
Memang geram bila ada tahi cicak baik di tepi tingkap mahupun di lantai rumah. Dah lah berbau busuk, kotor pula tu.Satu hal pula nak kena bersihkan tahi cicak ni. Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan petua mudah yang dikongsikan oleh Roslina Hashim. Hanya menggunakan 3 bahan yang ada di dapur sahaja.
Berikut antara perkongsian tersebut yang boleh dicuba!
TIP ATASI MASALAH TAHI CICAK
“Euww! geli sangat bila tengok taik cicak bertaburan kat tepi tingkap, kat lantai. Kak Ina memang geli dengan cicak. Tapi, tiap kali balik kampung, kena cuci taik cicak.”
“Biasa lah rumah kampung banyak cicak. Pasang perangkap pun tak pupus. Ada je yang datang mengunjung. Tak mau berperang dengan cicak, lebih baik cari jalan elak dari cicak buat onar di tepi tingkap dan lantai. Kita buat spray penghalau.”
Bahan-Bahan:
1/3 Cuka makan
1/3 Air
1/3 Cecair pencuci pinggan
Cara Membuat:
Campurkan semua bahan-bahan ni. Spray je kat kawasan yang biasa kena onar dan tempat persembunyian cicak. Boleh juga spray untuk halau semut.
Selamat Mencuba!
Sumber: Roslina Hashim
“Kalau Tak Jaga Gigi Anak, Adalah Seperti Menzalimi Anak Sendiri”

Tak dinafikan gigi anak-anak yang rosak dan bermasalah juga berpunca daripada ‘kesilapan’ mak ayah sendiri yang gagal jaga gigi anak dengan sempurna. Kegagalan menjaga gigi anak ini seperti menzalimi anak sendiri, bila mana menjadi rapuh, rosak, bengkak bernanah sehingga terpaksa dicabut pada usia yang masih kecil. Kerosakan pada gigi boleh menyebabkan anak sukar makan, bercakap malah boleh menghilangkan keyakinan diri mereka.
Penting mak ayah, mengambil berat pemakanan dan penjagaan gigi anak. Biasakan dan latih anak-anak memberus gigi selalu untuk memastikan gigi mereka kekal bersih dan sihat.
Jemput baca dan fahamkan perkongsian pengalaman peribadi daripada Doktor Gigi ini, Dr Abdul Rahman Fauzi sebagai panduan.
Jangan biar anak terdera kerana gigi. Ini gambar anak sulung saya Umar dan adiknya Hanan. Apa yang berbeza tentang dua-dua anak saya ini? Muka?Kening?Hidung? Rambut? Mata?
Jawapannya terang lagi bersuluh! Gigi!
Gigi Hanan adalah manifestasi usaha saya menebus semula kesilapan saya semasa membesarkan Umar. Sewaktu Umar lahir, saya masih belajar dalam tahun 3 ijazah. Isteri pun sama. Kehidupan kami sangat sibuk dengan pelajaran dan tidak dapat menumpukan perhatian pada penjagaan makanan dan gigi Umar.
Kesannya, pada usia setahun lebih, gigi depan Umar mula menjadi warna coklat kekuningan dan rapuh.Sedikit demi sedikit gigi mereput dan patah. Dan beberapa kali juga bengkak bernanah kerana dah agak teruk. Akhirnya selepas Umar dah masuk 5 tahun, gigi susu pertamanya telah dicabut. Dan masuk 6 tahun, semua gigi susu kacip atas terpaksa dicabut kerana sudah bernanah.
Kesukaran Makan & Bercakap
Walaupun Umar nampak tak kisah, tapi nampak kesukarannya untuk makan dan bercakap. Dan saya berdoa moga kawan-kawannya di sekolah tidak mengejeknya kerana tiada gigi. Kesian. Disebabkan kecuaian saya, gigi susunya terpaksa dicabut lebih awal daripada waktu sepatutnya. Saya bernasib baik kerana gigi belakang dan gigi bawah lain tidak ada yang rosak.
Apabila Hanan lahir, sudah tentu antara azam saya untuk jaga giginya sebaik mungkin. Lebih-lebih lagi saya sudah bekerja sebagai doktor gigi. Urusan penjagaan gigi anak-anak, saya ambil tanggungjawab sepenuhnya. Saya tidak harapkan isteri saya untuk buat. Kerana bagi saya, kalau tak jaga gigi anak, adalah seperti menzalimi anak sendiri.
Kerana kita yang beri mereka makan.
Kita yang perkenalkan mereka makanan dan minuman manis.
Tapi kenapa apabila bab memberus gigi, kita nak salahkan anak kita yang malas?
Anak-anak kita masih terlalu kecil untuk memberus gigi sendiri. Umar umur 6 tahun pun belum mampu pegang berus gigi dengan betul. Apa yang boleh kita harapkan daripada anak sekecil 2 tahun untuk jaga giginya?
Susah memang susah. Semua ibu bapa akan lalui. Umar dan Hanan, mula-mula nak gosok memang meraung menangis. Tapi apabila dah terbiasa, mereka akan tawarkan diri, ambil berus dan ubat gigi sendiri untuk saya berus gigi mereka. Saya tabik pada ibu bapa yang begitu konsisten menjaga gigi anak-anak mereka. Anda memang terbaik!
Latih Anak Berus Gigi
Apa tips terbaik untuk latih anak berus gigi?
1. Mulakan Dari Awal
Sebelum gigi tumbuh, biasakan lap gusi guna kain. Apabila gigi anak mula tumbuh, boleh bersihkan guna berus jari atau kain. Biasanya gigi susu akan mula tumbuh pada usia 6 bulan. Anak yang hanya menyusu memadai hanya dilap dengan kain. Nak berus pun biasanya saiz gigi terlalu kecil.
2. Waktu Guna Berus Gigi Dan Ubat Gigi
Guna berus gigi dan ubat gigi apabila mereka sudah pandai meludah. Tapi kalau keadaan gigi anak sudah ada warna coklat kekuningan(tanda-tanda awal karies), boleh mula guna ubat gigi untuk kanak-kanak lebih awal. Kalau risau tertelan, guna ubat gigi yang rendah kandungan fluoridanya tidak kurang daripada 1000ppm. Jangan guna yang tiada langsung fluorida kerana ia tidak banyak membantu. Dah habis gosok, suruh anak ludah. Kalau anak tak pandai ludah, lap sikit.
3. Berus 2 Kali Sehari
Semasa mereka mandi pagi sekali dan sebelum tidur. Anak saya Hanan biasa tidur dengan botol susu. Saya akan pastikan sedaya upaya untuk gosok giginya juga sebelum tidur. Kalau dia dah minum susu dulu, ambil botolnya dan gosok giginya sebelum bagi dia minum susu balik. Dan sebaiknya, apabila dah tertidur, tarik botol daripada mulutnya. Jangan bagi anak gonggong puting botol susu masa tidur kerana ia akan meningkatkan risiko karies gigi.
4. Bawak Berus Dan Ubat Gigi Di Mana Sahaja
Pergi ke mana-mana, jangan lupa bawak berus dan ubat gigi. Ini kena disiplin. Kita kadang-kadang bila balik kampung dan melancong kita tidak disiplin dengan penjagaan gigi anak-anak. Kalau 10 orang anak, bawaklah semua 10 berus gigi tu. Kalau tertinggal, beli je baru.
5. Bagi Banyak Minum Air Masak
Anak saya juga makan dan minum yang manis. Tak salah tapi kena kawal. Bagi mereka banyak air masak. Yang penting gosok gigi tu wajib.
Ada yang tanya kalau gigi anak saya dah teruk macam mana? Tak sampai 4 tahun lagi.
Tak perlu rasa down. Anggaplah semua tu kekurangan kita. Mula-mula bawak lah anak le klinik gigi untuk buat pemeriksaan menyeluruh. Mungkin ada yang patut dirawat. Dapatkan nasihat tentang penjagaan gigi anak kita daripada doktor gigi yang bertauliah.
Berazam Jaga Gigi Kekal Anak
Tahukah anda gigi kekal pertama akan tumbuh sekitar umur 6 tahun? Berazamlah untuk jaga gigi kekal anak kita sebaik mungkin. Ini masanya untuk betulkan balik kesilapan kita.
Yang dah rosak macam mana? Teruskan jaga seperti biasa. Kalau ada masalah, jumpa doktor segera. Rajin-rajin lah periksa gigi anak anda
sendiri.
Tengok gigi anak lengkap, bersih, tiada lubang merupakan satu anugerah tak ternilai. Mulakan dari sekarang.
Biarlah gigi kita sendiri mungkin tak sempurna, tapi jangan biarkan anak kita mewarisinya.
Kerana kita mampu mengubahnya.
~Saya sertakan jadual pertumbuhan gigi susu, waktu gigi susu patut luruh dan jadual pertumbuhan gigi kekal untuk rujukan anda.


-Dr AR-
Klinik Pergigian Al-Huda Balok
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan buat mak ayah agar menjaga gigi anak-anak agar terus kekal sihat.
Sumber: Dr Abdul Rahman Fauzi
Cuma 2 Minggu Makan Jamu Daun Inai, Wajah Ibu BERPANTANG ‘Pinkish’ Berseri

Waktu dalam pantang bersalin 44 hari inilah, masa terbaik untuk recover balik tubuh badan, kulit muka mak-mak. Petua makan jamu daun inai ini memang ‘rare’ tapi berkesan untuk buat wajah mak-mak BERPANTANG kembali berseri-seri.
Mana mak-mak yang nak mencuba boleh ikut panduan yang dikongsikan oleh Ct Fatimah ini. Katanya, “Daun inai buat wajah berseri ketika PANTANG dan baik untuk dalaman dan mewangikan keintiman.”
Petua yang dikongsikan ini adalah ‘petua ibu buat wajah berseri-seri selepas pantang.’
Bahan-bahan Jamu Daun Inai
Daun inai segenggam
Lesung batu buat menumbuk
Cara-cara buat jamu daun inai:
√ Cuci bersih daun inai
√ Tumbuk-tumbuk lumat daun inai
√ Gentel-gentelkan kecil-kecil sebesar kepala mancis tu.
√ Simpan dalam bekas kecil dan letak dalam peti ais.

Panduan Betul Makan Jamu Daun Inai
- Makan jamu daun inai ini selama 2 minggu
- Ambil selepas sarapan
- 1 biji sehari
Syarat penting : Tunggu sehingga anak betul-betul bebas dari kuning baru amalkan jamu daun inai ini ya mak-mak. Makan sehingga wajah pinkish dan glowing gitew.
Selamat mencuba mak-mak dalam pantang bersalin itu. Tak salah pun nak mencuba, asalkan ianya mengikut panduan makan jamu daun inai seperti yang dikongsikan ini.
Sumber/Foto : Ct Fatimah
Mak-Mak Yang Bersalin Secara Pembedahan Boleh Sebenarnya Makan Telur, TAPI Ada Syaratnya

Mak-mak yang bersalin secara pembedahan boleh sebenarnya makan telur tapi ada syarat tertentu.Ini kerana seringkali sewaktu dalam berpantang,mak-mak dinasihatkan agar tidak memakan telur, dikhuatiri rasa gatal dan bernanah pada luka jahitan. Sebaliknya ‘digalakkan’ mengambil pati ikan haruan mahupun pati gamat yang dikatakan lebih elok untuk merawat luka pembedahan.
Namun, Siti Aishah atau lebih dikenali sebagai Kak Ice yang merupakan seorang Juru Urut Bertauliah dan Pengamal Warisan Perbidanan Melayu Lama,mempunyai pandangan berbeza mengenai perkara ini.
Berikut merupakan antara perkongsian daripada beliau;
Pati Gamat Vs Telur Mentah Selepas Pembedahan
Baru-baru ni ramai yang tanya kak Ice perihal orang perseorangan post pasal makan telur lepas bersalin untuk cepat sembuh luka pembedahan.
Ada yang pertikaikan amalan pati haruan dan pati gamat lebih elok untuk merawat luka pembedahan.
Sedangkan ramai yang tak tahu bahawa kandungan dalam pati-pati tersebut meskipun mampu membantu mempercepatkan penyembuhan luka tetapi hanya untuk luka luaran.
Ketika dibedah, 7 lapisan kulit dipotong. Oleh itu proses penyembuhan perlulah meliputi ketujuh-tujuh lapisan ini. Pengamal pati haruan dan gamat hanya mampu menyembuhkan lapisan luka yang paling luar, TIDAK sehingga dalaman.
Akhirnya luka dalaman mula bernanah dan membusuk. Dan yang paling bahaya adalah apabila luka dalaman melekat dengan organ-organ dalaman seperti ovari, rahim, tiub fallopio, usus atau pundi kencing.
Mengapa saya kata ia berbahaya? Kerana bila kelahiran seterusnya ia merupakan risiko tinggi jika anda terpaksa melalui proses pembedahan sekali lagi.
Disebabkan itulah bidan-bidan lama mengamalkan beberapa amalan herba dan ramuan yang mampu membantu memgatasi masalah ini.
Meskipun zaman dahulu tiada prosedur pembedahan, mereka telah menggunapakai rawatan-rawatan ini kerana mereka percaya setiap kelahiran, meskipun normal, tetap meninggalkan luka dalaman dan keradangan pada kawasan rahim, pangkal rahim (servik) dan juga saluran faraj.
Antara amalan bidan-bidan lama untuk luka dalaman ialah:-
1. Amalan Herba
Herba tak mampu menghilangkan kesakitan secara terus. Tetapi ia banyak membantu memperbaharui sel-sel mati dan merawat keradangan akibat luka pembedahan. Keradangan atau imflamation adalah dimana. Disebabkan itulah pentingnya amalan herba yang tanpa bahan perapat sebagai rawatan untuk luka pembedahan. Saya mengamalkan air rebusan Akar Herbanika yang tinggi antioksida, dan gabungan Lawas Segar serbuk dan Lawas Angin serbuk sebagai bahan rawatan dalaman.
2. Amalan Kuning Telur Ayam Kampung Mentah
Selepas bersalin secara pembedahan, tiap-tiap pagi saya mengamalkan petua bidan-bidan lama dimana saya akan membancuh jamu dengan kuning telur ayam kampung mentah.
Selain memberi tenaga, kandungan zink dan protin yang tinggi membantu pengeluaran tisu dan sel yang baru dan meningkatkan imunisasi badan (sangat berguna sebagai mekanisma melindungi badan dari jangkitan kuman). Kadang-kadang jamu digantikan dengan kopi O kampung sebagai sarapan saya.
Tapi yang penting amalan ini perlulah dengan kuning telur yang MENTAH. Bukan yang telah direbus, digoreng mahupun separuh masak ya. Kena mentah betul-betul.
So dah terjawab ye persoalan kenapa telur boleh makan. Bukan sebarang-sebarang.
Sumber: Siti Aishah