POLLING SEMBANG WANITA
Suami Nak Dilayan Seperti Raja, Kita Macam Mana?
Semasa zaman bercinta, layanan teman lelaki memang terbaik bukan itu sahaja, apa yang kita minta InsyaAllah akan ditunaikan. Dalam erti kata lain semuanya tip top
Tapi berbeza situasinya selepas berkahwin. Jika dahulu kita dilayan seperti permaisuri, namun kini itu semua hanya dalam mimpi. Serba serbi semua nak isteri sediakan seperti sang Raja lagaknya. Isteri pula rasa seperti menjadi bibik walaupun dua-dua sama-sama bekerja mencari rezeki untuk keluarga.
Untuk memeriahkan pengisian rancangan Sembang Wanita yang bakal bersiaran pada 16 Julai 2021 nanti, mohon kerjasama anda menjawab semua soalan yang disediakan.
Kerjasama kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
1. Adakah anda berasakan terima kurang layanan penuh prihatin daripada suami berbanding sebelum kahwin dahulu?
Created with
2. Pernahkah anda berbincang tantang perkara ini dengan suami dan mahu dia memahami keadaan anda?
Created with
3. Apakah yang anda rasakan sekarang ?
Created with
4. Dengan siapakah anda kongsikan situasi anda ini?
Created with
POLLING SEMBANG WANITA
Suamiku ‘Biawak Hidup’ Isteri Terpaksa Rela?
Bebanan hidup kini semakin bertambah teruk apabila suami terus selesa dengan kehidupan seperti ‘Biawak Hidup’
Dahulu sebelum C19, mungkin isteri boleh pejam mata kerana pendapatan masih baik. Kini keadaan berbeza apabila pendapatan terjejas. Nak ditegur serba salah tapi jika tak ditegur makin parah.
Bantu kami dengan menjawab set soalan di bawah bagi membolehkan ia dikupas oleh tetamu jemputan Sembang Wanita Jumaat hadapan jam 3 petang bersama Tuan Hj. Hushim Hj. Salleh
1. Adakah anda menanggung lebih 80 % perbelanjaan keluarga?
Created with
2. Adakah anda sudah menjangka hal ini akan terjadi semasa sebelum berkahwin?
Created with
3. Apa tindak balas suami berikutan anda banyak menanggung perbelanjaan keluarga?
Created with
4. Apa usaha anda untuk sedarkan suami bahawa dia perlu berusaha lebih menanggung keluarga?
Created with
POLLING SEMBANG WANITA
Cinta Terlarang Grup Whatsapp
Banyak terjadi bibit cinta terlarang berputik di grup whatsapp. Tidak kiralah apa grup whatsapp pun. Kadangkala tiada niat apa-apa, namun jika semakin kerap dan terasa ada keserasian, perbualan akan berlarutan ke sesi PM tepi. Jika tidak kuat iman, grup ini boleh menjadi punca cinta terlarang.
Bantu kami menjawab polling yang akan dibacakan oleh hos semasa rancangan Sembang Wanita di FB Live Mingguan Wanita pada 1 Disember ini
1. Pernahkah anda terjebak dengan cinta terlarang di grup whatsapp?
2. Adakah anda pernah menyaksikan atau alami sendiri grup whatsapp punca perceraian ahli keluarga, rakan atau anda sendiri.
3. Apa tindakan anda apabila mengetahui rakan atau ahli keluarga anda mula terjebak dalam percintaan grup whatsapp ini?
4. Pada pandangan anda, menaapa hal ini mudah terjadi?
POLLING SEMBANG WANITA
Aku Malu Taraf Hidup Turun
Pandemik ini benar-benar menguji kita semua. Tiada yang terkecuali. Jika dahulu hidup selesa, mewah dan wang bukan lah masalah , namun kini ia berubah sekelip mata setelah C19 mengganas.
Ramai yang terjejas pendapatan sehingga menyebabkan status dan taraf hidup turun. Jika dahulu T20 mungkin kini sudah menjadi M40 dan begitulah seterusnya. Apabila ini terjadi, maka ramai juga berasa malu berhadapan dengan masyarakat.
Untuk topik Sembang Wanita episod 27 kali ini, mohon kerjasama anda menjawab 4 soalan di bawah. Terima kasih.
1. Adakah pendapatan anda/ keluarga teruk terkesan sehingga terpaksa ubah gaya hidup ?
2. Apakah perbelanjaan yang ketara anda kurangkan sekarang?
3. Apakah harta milik anda yang terpaksa anda jual/ gadai sehingga hari ini untuk mendapatkan wang tunai?
4. Adakah anda ada memaklumkan kesusahan anda sekarang kepada keluarga terdekat atau sahabat