Suami Buat Sendiri Kek Apollo Kedai RM2, Surprise Hari Lahir Isteri

Kreatif betul suami ini. Demi nak hargai hari istimewa isteri, suaminya beli beberapa kek mini Apollo di kedai RM2 dan bahan-bahan untuk topping kek. Hasilnya, dapatlah seketul kek hari lahir isteri yang sweet.

Perkongsian Muhd Firdaus dalam grup Masak Apa Hari Ni mengundang pelbagai reaksi daripada ahli grup itu. Ramai teruja dengan kegigihan dan keikhlasan suami itu.

Cara suami surprise untuk isteri itu pun unik betul. Dan yang pasti kek itu nampak sedap.

Kongsi Muhd Firdaus.

Ini kek Apollo. Sempena hari lahir bini saya. Saya nak buat surprise dengan kek Apollo yang saya beli di kedai 2 ringgit.

Semua ini beli kat kedai 2 ringgit. Dengan kreativiti saya bolehlah hias sikit-sikit. Harap reaksi mimik muka bini saya terkejut.. terharu dan happy.”

Doa Sempena Hari Lahir Isteri

Malah, menerusi laman facebook miliknya, suami ini menitipkan doa untuk isterinya, Noor Aliza.

IKLAN

Wahai bidadari ku,
Selamat datang di usia yang baru. Semoga tuhan senantiasa menjaga cinta tulus mu agar tetap seperti ini. Kebaikan dan kemudahan semoga selalu mengiringi langkah mu.. Selamat Hari Lahir buat isteriku yang tercinta.

Semoga panjang umur dan dimurahi rezeki selalu dan menjadi seorang isteri yang solehah.
Dan semoga hubungan kita kekal hingga ke akhir hayat.. love you.”

Suami Buat Sendiri Kek Apollo Kedai RM2, Surprise Hari Lahir Isteri

Cuma Ambil Masa 30 Minit Buat Kek Apollo Homemade

Ketika Mingguan Wanita menghubungi suami hebat ini, beliau maklumkan cuma ambil masa 30 minit saja untuk buat kek hari jadi homemade isterinya itu.

IKLAN

Saya tak de belajar mana-mana pun. Buat sendiri.. kreativiti sendiri. Jadi secara spontan.” Akuinya yang baru setahun mendirikan rumah tangga. Pasangan ini juga belum dikurniakan cahaya mata.

Tahun lepas saya beli dekat kedai.” Jadi, tahun ini sambutannya lebih istimewa lagi untuk isterinya. Dan isteri ternyata sangat teruja dan jadi terharu.

Walau kek tu bajet tak sampai RM20.”

IKLAN

Malah, ketika sambutan hari lahirnya sendiri, isterinya itu menyediakan pulut kuning yang dibuat sendiri dengan hiasan yang unik.

Begitulah suami isteri saling menghargai hari bahagia pasangannya. Mana-mana isteri mahupun suami, bila mana dapat walau sekadar ucapan hari lahir dari orang tersayang.. itu sudah cukup besar maknanya. Hati berbunga riang.. jadi bahagia.

Bila usaha buat surprise sebegini, tentulah semakin bermakna dan meninggalkan momen yang manis. Semoga kisah sweet ini memberikan sedikit kesan kepada anda untuk menghargai pasangan yang setia di sisi.

Tiga bulan isteri berpantang di kampung, suami buat kejutan makeover rumah.

Sumber/Foto : Muhd Firdaus

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI