Pengumuman terkini, Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di empat negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang dijadualkan tamat pada 18 Februari depan dilanjutkan sehingga 4 Mac.
Dilanjutkan Sehingga 4 Mac 2021
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya Dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 19 Februari hingga 4 Mac 2021.
Menurutnya, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan di seluruh negeri Perlis berkuatkuasa 19 Februari hingga 4 Mac 2021.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Pergerakan Lebih 10KM Dibenarkan
Sementara itu pergerakan melebihi radius 10 kilometer di negeri-negeri terbabit Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibatalkan.
Ads
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bagaimanapun masih mengekalkan larangan rentas daerah dan negeri. Menurutnya, keputusan kebenaran pergerakan melebihi 10 km radius itu dibuat selepas banyak aktiviti perniagaan diberikan kebenaran untuk beroperasi di seluruh negara.
MW: Harap semua maklum dengan pengumuman terbaru ni. Perintah Kawalan Pergerakan di 4 buah negeri dilanjutkan sehingga 4 Mac, manakala pergerakan melebihi 10KM kini dibenarkan. Sama-samalah kita berusaha jaga diri dan patuhi SOP yang telah ditetapkan.
Isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah sempena hari jadi suaminya yang ke-30 mendoakan agar suaminya menjadi seorang insan yang baik.
Sebelum ini, Aliff Aziz dan Bella pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga bercerai pada 16 Mei dan kemudian mereka rujuk semula dalam tempoh edah.
Kini pasangan ini kelihatan begitu bahagia dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Bella mengirimkan beberapa foto sambutan hari lahir suaminya dan mendoakan yang terbaik buat suaminya.
Malah sambutan hari jadi yang sangat ringkas ini juga begitu bermakna buat mereka sekeluarga.
Menerusi ruangan komen pula, Aliff Aziz juga turut membalas ucapan isterinya;
Kreatif betul suami ini. Demi nak hargai hari istimewa isteri, suaminya beli beberapa kek mini Apollo di kedai RM2 dan bahan-bahan untuk topping kek. Hasilnya, dapatlah seketul kek hari lahir isteri yang sweet.
Perkongsian Muhd Firdaus dalam grup Masak Apa Hari Ni mengundang pelbagai reaksi daripada ahli grup itu. Ramai teruja dengan kegigihan dan keikhlasan suami itu.
Cara suami surprise untuk isteri itu pun unik betul. Dan yang pasti kek itu nampak sedap.
Kongsi Muhd Firdaus.
“Ini kek Apollo. Sempena hari lahir bini saya. Saya nak buat surprise dengan kek Apollo yang saya beli di kedai 2 ringgit.
Semua ini beli kat kedai 2 ringgit. Dengan kreativiti saya bolehlah hias sikit-sikit. Harap reaksi mimik muka bini saya terkejut.. terharu dan happy.”
Malah, menerusi laman facebook miliknya, suami ini menitipkan doa untuk isterinya, Noor Aliza.
“Wahai bidadari ku, Selamat datang di usia yang baru. Semoga tuhan senantiasa menjaga cinta tulus mu agar tetap seperti ini. Kebaikan dan kemudahan semoga selalu mengiringi langkah mu.. Selamat Hari Lahir buat isteriku yang tercinta.
Semoga panjang umur dan dimurahi rezeki selalu dan menjadi seorang isteri yang solehah. Dan semoga hubungan kita kekal hingga ke akhir hayat.. love you.”
Ketika Mingguan Wanita menghubungi suami hebat ini, beliau maklumkan cuma ambil masa 30 minit saja untuk buat kek hari jadi homemade isterinya itu.
“Saya tak de belajar mana-mana pun. Buat sendiri.. kreativiti sendiri. Jadi secara spontan.” Akuinya yang baru setahun mendirikan rumah tangga. Pasangan ini juga belum dikurniakan cahaya mata.
“Tahun lepas saya beli dekat kedai.” Jadi, tahun ini sambutannya lebih istimewa lagi untuk isterinya. Dan isteri ternyata sangat teruja dan jadi terharu.
“Walau kek tu bajet tak sampai RM20.”
Malah, ketika sambutan hari lahirnya sendiri, isterinya itu menyediakan pulut kuning yang dibuat sendiri dengan hiasan yang unik.
Begitulah suami isteri saling menghargai hari bahagia pasangannya. Mana-mana isteri mahupun suami, bila mana dapat walau sekadar ucapan hari lahir dari orang tersayang.. itu sudah cukup besar maknanya. Hati berbunga riang.. jadi bahagia.
Bila usaha buat surprise sebegini, tentulah semakin bermakna dan meninggalkan momen yang manis. Semoga kisah sweet ini memberikan sedikit kesan kepada anda untuk menghargai pasangan yang setia di sisi.
Selepas 23 tahun menjalani pembedahan, penerima hati pertama di Malaysia Afiq Ikmal Muhammad Zaini kini dilaporkan dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati serta berdepan kemungkinan perlu menjalani prosedur pembedahan pemindahan organ itu sekali lagi.
Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini berkemungkinan perlu menjalani semula prosedur itu, jika berlaku penolakan kritikal pada organ hati yang diterimanya, pada 1999.
Pemuda berusia 23 tahun itu kini dirawat di wad rawatan separa rapi (HDW) Hospital Selayang, Selangor, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bergantung kepada alat pernafasan, sejak Sabtu lalu.
Bapanya, Muhammad Zaini Rahim, 50, berkata pasukan perubatan kini sedang berusaha menstabilkan keadaan anaknya, selain belum memuktamadkan tindakan lanjut.
Beliau mengakui bimbang keadaan Mohd Afiq Ikmal, walaupun anaknya itu kerap dimasukkan ke hospital sebelum ini, selain menyifatkan keadaan itu sangat teruk dan pertama kali berlaku selepas jalani pemindahan organ.
“Afiq sebenarnya baru tiga hari dibenarkan pulang dari hospital selepas dirawat akibat jaundis. Keadaan dia masih okay sejurus tiba di rumah, tetapi semakin merudum sejak hari kedua dan terus tidak sedarkan diri, Sabtu lalu.
“Doktor juga ada terangkan kemungkinan berkenaan, tetapi prosedur ini rumit dengan keadaan Afiq dan persekitaran semasa.
“Kita pun belum berbincang atau buat keputusan mengenai penderma setakat ini, jika Afiq perlu menjalani semula prosedur ini,” katanya.
Berkongsi detik cemas itu, Muhammad Zaini berkata, pihaknya terpaksa menghubungi ambulans selepas menyedari anaknya tidak sedarkan diri selepas selesai bersarapan, Sabtu lalu.
“Pagi itu dia bangun sarapan dan seperti biasa selepas makan dia akan tidur sekejap. Kemudian, saya kejutkannya untuk makan tengah hari dan makan ubat, namun dia tidak bangun saya ingatkan dia letih.
“Saya cuba kejutkannya lagi sekali, dia masih tidak memberikan reaksi sebelum kami menghubungi ambulans membawanya ke hospital,” katanya.
Dalam pada itu, bapa tiga anak itu menyifatkan, Mohd Afiq Ikmal sebagai individu yang tabah dan kuat melawan penyakitnya.
“Selama ini kami tidak pernah dengar Afiq mengeluh sampaikan kadang-kadang kita tak tahu pun dia sakit, mungkin dia tidak mahu menyusahkan kami.
“Kami sudah usaha cuma doa dan tawakal saja mudah-mudahan Allah mudahkan dia melawan penyakitnya, memberi kesembuhan dan panjangkan usianya.
“Sebagai bapa, dengan rasa rendah hati saya memohon rakyat Malaysia sama-sama mendoakan kesembuhan Afiq, mana tahu mungkin ada doa hamba Allah lain yang dimakbulkan,” katanya.
Sementara itu, penderma hati pertama di Malaysia, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45, mendoakan yang terbaik buat Afiq Ikmal.
“Saya harapkan terbaik bagi adik Afiq kerana jangka hayat penerima mampu bertahan lebih 20 tahun selepas menjalani pembedahan pemindahan hati.
“Saya agak risau jika berlaku penolakan, selepas 22 tahun pembedahan dilakukan kerana ada kes penerima lain, Nurul Afiqah Mohd Zahir, meninggal dunia selepas puluhan tahun menjalani pembedahan sama.
“Afiq sebelum ini, dikatakan sudah beberapa kali keluar masuk hospital, tetapi keadaannya kali ini agak membimbangkan. Saya bercadang untuk menziarah Afiq, kira-kira jam 9 pagi esok,” katanya.
Sebelum ini, Wan Mohd Hafizam dilapor mendermakan sebahagian hatinya kepada Mohd Afiq Ikmal yang ketika itu berusia 14 bulan.
Paparan kisah Mohd Afiq Ikmal itu mendorong Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu, walaupun antara mereka tiada pertalian saudara dengan keputusan itu dibuat atas dasar kemanusiaan.