Petanda hati berdebar, isteri baru nikah 2 minggu sedih suami dijemput illahi. Bertembung bas ekspres. Tiada apa yang lebih menyedihkan saat diuji dengan kehilangan orang dikasihi. Apatah lagi, jika baru mendirikan rumahtangga.

Perasaan sedih ini dikongsikan oleh Nur Aishah Mat Hassan, 22 tahun yang diuji dengan pemergian suami tercinta Mohamad Norhakim Nor Rusdi. Baru bernikah 13 Ogos lalu, di saat baru menyulam kasih sebagai suami isteri tapi kehendak takdir-Nya tiada siapa mampu menolak.

Perasaan berdebar dirasai oleh Nur Aishah menjadi petanda dia bakal kehilangan suami yang sangat dikasihi yang tak akan kembali sampai bila-bila.

Memetik Harian Metro, gerak hati yang tidak sedap hati sebaik suami, Norhakim menghantarnya ke tempat kerja memberi petanda yang dia bakal kehilangan insan dicintai buat selama-lamanya.

Menurut Nur Aishah, sebelum arwah suaminya, Mohamad Norhakim Nor Rusdi, 21, maut dalam kemalangan di Kilometer 71 Jalan Kota Bharu- Kuala Krai, dekat Kampung Damar, semalam, dia beriya-iya meminta supaya arwah suami menghantarnya ke tempat kerja di Machang selepas arwah pulang daripada berniaga satay.

Petanda Hati Berdebar, Isteri Baru Nikah 2 Minggu Sedih Suami Dijemput Illahi. Bertembung Bas Ekspres
Mohamad Norhakim Nor Rusdi, maut dalam kemalangan di Kilometer 71 Jalan Kota Bharu- Kuala Krai, dekat Kampung Damar

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Ayah Meninggal Di Hari Peperiksaan, Anak 16 Tahun Imamkan Solat Jenazah Ayah

Kepenatan Bekerja Ulang Alik Kemaman – Pasir Gudang, Anak Sedih Ayah Meninggal Dalam Gaung

‘Hilang Pertimbangan Bila Cinta DiTolak.” Lelaki Ini Tergamak Tikam Girlfriend Hingga Meninggal

IKLAN

Katanya, selepas menghantarnya ke tempat kerja pada 3.42 petang semalam, arwah suami ke rumah saudaranya di Kampung Pahi, Kuala Krai untuk berjumpa dengan adiknya yang akan berangkat ke Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, tidak beberapa lama selepas itu, adik arwah menghubungi saya dan memaklumkan abangnya masih belum sampai setelah menunggu selama sejam dan saya kemudiannya menghubungi telefon arwah lebih 10 kali, tetapi tidak berjawab selain mesej yang dihantar melalui WhatsApp juga tidak dibaca.

“Sepanjang berada di tempat kerja saya tidak tenteram selain perasaan juga berdebar-debar selepas tidak dapat menghubungi arwah suami sehinggalah mendapat panggilan telefon daripada keluarga yang memaklumkan anggota polis datang ke rumah dan meminta membuat pengecaman ke atas mayat yang terbabit dalam kemalangan di Kuala Krai.

“Pada waktu itu, saya sudah dapat merasakan, mangsa kemalangan yang maut adalah suami sendiri memandangkan nombor pendaftaran kereta yang diberitahu oleh anggota polis yang datang ke rumah adalah kereta yang dinaiki oleh arwah ketika menghantar saya ke tempat kerja,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Petanda Hati Berdebar, Isteri Baru Nikah 2 Minggu Sedih Suami Dijemput Illahi. Bertembung Bas Ekspres
Kenderaan dinaikinya tersepit dan maut di lokasi kejadian
Petanda Hati Berdebar, Isteri Baru Nikah 2 Minggu Sedih Suami Dijemput Illahi. Bertembung Bas Ekspres
Arwah selamat dikebumikan pagi tadi

Media semalam melaporkan, dalam Mohamad Norhakim meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit serta mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang memandu dari arah Kota Bharu menuju ke Gua Musang secara tiba-tiba hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan bas ekspres.

IKLAN

Bas ekspres yang membawa 17 penumpang itu datang dari arah Gua Musang ke Kota Bharu kemudiannya bergesel dengan Perodua Kelisa dipandu wanita berusia 40 tahun yang ketika itu berada di belakang kereta dipandu mangsa.

Akibat pelanggaran itu, mangsa tersepit di bahagian pemandu dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu bas ekspres hanya mengalami luka dan calar.
Sementara itu, 17 penumpang bas ekspres serta pemandu Perodua Kelisa tidak cedera.

Nur Aishah berkata, arwah suaminya sebelum ini seorang yang suka bergurau, namun sejak beberapa hari lalu berubah menjadi pendiam dan tidak menyangka perubahan itu petanda yang arwah akan meninggalkannya buat selama-lamanya.

“Saya dan arwah baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 13 Ogos lalu dan kini kehilangan pasangan hidup yang menjadi sandaran untuk bergantung harap, namun perlu kuat demi meneruskan hidup dan menerima qada dan qadar Allah SWT.

“Alhamdulillah, arwah juga suami sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pahi pada jam 11 pagi tadi,” katanya.

JANGAN BUANG JEANS BURUK, SERTAI KELAS MENJAHIT BERSAMA KAMI

IKLAN


Petanda Hati Berdebar, Isteri Baru Nikah 2 Minggu Sedih Suami Dijemput Illahi. Bertembung Bas Ekspres
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI