Pandemik ini benar-benar menguji kita semua. Tiada yang terkecuali. Jika dahulu hidup selesa, mewah dan wang bukan lah masalah , namun kini ia berubah sekelip mata setelah C19 mengganas.
Ramai yang terjejas pendapatan sehingga menyebabkan status dan taraf hidup turun. Jika dahulu T20 mungkin kini sudah menjadi M40 dan begitulah seterusnya. Apabila ini terjadi, maka ramai juga berasa malu berhadapan dengan masyarakat.
Untuk topik Sembang Wanita episod 27 kali ini, mohon kerjasama anda menjawab 4 soalan di bawah. Terima kasih.
Ads
1. Adakah pendapatan anda/ keluarga teruk terkesan sehingga terpaksa ubah gaya hidup ?
Ads
2. Apakah perbelanjaan yang ketara anda kurangkan sekarang?
Ads
3. Apakah harta milik anda yang terpaksa anda jual/ gadai sehingga hari ini untuk mendapatkan wang tunai?
4. Adakah anda ada memaklumkan kesusahan anda sekarang kepada keluarga terdekat atau sahabat
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Awal perkahwinan ucapan I sayang you tak pernah lekang di bibir. Apabila sudah beranak pinak, nak bercakap pun macam tak berbunyi. Hubungan hambar. Masing-masing buat hal sendiri. Sampai bila nak macam ini? Bantu kami untuk jawab polling bagi topik ini dan akan dikupas oleh pakar di FB Live Sembang Wanita setiap Rabu jam 3 petang.
1. Hubungan pasangan suami isteri pada hari ini, mudah hambar kerana masing-masing sudah bosan dengan sikap satu sama lain?
2. Berdasarkan pemerhatian atau pengalaman sendiri, siapakah yang dilihat lebih gigih perbaiki hubungan sendu atau hambar dalam rumahtangga?
3. Jika anda atau kenalan hadapi masalah hubungan sendu bersama pasangan, apakah usaha PERTAMA yang akan anda atau kenalan akan lakukan?
4. Berdasarkan pengalaman atau pemerhatian, hubungan sendu atau hambar ini terjadi disebabkan: (Pilih yang anda fikir paling dekat di hati atau pemerhatian anda)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jodoh itu rahsia Allah. Di Malaysia, wanita bujang berumur 33 tahun sudah dianggap sebagai anak dara tua (andartu) Ada antaranya bukan tidak mahu berkahwin, tetapi belum ada jodoh. Bukan cerewet, tetapi berhat-hati sebelum menyesal dan banyak isu lain yang berbeza sebab musababnya.
Ada yang menjadi andartu kerana terpaksa dan ada juga memang memilih untuk tidak berkahwin. Apa pun juga alasan, kami perlukan kerjasama anda menjawab polling ini sebagai kaji selidik untuk rancangan Sembang Wanita.
1. Gelaran andartu memberi banyak tekanan kepada anda (andartu) atau kenalan andartu anda?
2. Apa respons anda apabila ramai bertanyakan bila akan akhiri zaman bujang?
3. Jika masa boleh diputar semula, adakah anda juga rela tidak berkahwin atau rela terus membujang?
4. Alasan biasa anda (andartu) atau kenalan andartu anda berikan untuk terus membujang:
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Terkucil sekali dua sehari ok lagi. Tapi kalau dah sehari berkali-kali nak kena tukar seluar dalam atau panty liners, ini dah jadi masalah besar. Ada yang tak kena dah ni.
Ada tak mak-mak alami masalah kerap terkucil? Kadang tu angkat botol minyak 5kg pun boleh terkucil.
Kami ingin jalani kaji selidik bagi topik program Sembang Wanita. Mohon bantuan untuk jawab soalan berkaitan di bawah ini ya. Terima kasih.
1. Anda sedar atau tidak yang anda ada alami masalah terkucil (kerap keluar air kencing) tanpa sengaja?
2. Jika ‘YA’ anda ada dapatkan rawatan untuk atasinya?
3. Untuk jalani aktiviti harian, bagi mengelakkan bau kurang enak, bagaimana anda atasinya?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...