
Kanak-kanak Lemas
Sebak melihat bapa mangsa kanak-kanak lemas, Mohamad Khairudi Setapa, 42, (kiri) bersama kakak mangsa, Nur Ain Natasya, 17, menunjukkan gambar Mohammad Haikal Ramzi, 12, yang dilaporkan hilang dan ditemukan lemas di kawasan empangan di Jalan Murai 2, Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor Bahru.
Menurut si bapa, Haikal keluar bermain bersama rakannya sejak petang. Apabila masuk waktu Maghrib tetapi masih belum pulang, bapanya mula risau dan mencarinya.
Keluarga kemudian mendapat tahu kedua-dua kanak-kanak itu dipercayai bermain di kawasan ampangan.
“Kami mula mencari dia di beberapa lokasi, sebelum seorang rakannya memberitahu saya untuk mencari di lokasi empangan berkenaan. Setibanya di sana, saya temukan basikal miliknya sekaligus menyebabkan rasa tidak sedap hati.
“Selepas itu kami terus membuat laporan sebelum pihak berkuasa termasuk bomba hadir untuk melakukan operasi pencarian,” katanya.
Operasi mencari dilakukan bersama polis, bomba dan penduduk sebelum kedua-dua mngsa ditemukan sekitar jam 2 pagi.
Ada satu perkara yang paling meruntun hati bapanya. Beberapa hari sebelum kejadian, Haikal pernah meminta dibelikan permainan kotak misteri robotik. Dia bahkan mengumpul duit sendiri untuk membeli permainan itu.
“Dia tahu saya gaji bila dia minta suruh belikan,”
kata bapanya kerana tidak sempat menunaikan permintaan kecil tersebut.Buat seorang ayah, kehilangan anak bukan sesuatu yang mudah untuk diterima. Semoga keluarga Haikal dan keluarga rakannya diberikan kekuatan.
Al-Fatihah.
Foto: BERNAMA