Bab gatal kulit muka, kulit kepala terutama kulit kering dan sensitif memang mengundang rasa tak selesa. Nak pula nak raya puas-puas tahun ni. Ke sini ke sana, bertudung dalam cuaca panas, pelitup muka wajib pakai selalu, siapa yang kulit sensitif tahu lah betapa tak selesanya rasa.
Cuba anda bantu kami menjawab TIGA soalan berkenaan penjagaan kulit di bawah. Ia akan dibincangkan dalam program Sembang Wanita di FB Live Mingguan Wanita.
1. Semenjak menggunakan pelitup muka dalam tempoh masa lama, pernahkah anda hadapi kulit muka gatal-gatal dan tidak selesa?
2. Jika anda hadapi masalah kulit sensitif yang menyebabkan kegatalan serius, apakah tindakan anda?
Ads
3. Apakah faktor yang mendorong anda semasa ingin membeli produk penjagaan kulit yang baharu?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jodoh itu rahsia Allah. Di Malaysia, wanita bujang berumur 33 tahun sudah dianggap sebagai anak dara tua (andartu) Ada antaranya bukan tidak mahu berkahwin, tetapi belum ada jodoh. Bukan cerewet, tetapi berhat-hati sebelum menyesal dan banyak isu lain yang berbeza sebab musababnya.
Ada yang menjadi andartu kerana terpaksa dan ada juga memang memilih untuk tidak berkahwin. Apa pun juga alasan, kami perlukan kerjasama anda menjawab polling ini sebagai kaji selidik untuk rancangan Sembang Wanita.
1. Gelaran andartu memberi banyak tekanan kepada anda (andartu) atau kenalan andartu anda?
2. Apa respons anda apabila ramai bertanyakan bila akan akhiri zaman bujang?
3. Jika masa boleh diputar semula, adakah anda juga rela tidak berkahwin atau rela terus membujang?
4. Alasan biasa anda (andartu) atau kenalan andartu anda berikan untuk terus membujang:
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Topik ini memang agak sensitif terutama bagi surirumah. Hakikatnya tugasan sebagai surirumah tidak semudah kita menuturkannya. Ia satu tugas yang amat murni. Bayangkan jika surirumah mogok. Tak perlu lama. Jika mogok dalam 24 jam pun jawabnya keadaan rumah memang tidak terurus.
Cuba jawab polling di bawah bagi meninjau sejauh mana tugas surirumah itu sangat penting.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bebanan hidup kini semakin bertambah teruk apabila suami terus selesa dengan kehidupan seperti ‘Biawak Hidup’
Dahulu sebelum C19, mungkin isteri boleh pejam mata kerana pendapatan masih baik. Kini keadaan berbeza apabila pendapatan terjejas. Nak ditegur serba salah tapi jika tak ditegur makin parah.
Bantu kami dengan menjawab set soalan di bawah bagi membolehkan ia dikupas oleh tetamu jemputan Sembang Wanita Jumaat hadapan jam 3 petang bersama Tuan Hj. Hushim Hj. Salleh
1. Adakah anda menanggung lebih 80 % perbelanjaan keluarga?
Penyakit ain, Ayda Jebat akui setiap kali muat naik video anak akan meragam. Penyakit ain adalah satu kategori penyakit bersifat ghaib. Ianya adalah satu...