Popia Meatball Cheese Padu, Cicah Sos Thai Atau Mayonis Pun SEDAP!

Share

Jika selalu mak-mak buat popia inti sayur, boleh cuba kelainan buat popia berintikan meatball dan cheese ini. Memang senang sangat nak buat, anak-anak pun mesti suka. Sedap dicicah dengan Sos Thai mahupun mayonis. Sesuai juga buat untuk minum petang atau bekal sarapan pagi anak ke sekolah nanti.

“Popia Meatball Cheese Padu,Resepi dia senang dan simple je”

Bahan-Bahan:

Meatball
Kulit Popia
Cheddar cheese
Mozarella cheese

Cara Membuat:

1. Mula-mula rebus dulu meatball tu sampai masak.

2. Selepas itu, balutkan meatball tersebut dengan kulit popia.
3. Potong kecil-kecil cheddar cheese dan mozarella cheese, letak sekali dalam tu dan balutkan kemas.

4. Kemudian goreng sehingga kekuningan.

Senang kan?

  • Boleh makan dengan Sos Thai bubuh sikit daun ketumbar potong kecil-kecil. Tapi yang ni daun ketumbar takde.
  • Nak makan dengan mayonis pun sedap juga.

Selamat mencuba!

Baca Lagi artikel menarik di Sini:

Popia Bergedil RANGUP, Celup Dalam Telur & Digoreng Rasanya Lebih SEDAP!
Wanita Ini Kongsi Resipi & Tip Buat Popia Sira Cili Jadi Rangup & Tahan Lebih Lama!
4 Langkah Mudah Buat ‘Baked Cheese Carbonara Meatball’ Yang Sedap Lagi Super Senang!

MW: Memang senang sangat nak sediakan Popia Meatball Cheese ikut resipi yang dikongsikan ni. Sesuai buat untuk minum petang atau bawa bekal sarapan pagi ke sekolah untuk anak-anak.

Sumber: Cnar Bunga

IKLAN