PM umum subsidi petrol BUDI95 terhad 300 liter sebulan, harga RON95 RM1.99 mulai 30 September ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 diturunkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025 sebagai tanda penghargaan kerajaan bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan Sept 2025 di Dewan De ‘Seri Endon Puspanitapuri hari ini. Foto Bernama
Beliau menegaskan, subsidi hanya diberikan kepada warganegara manakala bukan warganegara serta syarikat besar akan dikenakan pada kadar RM2.60 seliter.
“Mulai 30 September, bukan warganegara dan syarikat besar tidak layak terima subsidi kerana ia mengikut perseorangan. Harga bagi bukan warganegara ditetapkan RM2.60,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Isnin.
Subsidi Bersasar BUDI95
Ads
Harga baharu ini dilaksanakan menerusi program Budi Madani RON95 (BUDI95) yang menetapkan siling kelayakan 300 liter sebulan bagi setiap rakyat Malaysia. Pemandu e-hailing pula dikecualikan daripada had tersebut dan boleh memohon kuota lebih tinggi mengikut keperluan.
Selain IC boleh juga guna app Setel dari Petronas dan kad touch n go
Mekanisme Penggunaan
Ads
Pengguna perlu mengesahkan kelayakan melalui MyKad dan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Mesin pembaca MyKad akan disediakan di stesen minyak, manakala aplikasi Setel dan Touch ‘n Go boleh digunakan sebagai alternatif digital.
Ads
Anwar turut mengingatkan orang ramai agar menyemak cip MyKad dan lesen memandu lebih awal bagi mengelakkan masalah teknikal ketika pengisian.
Kerajaan memilih pendekatan berperingkat untuk mengelakkan kesesakan dan menguji sistem:
27 September – Polis dan tentera sebagai kumpulan pertama.
28 September – Golongan B40 dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
30 September – Pelaksanaan penuh kepada semua warganegara.
Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 16 juta pengguna di seluruh negara. Bagi pemandu e-hailing yang menempuh jalanan berjam-jam setiap hari, ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah atau pekerja harian yang bergantung kepada motosikal dan kereta kecil untuk mencari rezeki, kadar RM1.99 seliter walaupun terhad 300 liter sebulan tetap memberi ruang bernafas. Ia mungkin angka kecil di papan tanda stesen minyak, tetapi besar maknanya dalam kehidupan rakyat yang sedang bergelut dengan kos sara hidup.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
‘Peguam pemerhati tak boleh kata apa-apa, melainkan diminta.’ Perhatian dan sokongan TMJ (Tengku Mahkota Johor) pada kes bella bawa kesan berbeza menurut peguam, Puan Nor Zabetha daripada Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co.
Jelasnya bila orang berkepentingan seperti TMJ memberi perhatian kepada kes Bella sedikit sebanyak akan memberi kesan. Sesungguhnya kes yang dibicarakan di mahkamah memang kebiasaanya bersifat neutral.
Kita boleh lihat-lihat perjalanan kes yang lain juga. Misalnya ada pemimpin yang didakwa dan disabitkan kesalahan dan menunggu keputusan rayuan di mahkamah.
Jadi berkenaan kes itu, saya tidak dapat melihat ianya memberikan impak kepada keputusan Mahkamah tetapi lebih kepada impak kekuatan dan semangat mereka yang mengikuti perkembangan kes Bella ini.
Bawa Kesan Berbeza
Kadang-kadang faktor seperti bilangan peguam, misalnya 10 peguam ada memberi kesan kepada penerimaan orang awam dan memberikan andaian berkenaan dengan kekuatan kes. Jadi sekiranya TMJ memberikan sokongan dan perhatian sudah tentu ia membawa kesan yang berbeza.
Manakala apabila ditanya tentang empat Peguam Pemerhati yang dilantik TMJ telah melantik beberapa peguam pemerhati dalam kes Bella, apakah fungsi sebenar peguam pemerhati ini?
Jelas Puan Nor Zabetha, secara ringkas peguam pemerhati bukanlah pihak-pihak kepada pembelaan ataupun yang mewakili pendakwaan tetapi dibenarkan sebagai pemantau. Tidak boleh berkata apa-apa melainkan dijemput atau diminta oleh Mahkamah untuk berkata-kata.
Berbeza sekiranya mereka bertindak sebagai ‘amicus curiae’ atau dikenali sebagai sahabat mahkamah yang boleh memberikan pandangan, membuat laporan (tertakluk jika dibenarkan) kepada sesuatu kes dan boleh mencelah sewaktu perbicaraan dan hal begini boleh menjadi juga faktor penentu kepada keputusan sesuatu kes.
Melainkan DiMinta
Tambah Nor Zabetha, banyak kes yang mangsa atau pengadu dalam kes-kes jenayah melantik peguam pemerhati kerana kes jenayah ini berbeza prosiding dengan kes sivil.
Bagi kes jenayah, perbuatan jenayah yang dibuat adalah menganggu ketenteraman awam dan boleh memberikan kesan kepada masyarakat.
Oleh yang demikian, kesalahan itu adalah terhadap masyarakat dan negara. Jadi dari peringkat aduan atau laporan polis, siasatan oleh pihak polis manakala kes mangsa atau pengadu akan diwakili dan dikendalikan oleh pendakwaraya.
Pengadu atau mangsa tidak boleh melantik peguam sendiri bagi meneruskan pendakwaan. Sekiranya mangsa masih ingin melantik peguam sendiri sebagai penasihat kepada mangsa berkaitan dengan prosiding kes atau menerangkan hal-hal berkaitan undang-undang, mangsa boleh melantik peguam pemerhati untuk memantau kesnya di mahkamah.
Akhir sekali tambah Nor Zabetha, apa-apa kes jenayah pun boleh melantik Peguam Pemerhati asalkan mangsa atau pengadu memutuskan untuk melantik peguam pemerhati sebagai pemantau dan menasihatkan dan menerangkan perjalanan kes kepada mangsa atau pengadu.
Mingguan Wanita : Semoga keadilan berpihak kepada Bella dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik buat adik Bella. #justiceforbella
Backpack dengan anak kecil. Mungkin ada mak ayah rasa susahnya dengan anak-a ak yang ramai dan macam-macam peel. Tambah-tambah kalau naik kenderaan awam. Mahunya ada saja perangai masing-masing.
Sampaikan ada mak ayah sanggup pandu kereta, sekurangnya orang tak tahu anak buat perangai dan hanya mereka saja. Tapi, mungkin rasa rugi juga sebab tak dapat backpack dengan anak kecil untuk rasai pengalaman sendiri.
Tak perlu nak pening kalau anak buat perangai pun, apa yang pentingmak ayah pandai handle dan biarlah anak rasai pengalaman dan cipta memori berjalan-jalan dengan menaiki kenderaan awam.
Kali ini perkongsian daripada Haizum Shairah yang backpack dengan anak kecil yang berusia 5 tahun. Boleh dijadikan panduan untuk mak ayah yang nak backpack dengan anak-anak nanti.
Ramai yang tanya ok ke bawak budak backpack? Nervous sebenarnya backpack dengan anak. Tak sama dengan zaman bujang muda mudi tapi orang putih kata Keep Calm, Travel On And create memories.
Ini pengalaman sepanjang perjalanan ke Penang.
Pengangkutan-RM168/pax (2 way)
KL Central – Butterworth (4jam)
Sebelum beli tiket ETS study dulu (untuk 1st timer) ETS Ade 3 Class : Business, Platinum & Gold. Pilih seat pun kne tengok yang forward ke backward, Takut nanti ada yang pening duduk melawan arus.
Business Class : RM154 (1 way) – ada makanan & entertaiment (iPad kalau nak layan movie) ala2 naik flight la senang cerita
Platinum: RM 84 (1 way) – berhenti dekat stesen-stesen besar macam IPoh , Taiping. Tak banyak stop. 8 stesen je. Kami naik Platinum
Gold: Beza Gold dan Platinum, Gold lagi banyak stesen keretapi berhenti dalam 14-15 stesen
Cafe, surau & toilet ada dlm ETS . Makanan boleh beli kat Cafe Coach C. Surau pun dekat Coach C . Toilet ade dekat Coach C & B (ni je la yg kami guna) rasanya ade lagi toilet untuk Couch hujung-hujung. Semua kemudahan elok dan selesa.
Pilihan Ke Pulau
Feri : Butterworth – Swettenham Pier Jeti
Turun ETS akan lalu Penang Central . Di Penang Central ade terminal bas & feri kalau nak ke Pulau.
Kami pilih naik feri. Terminal under construction lagi. Feri hanya bawa penumpang. speedboat besar ( ala.. feri Langkawi dulu-dulu).
Dalam 10-15 minit je sampai la pulau
Feri ada setiap satu jam boleh Google jadual Feri
Bas: Swettenham Pier Jeti – Hotel Penaga
Naik bas Rapid Penang yg ade tulis CAT or free shuttle
Bas ni memang pusing bandar Georgetown, jadi naik dulu buat satu round. Tengok lokasi mana yg bas lalu. Nanti senang nak plan perjalanan.
operation hour 6:55AM – 11:00 PM
Hotel – RM460 (3D2N)
Hotel Penaga
Tempahan melalui bookingdotcom
Lokasi – awesome walking distance dengan semua tempat HOT Line Clear, Bee Hwa Cafe, Transfer road, Hameediah, Roti bakar Hutton lane
Hotel tak sediakan breakfast tapi ade Cafe bukak pukul 11AM.
Lunch boleh makan nasi kandar pokok ketapang depan hotel je kalau malas jalan
Bilik jenis duplex. Sofa, TV & bilik air kat bawah. Katil je dekat atas.
Hotel herritage so barang perabot lama tp ok je semua function elok
Semua Bilik air ada jacuzzi yang penting. Penat jalan mmg boleh santai rehat kat dlm jacuzzi
Swimming pool ade tapi time tu under construction
.
Itenary
Hari Pertama
8 – 12 tghri : naik ETS ke Butterworth
1:30 -1:45 Ptg : naik feri dari Butterworth ke Georgetown
2:15 ptg : naik Bas Rapid ke Hotel Penaga
3 ptg : check in
4:30 ptg: makan nasi kandar Pokok ketapang depan hotel
5 -7 ptg: naik bas Rapid ke padang kota lama
Jalan2 dekat Fort Cornwallis & bungkus pasembur
Aktiviti malam: mandi jacuzzi dan tidur
Hari Kedua
7:30 pagi : Bungkus breakfast roti canai jalan Argyll makan dekat hotel. Jalan dlm 4 min dari hotel. Menu lebih kurang Transfer road.. beratoq panjang weii kat situ
11 pagi : jalan kaki ke The Top dalam 15 min
Ade 2 pakej combo A & Combo B. Kami Ambil A je . Top 3 attraction. Rainbow Skywalk, Top boutique Aquarium & Jurassic Research Centre.
4 ptg : jalan2 area Komtar. Sebelah The TOP je. Lepas tu balik hotel
7:30 ptg: Lepas solat terus keluar pergi Hameediah. Beratur panjang weii. Gigih
sejam beratur nak makan nasi kandaq. Puas hati dapat rasa kari Arnab
Hari Ketiga
7 pagi : bungkus breakfast dekat Bee Hwa Cafe. Char kue teow Paduu. Order roti bakar, telur & nasi goreng. Kedai dekat lorong belakang hotel je.
12 tghr: check out. Tumpang letak beg dekat hotel sebab nk jalan-jalan dulu
Jalan dekat chowrasta market, lebuh chulia dan mengikut kaki melangkah
4 ptg : naik bas Rapid ke Jeti. Tak sempat kejar feri 4:30 sebab jalan Jem.
5:30 ptg: naik feri . Sampai terus jalan ke Penang Central. Boleh bungkus makanan untuk mkn dlm ETS
6 ptg: Jalan ke stesen keretapi Butterworth
6:45 ptg: keretapi ETS bergerak menuju ke KL
11 mlm : tiba di KL Sentral. terus order grab
11:30 mlm : Home sweet Home
Tip Backpack dengan anak berusia 5 tahun
Pastikan perut kenyang, hati girang, then teruskan perjalanan
Plan dahulu perjalanan untuk ke tempat makan viral sebabnya beratur panjang
Kemudian go with The flow. Dengan anak2 do not put high expectations. Let them explore And create memories
Plan something untuk mengisi masa sementara menunggu nk beratur masuk/makan tempat viral. Anak2 akan cepat boring bile menunggu. Atau Order Online And pickup. itu lagi jimat masa dan mengelakkan “pertunjukan emosi” dari anak-anak.
Mingguan Wanita : Ini anak seorang, kalau ramai mungkin kalut sedikit tapi tak kisah pun asalkan anak-anak seronok. Nanti mak ayah bolehlah ye bercuti naik train.
Mayat reput ditemukan di Banting sah Yap Xin Yuan, remaja perempuan 15 Tahun yang dilapor hilang. Polis mengesahkan mayat reput yang ditemui dalam sungai di Banting pada 28 Disember lalu ialah remaja perempuan berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Mayat Reput Ditemukan Di Banting Sah Yap Xin Yuan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan keputusan analisa Asid Deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia yang diperoleh pada Khamis.
“DNA positif. Mayat akan dituntut petang ini di Hospital Banting oleh pihak keluarga,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Terdahulu polis Selangor menahan tiga lelaki termasuk teman lelaki remaja perempuan yang dilaporkan hilang pada 19 Disember lalu selepas penemuan mayat reput di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting.
Remaja perempuan terbabit dilapor hilang sejak 19 Disember lalu apabila tidak pulang ke rumahnya selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.
Hussein Omar Khan.
Remaja Perempuan 15 Tahun Yang Dilapor Hilang
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dilapor berkata, laporan kehilangan Xin Yuan diterima di Balai Polis Batu 9, Cheras pada jam 2.15 pagi.
Difahamkan, kali terakhir mangsa dilihat di gelanggang bola keranjang di Batu 11, dengan berpakaian baju tarian singa berwarna merah.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kematian Nurul Asyura mengejutkan keluarga dan mengundang kesedihan mendalam. Ikuti kisah penuh detik cemas, luahan pilu si ibu dan perkembangan terkini mengenai punca kejadian.