Mempunyai kulit wajah yang sihat, bersih, cerah dan berseri merupakan impian bagi setiap wanita. Namun ia tak datang dengan sekelip mata. Kulit wajah yang sihat, cerah berseri memerlukan rutin penjagaan asas yang betul dan konsisten setiap hari, di samping produk penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit.

Antara rutin asas penjagaan kulit wajah yang sihat, adalah bermula dengan membersihkan muka setiap hari, memakai toner, serum, pelembap dan pelindung matahari. Namun yang paling penting adalah menggunakan pencuci muka dan pelindung matahari yang sesuai dengan kulit wajah.

Bukan apa, pencuci muka yang baik bukan sahaja akan membersihkan kotoran dan sisa produk yang ada, tetapi juga ia dapat mengekalkan kelembapan kulit wajah. Begitu juga dengan penggunaan pelindung matahari yang dapat melindungi kulit wajah dari sinaran UV yang merbahaya.

Namun demikian, ramai yang sering mengambil ringan kandungan bahan-bahan yang digunakan dalam produk penjagaan kulit ini yang boleh menyebabkan kulit wajah jadi bermasalah di kemudian hari. Sebagai contoh kandungan Vitamin C dan retinols antara ramuan produk kecantikan kulit yang sedang popular ketika ini.

Hakikatnya bukan semua wanita sesuai untuk menggunakan bahan-bahan ini. Ramuannya agak ‘kuat’ dan boleh menyebabkan kulit rasa ‘terbakar’, kering, mengelupas dan merengsa kemerahan. Lebih-lebih lagi jika mempunyai kulit jenis sensitif.

Produk Penjagaan Kulit Bersama ‘HANEUL’

Berita baik buat wanita yang masih tercari-cari produk penjagaan kulit yang mampu membersihkan, melembapkan dan mencerahkan kulit wajah namun ramuannya cukup ‘lembut’ serta dapat melindungi dari sinaran UV matahari? Cubalah ‘Haneul’ produk penjagaan kulit wajah dari Korea ini!

Cukup berbeza dengan rangkaian produk sedia ada di pasaran, ramuan istimewa Haneul berasaskan bahan semulajadi dapat mencerahkan kulit wajah dengan cukup ‘lembut’ pada kulit serta tidak mengakibatkan kulit merengsa kemerahan.

IKLAN

Pilihlah Pencuci, Pelindung Matahari Yang Tepat Untuk Rutin Penjagaan Kulit Wajah Sihat & Cerah Berseri!

Pembersih Muka Haneul 100ml

Tekstur krim yang berbuih dengan formula tidak mengeringkan kulit wajah bagi merasai pengalaman cucian yang lembut. Malah ia sesuai juga digunakan sebagai pencuci kedua selepas membersihkan solekan wajah.

Ramuan utama mengandungi ekstrak Bunga Putih Jeju (White Blossom) dan Niacinamide iaitu sebagai antioksida dan pencerahan.

Pilihlah Pencuci, Pelindung Matahari Yang Tepat Untuk Rutin Penjagaan Kulit Wajah Sihat & Cerah Berseri!

IKLAN

Pelindung Matahari Haneul 30ml

Pelindung matahari dengan SPF 50 PA+++ ini mengandungi formula khusus yang mampu melindungi dan melembapkan kulit wajah dari pancaran cahaya matahari. Teksturnya yang berkrim mampu mencerahkan tona kulit wajah secara sekata. Formula hibrid nya pula mampu menjadi pelindung, penapis dan menyekat dari sinaran UV (Fizikal+Kimia).

Kandungan bahan utama iaitu ekstrak Bunga Putih Jeju (White Blossom), Niacinamide dan Betaine yang berfungsi sebagai antioksida, pencerahan dan melembapkan kulit wajah.

Pilihlah Pencuci, Pelindung Matahari Yang Tepat Untuk Rutin Penjagaan Kulit Wajah Sihat & Cerah Berseri!

IKLAN

Malah bukan itu sahaja, lebih istimewa setiap produk Haneul ini juga mengandungi 8 bahan semulajadi terbaik seperti Centella Asiatica, ekstrak Akar Mulberi, ekstrak epal, ekstrak cendawan, ekstrak ‘purple cloves’, ekstrak Teh Hijau, Bunga Kamelia Jepun dan Thyme Liar yang mampu memberikan pencerahan, antioksida dan melegakan kulit wajah.

Pilihlah Pencuci, Pelindung Matahari Yang Tepat Untuk Rutin Penjagaan Kulit Wajah Sihat & Cerah Berseri!

Memang terbaik rangkaian produk daripada Haneul ini, ramuannya yang ‘lembut’ dan sesuai pada kulit wajah mampu membuat kulit jadi lebih sihat, cerah dan berseri. Jadi jangan berlengah, dapatkan rangkaian pencerahan Haneul ini di pasaran segera! Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan tawaran istimewa di shopee dengan menggunakan kod voucher HANEGLOW.

Untuk maklumat lanjut layari;

Shopee: Haneul.os https://shopee.com.my/haneul.os
Instagram: Haneul.my https://www.instagram.com/haneul.my/
Tiktok: Haneul.my https://www.tiktok.com/@haneul.my
Website: www.haneul.com.my

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI