Bila hari raya, biasanya seluruh ahli keluarga dan sanak saudara yang jauh datang berkumpul dan pastinya anak kecil akan jadi tumpuan ramai untuk didukung, cium dan digomol.
Maklumlah, siapa yang tak geram tengok pipi gebu dan badan montel si kecil. Anak-anak yang tak tahu apa, hanya mampu tersenyum atau menangis jika mereka rasa tak selesa.
Haa… jangan nak kata, “biarlah” sangat sebab sebenarnya tindakan ini boleh mengundang bahaya pada si kecil dan mendedahkan bayi dengan jangkitan kuman dan penyakit. Itu baru bab gomol bayi, ada lagi yang perangai pelik siap suap anak orang tanpa mak ayahnya tahu. Tolong ya, kalau geram pada si bayi pun, jemput baca pesanan Doktor Taufiq Razif ini dulu. In shaa Allah kita mampu berubah dan menghormati hak orang lain…
Bahaya Bila Berkumpul Ramai-ramai
Pernah sekali tu saya nampak tuan rumah duk suap suap anak tetamu dia. Ya Allah. Bahaya betul!
Ni ada 5 benda yang kita tak boleh buat kat anak orang terutama sekali bila ziarah ataupun beraya kat rumah orang nanti.
Ads
1. Jangan Suap Anak Orang
▪ Kita tak tahu penyakit dan background anak orang. Entah-entah anak orang tu ada alergik teruk ke, eczema ke, G6PD deficiency ke
▪ Tahu tak kalau tersalah suap kacang parang kat anak yang ada G6PD deficiency ni anak tu boleh tiba-tiba jadi lemah, kencing jadi pekat, pernafasan jadi laju dan sampai tahap kena admit ward tau
2. Jangan Bandingkan Result Peperiksaan Anak-anak
▪ Tanya result sambil puji dan bagi semangat ok lagi tapi kalau kita banding bandingkan tu memang boleh membuatkan tuan rumah ataupun tetamu berkecil hati
▪ Ada anak tu memang jenis Late Boomers. Banyak je anak-anak yang UPSR, PMR/PT3 dan SPM cukup cukup makan je pun tapi bila masuk Universiti dia lah yang jadi top student.
Ads
3. Jangan Perlekehkan Tetamu Kecil
▪ Walaupun anak-anak ni mungkin datang beraya hanya untuk dapat duit raya jangan sekali kali kita rendah rendahkan mereka
▪ Anak kecil juga ada harga diri dan maruah yang perlu kita jaga. Inilah nanti yang membentuk ‘self confidence’ dan ‘self esteem’ mereka suatu hari nanti
4. Jangan Marah Anak Orang Secara Berlebihan
▪ Kadang kala tu memang ada anak yang hyperactive meloncat ke sana ke sini sampai tahap pecahkan dan rosakkan barang tuan rumah
Ads
▪ Kita minta secara berhikmah kepada mak ayahnya untuk kawal anak anaknya sendiri kerana memang adab bertetamu adalah mak ayah kena kawal anak-anaknya sendiri daripada membuat tuan rumah gelisah dan marah
5. Jangan Cium Anak Orang Terutamanya Bayi Baru Lahir
▪ Sistem imun bayi baru lahir ni tak macam orang dewasa. Bayi cuma ada sistem imun yang sangat basic je
▪ Banyak kuman seperti herpes simplex virus pada orang dewasa yang boleh mengancam nyawa si bayi.
▪ Banyak je kes bayi dicium orang dewasa sampai kena mouth sore, masalah pernafasan hinggalah kepada jangkitan otak!
Ramai sangat mak ayah yang belum tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah dan orang luar sana yang belum tahu ye.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hidup ini tak perlu sibuk-sibuk kehidupan orang. Utamakan kehidupan sendiri, belek cacat-cela kehidupan sendiri sebelum belek cacatnya rumah tangga orang lain. Tegur dulu pasangan sendiri sebelum menegur kesilapan pasangan orang lain.
Sebenarnya, jangan terlalu sibuk dengan kehidupan orang lain, takut lama-lama nanti kehidupan sendiri ketinggalan. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik.
Bila Kita Terlalu Sibuk
Bila kita terlalu “SIBUK” dengan kehidupan orang lain, maka kehidupan kita sendiri akan “KETINGGALAN”…
Apa yang orang lain buat, semua dia nak tahu… Apa yang org lain buat, semua dia nak komen dan komplen… Apa yang orang lain buat, semua dia nak masuk campur…
Itu tak kena, ini tak kena… Cara itu salah, cara ini tak betul…
Pada pandangannya, orang buat lain dari yang dia buat adalah salah… Dia tak boleh terima sebab tak ikut cara dan kata dia…
Dia judge kehidupan orang lain, dia persoalkan apa saja yang orang lain buat… Walhal ianya langsung tiada kaitan dengan dirinya…
Orang post gambar dengan pasangan, katanya nak tunjuk kebahagiaan… Orang post gambar pergi melancong, katanya nak tunjuk kemewahan…
Orang post gambar makanan, katanya nak tunjuk kemampuan… Orang post gambar anak-anak, katanya nak tunjuk kecomelan dan anak yang cute…
Kalau kita ini tergolong dalam spesis ini, maka perbaiki hati sendiri… Cuba belajar untuk berlapang dada dan bersangka baik dengan kehidupan orang lain…
Tanam dalam fikiran, kita tidak ada hak untuk bersangka bukan-bukan dan kita tidak layak untuk mencampuri urusan orang lain…
Dia berhak sepenuhnya untuk buat sebagaimana yang dia kehendaki… Itu kehidupan dia, dan dia tak perlukan kita untuk mengawalnya…
Sila fokus kepada kehidupan sendiri…
MW: Hidup ini perlu focus diri sendiri dan keluarga. Tak perlu sibukkan dan saratkan kepala dengan kehidupan orang lain yang tiada kena-mengena.
Bila dirinya diisahkan positif Covid-19, hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaannya ketika itu. Suhaili binti Mohd Noor (https://www.facebook.com/suhaili.noor)telah dimasukkan ke wad bermula 31 Mac hingga 14 April lalu. Terlebih dahulu suaminya, Herwin bin Bachtiar, telah dijangkiti Covid-19 dan dimasukkan ke ICU di HKL.
Suami Tak Sihat
Menurut Suhaili, suaminya yang bekerja sebagai pemandu bas Rapid telah mengalami demam selama dua minggu sebelum kembali bekerja pada hari ke-15. Mungkin sistem imunisasi badannya masih lemah kerana baru pulih daripada demam, iadi dia mudah dijangkiti. Waktu itu juga belum dikuatkuasakan pemakaian face mask dan sanitizer.
“ Pada mulanya memang tak terfikir langsung suami akan dijangkiti Covid-19 dan anggap hanya pneumonia kerana kami tidak ada sejarah perjalanan ke luar negara atau menghadiri apa-apa perhimpunan. Kami juga tiada close contact dengan mana-mana pesakit. Memandangkan kami menjalankan bisnes dari rumah, kami juga jarang keluar kecuali hendak membeli barang di pasar raya. Memang tak sangka langsung.
“ Tapi suami ada beritahu, pada hari dia masuk kerja selepas cuti sakit, dia bertugas untuk perjalanan dari Puchong ke KL Sentral. Waktu itu terdapat dua orang pelancong dari China menaiki bas yang dipandunya. Mereka ingin bergegas balik kerana kerajaan Malaysia baru umumkan untuk menutup pintu negara. Suami syak mungkin jangkitan itu daripada mereka memandangkan berada dalam ruang kecil yang sama, berpenghawa dingin dan untuk tempoh agak lama. Balik kerja, esoknya dia demam tinggi dan batuk. Selepas menjalani ujian di sebuah hospital swasta, suami disahkan positif.” Cerita Suhaili mengimbau kejadian yang mungkin menjadi punca suaminya dijangkiti. Selepas itu mereka sekeluarga telah menjalani saringan.
Rasa Panik
Menurut Suhaili, dia seakan tak percaya bila turut disahkan positif memandangkan terpaksa meninggalkan tiga orang anak yang masih kecil di rumah.
“ Selepas disahkan positif Covid-19, Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasa. Memang rasa panik dan rasa seolah-olah dah tak ada peluang untuk jumpa anak-anak; Sofea Elisa Binti Herwin 12 tahun, Heidi Haikal 10 tahun dan Hadi Haidar 7 tahun. Alhamdulillah mereka negatif. Namun saya selalu ingatkan diri bahawa diri saya sihat dan pasti akan dapat jumpa mereka semula.
“ Sepatutnya saya ditempatkan di Hospital Sungai Buloh namun meminta untuk ke HKL kerana suami ditempatkan di sana. Memang rasa serabut dan tertekan kerana fikirkan anak-anak dan suami pula di ICU tapi saya positifkan diri. Ketika mengemas barang untuk dibawa ke hospital, perkara utama yang saya ingat adalah bawa al-Quran bersama.” Tambah Suhaili.
Bila Kita Ingat Tuhan…Rasa Tenang!
Berkongsi keadaan ketika berada di wad, Suhaili memberitahu, al-Quran adalah peneman setianya.
“ Selain melakukan solat hajat, saya banyak membaca al-Quran yang memberikan saya ketenangan. Saya juga amalkan surah Al-Waqiah, zikir dan doa tertentu. Kena lawan apa juga perasaan negatif yang singgah dalam diri. Bukan saya saja, malah semua pesakit muslim yang lain turut melakukan hal yang sama. Malah kami saling mengingatkan untuk solat dan mengaji. Bila baca al-Quran, kita akan ingat Allah sentiasa. Memang semua orang akan mati tapi selagi belum tiba ajal, kita kena berusaha
“Rutin saya di dalam wad; saya akan bersenam, selepas solat subuh saya mengaji hingga jam 10 pagi. Setelah lawatan doctor dan jururawat, saya solat dhuha. Sebelah petang, saya akan mengaji lagi sebelum maghrib.
“ Untuk pesakit dengan mild sympthom memang tak ada ubat diberikan. Terpulang kepada sistem imunisasi masing-masing untuk lawan. Tapi kami diberikan minum lemon panas, banyak makan sayur, susu dan buah-buahan serta sentiasa bersihkan tekak dengan cecair kumur.
“ Alhamdulillajh, selepas ujian kali keempat barulah saya negatif dan dibenarkan pulang ke rumah. Walau pun lega dapat kembali bersama anak-anak, hati masih risau keadaan suami yang lebih teruk keadaannya. Namun syukur, kini suami pun semakin pulih dan sedang menjalani fisioterapi supaya dia boleh berjalan dengan seimbang kerana terlalu lama di ICU. “ Jelas Suhaili lagi.
Bila Masyarakat Tak Ambil Berat!
Nasihatnya untuk orang ramai, Covid-19 ini bukan virus yang boleh diambil remeh.
“ Tolonglah, jangan pandang mudah tentang virus ini. Ia sejenis virus yang ‘jahat’ dan sedaya upaya nak masuk ke dalam paru-paru kita. Dengar dan ikutlah apa kerajaan sarankan. Tolong pakai mask dan cuci tangan. Orang yang suka keluar ni mungkin tak faham sangat tentang virus ini. Tak boleh berkumpul terlalu ramai dalam dsatu masa terutama dalam bilik yang berpenghawa dingin. Jaga jarak dan pakai face mask.
“ Bila dah balik rumah sekarang ni, nak keluar pun rasa fobia dan takut sebab ia sesuatu yang kita tak nampak. Sangat bahaya untuk orang yang sistem imunisasi badannya lemak seperti orang tua dan pesakit kronik. Keadaan suami pula, Alhamdulillah sudah makin stabil. Sekarang dah masuk hari ke 56 (ketika artikel ini ditulis) dia di hospital.
” Paru-paru suami ada ‘parut’ kesan daripada Covid-19. Jantung juga lemah kerana paru-paru tak boleh mengembang, menyebabkan oksigen terhalang ke jantung. Buah pinggang suami juga 30% saja ok tapi doktor kata akan pulih nanti. Selepas keluar, suami kena mengadakan pemeriksaan setiap minggu. Tolong doakan suami saya akan dibenarkan balik sehari dua lagi.” Ujarnya pemnuh harapan.
Anak-Anak Rindu Ayah
Sebagai ibu, memang sedih bila anak-anak menangis rindukan ayah mereka. Tapi saya selalu beritaju mereka, kita keluarga terpilih untuk Allah uji sebab Allah sayang. Bila rindu, mereka akan peluk kain pelekat dan topi ayah mereka.
” Bulan puasa ini, rutin harian Suhaili untuk solat berjemaah dan mengaji bersama anak-anak. Setiap malam kami tak tinggal solat hajat dan baca yasin. Ia beri ketenangan pada anak-anak juga. Saya terima ujian ini dengan reda walau pun sukar nak terima..” Akhiri Suhaili.
“Perceraian adalah pilihan terbaik untuk ibu dan ayah”– luahan anak Edika Yusof. Anak sulung kepada pelakon Edika Yusof dan isterinya Nor Hidayah, iaitu Fardeen Nasrulhaq yang kini berusia 21 tahun, mengakui bahawa keputusan ibu bapanya untuk bercerai merupakan langkah yang paling sesuai bagi mereka berdua.
“Perceraian Adalah Pilihan Terbaik Untuk Ibu Dan Ayah”– Luahan Anak Edika Yusof
Fardeen yang setia menemani ibunya ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin lalu menyatakan bahawa keputusan tersebut dilihat mampu mengurangkan tekanan emosi yang dialami oleh kedua-dua ibu bapanya.
“Selagi saya masih bernyawa, saya akan jaga ibu. Tak banyak yang saya boleh ucapkan, tapi pada pandangan saya, ini adalah jalan terbaik buat mereka berdua,” katanya tenang.
Menurut Fardeen, dirinya sudah terbiasa menjaga ibunya sejak kecil dan perkara itu bukanlah sesuatu yang asing buatnya.
Dalam prosiding yang berlangsung pada pagi Isnin, mahkamah menetapkan 5 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes bagi permohonan cerai yang difailkan oleh Nor Hidayah. Peguam syarie yang mewakili Nor Hidayah, Mohd Yazid Hazim daripada firma guaman Tetuan Yazid Azuhan Associates, turut memaklumkan bahawa pihak mahkamah memberikan keizinan kepada Edika untuk melafazkan cerai pada tarikh tersebut.
Edika dan Nor Hidayah telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2003 dan hasil perkahwinan selama lebih 20 tahun itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...