesuatu yang lebih besar, lebih bermakna, dan lebih memberi kesan.
Inisiatif seperti Pot of Hope membuktikan bahawa kekuatan sebenar datang daripada kebersamaan. Ia bukan sekadar kempen Ramadan, tetapi satu gerakan yang menyatukan hati-hati manusia melalui harapan dan tindakan.
Tular kisah seorang doktor pelatih ditemui di asrama Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) pada hari Jumaat baru-baru ini.
Kes ini masih menjadi tanda tanya kepada orang ramai apa punca di sebalik wanita ini bertindak sedemikian rupa di bulan yang mulia.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pihak hospital pada jam 9.55 pagi.
Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah bersama anggota Balai Polis Kuala Krai telah ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.
“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku di salah sebuah bilik asrama di HSIP.
“Mangsa merupakan seorang doktor pelatih berusia 29 tahun ditemui meninggal dunia di bilik air,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mazlan berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HSIP untuk dibedah siasat.
“Punca kematian adalah disebabkan oleh tekanan pada leher dan kes disiasat sebagai laporan mati mengejut.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Balai Polis Kuala Krai di talian 09-9666222 bagi membantu siasatan,” katanya.
Dari hati yang paling dalam, hati turut tercuit dengan apa yang berlaku. Namun kita orang luar hanya mampu mendoakan yang baik-baik buat keluarga arwah. Semoga segala urusan akan dipermudahkan dan keluarganya tabah menghadapi ujian Allah.
Sebelum ini tular kisah Adik Adam atau nama penuhnya Muhammad Adam Mikhael yang berumur 3 tahun demam rindu, pengasuh sanggup naik motosikal datang ziarah walau jarak jauh dari rumahnya.
Menerusi Penang Kini, Adik Adam dikatakan cukup rapat dengan pengasuh India yang dipanggil mesra “Amma” dan “Appa”.
Tanpa disangka-sangka, Adam dikatakan demam dan sering meracau pada waktu malam sambil memanggil nama Amma dan Appa. Walaupun sudah dibawa ke klinik, demamnya masih tidak kebah. Rupanya bukan sekadar sakit biasa, tetapi demam rindu.
Apabila mengetahui keadaan Adam, Amma dan Appa tanpa berfikir panjang terus menaiki motosikal untuk datang menziarahinya walaupun jarak rumah mereka hampir sejam perjalanan.
Dalam perjalanan, mereka diuji pula dengan hujan lebat. Namun cuaca itu tidak menghalang mereka meneruskan perjalanan demi melihat keadaan Adam.
Kasih sayang mereka kepada si kecil itu benar-benar menyentuh hati ramai. Sungguh, tidak semua anak lahir dari rahim, ada juga anak yang ‘lahir’ dari kasih sayang yang tulus dan ikhlas.
Semoga adik Adam membesar jadi anak yang mengenang jasa ibu ayah dan pengasuhnya yang tulus menjaganya sepenuh hati.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memiliki senarai doa bulan Ramadan bukan sekadar persiapan lidah, tetapi ia adalah persiapan rohani agar setiap saat kita di bulan mulia ini tidak berlalu sia-sia.
Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa doa orang yang berpuasa adalah antara doa bulan Ramadan yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT.
Maka, jadikanlah himpunan doa bulan Ramadan ini sebagai teman setia anda di waktu sahur, saat berbuka, dan di keheningan malam-malam terakhir.
Berikut adalah himpunan 20 doa bulan Ramadan yang sahih untuk kita amalkan bersama:
Memulakan langkah di bulan mulia mestilah dengan sandaran yang kuat kepada Allah.
Tanpa pertolongan-Nya, kita tidak akan mampu menghabiskan puasa dengan sempurna.
Amalkan doa bulan Ramadan ini untuk memohon ketetapan iman:
Allahumma ahillahu ‘alaina bil amni wal imani was salamati wal islami, rabbi wa rabbukallah.
Maksudnya: “Ya Allah, munculkanlah bulan itu kepada kami dengan membawa keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” (Riwayat at-Tirmidzi).
Afthara ‘indakumus sa’imuna, wa akala ta’amakumul abraru, wa sallat ‘alaikumul mala’ikah.
Maksudnya: “Telah berbuka di tempat kamu orang-orang yang berpuasa, dan telah makan makanan kamu orang-orang yang baik, dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.” (Riwayat Abu Daud).
Allahummanfa’ni bima ‘allamtani wa ‘allimni ma yanfa’uni wa zidni ‘ilman.
Maksudnya: “Ya Allah, berilah manfaat kepadaku dengan apa yang Engkau ajarkan kepadaku, dan ajarkanlah aku apa yang bermanfaat bagiku, dan tambahkanlah ilmuku.” (Riwayat at-Tirmidzi).
Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla.
Maksudnya: “Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau menjadikan kesedihan itu mudah jika Engkau kehendaki.” (Riwayat Ibn Hibban).
Rabbana taqabbal minna innaka antas sami’ul ‘alim.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 127).
Sebagai kesimpulan, himpunan doa bulan Ramadan ini adalah kunci kekuatan bagi setiap mukmin.
Jangan biarkan Ramadan tahun ini berlalu tanpa kita amalkan doa bulan Ramadan, tanpa sempat merayu dan merintih kepada Allah SWT.
Semoga Allah menerima segala amalan kita dan menjadikan kita hamba-Nya yang bertaqwa.
Selamat beramal dengan doa bulan Ramadan yang sahih, moga syurga menjadi milik kita bersama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Naluri pasangan tidak pernah salah. Inilah yang berlaku apabila isteri tak sedap hati kerana tiba-tiba alat GPS milik bekas pemain sepak takraw negara.