Sepuluh pesanan dari Cikgu Mohd Fadli Salleh ini sila hadamkan betul-betul. Khas buat mak-ayah yang ada anak manja dan kali pertama hantar anak ke sekolah.
Kerana, jika mak ayah sendiri gagal kawal diri ketika melepaskan anak tersebut ke sekolah. Maka, semakin sukar untuk anak itu belajar berdikari.
Mak ayah belajarlah berlapang dada ya. Beri kepercayaan pada guru-guru anakmu.
10 Pesan Untuk Ibu Bapa Yang Ada Anak Manja, Kali Pertama Ke Sekolah
Buat ibu bapa yang ada anak manja dan kali pertama hantar anak ke sekolah. Ini pesanku.
1. Anak sulung/tunggal kadang-kadang manja lain macam. Kat rumah bukan main seronok. Sampai ke sekolah bertempek peluk pinggang ibu / ayah tak nak lepas.
2. Jika dia menangis tak nak pergi beratur bersama kawan, panggil cikgu untuk ambil anak kalian.
3. Sebaik anak ditangan guru, lepaskan tangan dan teruslah berlalu pergi. Jangan ditoleh lagi. Jangan rasa tak sampai hati walau anak meraung-raung memanggil kalian. Pandai la guru uruskan.
4. Jika ditunggu, tangisan makin menggila dan makin tidak terkawal. Sebaik ibu bapa hilang dari pandangan, murid mula reda dari tangisan itu. Usah risau, guru-guru berpengalaman. Mereka takkan cubit la anak kalian nak bagi diam. So, serah saja dengan kepercayaan penuh.
5. Sekiranya anak kalian memang tidak dapat dikawal guru (sangat-sangat jarang berlaku), jangan risau, guru pasti call kalian. Yang penting, tinggalkan no phone pada guru kelas. In case memang menangis meraung berjam-jam dan semua guru gagal pujuk. Kami akan call tuan puan untuk tenangkan anak. So, sekali lagi, jangan bimbang!
Ads
Jangan Buat Cikgu Rasa Macam Dalam Akuarium..
6. Jangan mengintai dari tingkap kelas. This is the big NO!
Cikgu dah rasa macam ikan dalam akuarium je. Diperhati oleh mata-mata kalian ikut tingkap. Nak kawal kelas pun jadi payah bila ramai mata memandang, rasa seram semacam!
Ads
Jangan risau. Jangan risau. Jangan risau, kami takkan rotan anak kalian walau dia buat hal. Gigit jauh sekali. Ini tahun satu, kali pertama pula jejak kaki. Kami tahulah.
7. Buka spek hitam kalian bila berurusan dengan guru. Tahulah spek tu spek pasar malam je pun, bukalah. Nampak sombong dan berlagak.
Senyumlah pada guru-guru walau kadangkala guru tak sempat nak membalas senyuman kalian sebab terlampau sibuk urus itu ini. Maafkan kekurangan kami.
8. Jangan arahkan cikgu untuk ‘jaga’ anak manja kita.
“Cikgu, nanti cikgu pastikan anak saya makan bekal makanan yang ada dalam beg tu ya.”
“Cikgu, nanti cikgu pastikan anak saya solat Asar ya.”
“Cikgu. Semua barang anak saya jenama Smiggle. Botol air pula brand Tupperware. Cikgu pastikan tiada murid lain ambil ya.”
Ads
Ha, nampak macam permintaan biasa kan? Ketahui ia satu bebanan besar pada cikgu nak melayan anak kita seorang. Nak cari dia seorang waktu rehat semata-mata nak suruh anak kita makan bekal. Cikgu pun nak rehat dan makan juga.
9. Maklumkan pada guru jika anak kita ada penyakit kronik seperti asthma, jantung dan seumpamanya. Ada kes cikgu tak diberitahu penyakit anak, kemudian ada aktiviti kelas yang memerlukan pergerakan yang aktif, tarian ke apa, lagi-lagi waktu PJK.
Anak diam tak cerita. Mereka pula lupa pesan ibubapa supaya tidak terlibat dengan aktiviti yang lasak dan boleh membahayakan mereka, maka mereka bermain dan menjalankan aktiviti dengan excited sehingga rebah, pengsan dan sakit.
10. Satu rahsia aku bagitahu kau orang,
Ibu bapa yang sangat bekerjasama, bertolak ansur dan mesra dengan guru pasti jadi buah mulut para guru. Ramai guru nak kenal anak kalian dan pasti anak kalian digemari oleh guru-guru.
Okey, cukup dulu 10 point malam ini. Lain kali aku share lagi tips lain. Babai .
MW :Bila mak ayah tenang, anak pun senang. Cikgu pun jadi lapang hati sama.
Sumber/Foto : Mohd Fadli Salleh – Ibubapa dan guru seharusnya saling berganding bahu –
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mesti ada mak-mak yang rasa serik nak bawa anak-anak berjalan. Apa tidaknya memikirkan karenah yang macam-macam, letih dan penat dibuatnya.
Malah, ada mak ayah yang rasa lebih baik duduk di rumah, bila diingatkan anak-anak yang tak ‘behave’ dan rasa malu pula mak ayah kalau anak buat hal.
Jangan begitu. Anak-anak tengah membesar memang lasak. Ada saja buat kita sebagai mak ayah rasa geram dan marah. Rasa serik pun ada bila anak buat hal di tempat orang ramai. Beum lagi bergaduh sesama mereka, menangis dan macam-macam lagi.
Sebenarnya, inilah masanya untuk mak ayah bawa anak berjalan. Semasa anak-anak masih kecil. Jangan ada rasa serik tapi raikan mereka untuk kenal dunia luar. Ciptlah kenangan sebanyak mungkin untuk kita kenang sampai bila-bila.
Inilah yang dikatakan dalam perkongsian oleh Dr. Redza Zainol. Layanlah karenahnya. Sebab anak-anak cepat membesar, cipta kenangan semasa mereka kecil untuk dikenang sampai bila-bila.
Teringat lagi betapa penatnya dulu saya bawa anak yang masih kecil pergi berjalan ke tempat yang agak jauh.
Balik rumah tu, terasa serik nak bawa anak berjalan jauh lagi. Penat sangat nak melayan kerenah masing-masing.
Ya Allah, silapnya saya fikir macam tu. Bertahun lepas tu, itulah kenangan yang anak duk sebut-sebut dan asyik teringat.
Rugi sangat bila kita tak luang masa bercuti dengan anak masa mereka masih kecil sebab peluang tu cuma datang sekejap je. Percayalah.
Bila anak dah besar, dia cuma nak keluar bercuti dengan kawan je. Barulah boleh pergi ke tempat yang lebih ‘adventure’.
Bila anak dah besar, masing-masing sibuk dengan kerja. Kalau kena kerja di negeri lain, payah dah nak balik ke rumah kita.
Masa anak kecil ni lah banyak tempat kita boleh masuk dengan kos yang lebih rendah. Ada tempat boleh masuk free je.
Masa anak kecil ni, kita bawa pergi kedai dekat rumah pun diorang dah seronok. Bayangkan kalau kita bawa anak ke pantai, ke sungai atau ke hotel yang ada kolam renang.
Saat dia tersenyum dan gelak ketawa tu la yang kita akan kenang sampai bila-bila.
Yang paling saya rindukan, masa kecil ni la kita akan paling banyak dukung dia, pimpin tangan dia dan bergambar di tempat percutian.
Dah besar ni, semua tu hanya tinggal dalam ingatan je.
Kalau boleh ambil cuti, ambillah peluang ni untuk balik berjumpa keluarga. Ambil peluang untuk bawa anak ke pantai, ke kampung atau ke pulau. Kerja pejabat kita takkan pernah habis.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Kalau nak fikirkan kerja memang tak pernah habis, Dapat bercuti sehari dua pun anak-anak dah seronok. Yang tak tahannya, sleagi tak pergi, itulah yang akan ditanya-tanya, bila nak pergi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ramai wanita hamil di luar sana terlepas pandang yang “baby bump” adalah aurat serta wajib ditutup seperti bentuk tubuh yang lain. Ditutup yakni pakailah pakaian yang longgar dan selesa untuk ibu yang mengandung apatah lagi mak-mak di kalangan wanita bertudung.
Oleh sebab itu, mak-mak kita dahulu asingkan baju mengandung dan baju biasa kerana tidak semua baju sesuai dipakai ketika mengandung. Memakai baju yang longgar ketika ibu sedang mengandung amat manis dipandang mata. Jaga-jaga ya, ada juga mata-mata lelaki yang gemar melihat “baby bump”.
Ikuti perkongsian Intan Dzulkefli dan jadikan peringatan buat kita semua. Perbetulkan jika selama ini kita salah.
Ada seseorang tanya saya. Kenapa ramai orang perempuan yang hamil apabila bergambar suka pegang bawah baby bump sampai nampak jelas bentuk perut?
Kadang tudung sudah labuh, pakaian sudah longgar tetapi apabila bergambar pegang atas bawah perut lalu nampaklah bentuk aurat tubuh.
MW: Selepas ini jagalah aurat masing-masing walaupun ketika mengandung. Semoga segala pengorbanan mak-mak mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Insyallah.
Situasi yang tak boleh dijangka dalam rumah tangga, tiba-tiba terpaksa hadap perangai pelik suami yang tidak lagi seperti awal perkahwinan.
Hilang gurau senda dan bicara lembut bahasa tapi menjadi agak ‘panas’ dan sensitif. Macam mana dia boleh berubah sikap menjadi begitu stres bila pulang ke rumah? Apakah kerana isteri melayan sambil lewa atau ada sebab-sebab lain yang lebih dahsyat impaknya?
1. Solat dan Allah di letak belakang
Akhlak suami kepada isteri hakikatnya bergantung dengan keimanan dan kedekatan kepada Allah SWT. Suami yang ingat Allah pasti dekat dan ingat juga pada keluarga, suami yang jauh dari Allah sudah tentu susah mendapatkan kenikmatan berdekatan dengan keluarganya.
Cubalah cari penawar suami yang cepat ‘panas’ dan sensitif dengan menilai hubungannya kepada Allah SWT. Kalau solat pun sudah mula diringan-ringankan, diakhir-akhirkan waktunya, diabaikan khusyuknya sudah semestinya akhlak dan sikap kita akan serabut tak tentu hala tuju.
Inilah punca lahirnya suami-suami yang lupa diri sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (Surah al-Hasyr ayat: 19)
2. Ujian dunia
Suami yang sedang stres sebenarnya pernah menjadi jeneral perang yang melindungi keluarganya dari kejahatan duniawi. Dia memiliki pedang yang tajam iaitu ilmu mengenal Allah yang boleh memutuskan setiap urat-urat dunia yang cuba masuk menaklukkan jiwa. Jika dia kalah sudah tentu disebabkan pedang ilmunya yang tumpul, lama menyepi dari majlis agama. Dia juga kalah oleh kesibukan sendiri walaupun sebenarnya dia boleh memberi prioriti untuk ilmu sebagaimana yang dia boleh beri untuk berbasikal atau bersosial di dunia maya.
Kenapa untuk main futsal boleh dihabiskan 2 jam tetapi untuk mendengar kuliah maghrib yang tak sampai satu jam pun sukar ditempuhi? Ujian dunia biasanya berakhir dengan menangnya nafsu mengikuti kejahatan. Suami yang sensitif sebenarnya terlalu sibuk melayan dunianya sendiri sehingga tak peduli masalah keluarga. Jika suami memenangi perlawanan dengan dunia sungguh dia akan memiliki hati yang penuh ilmu sehingga tidak ada ruang di dalamnya untuk berasa sensitif.
3. Minta Layanan Lebih
Marahnya suami sebenarnya satu refleksi diri yang kurang disentuh isteri, stres yang dialami merupakan punca rindu yang diabaikan. Hati suami yang cepat terkilan selalunya disebabkan oleh kehilangan sikap isteri yang penyayang. Suami bukan robot yang hanya perlukan kawalan remote, dia memiliki jiwa yang mahu dilayan dengan mesra, diraikan dan dihargai.
Malangnya isteri anggap suami tak pandai menjaga hati, suami pula berpendapat isteri yang selalunya kurang bersyukur dan banyak komplen. Layanlah dengan penuh rasa kasih sayang jika mahu dibalas dengan ganjaran yang sama. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS. Al Rûm [30]: 21)
4. Sibuk sangat dengan cari rezeki
Kerjaya merupakan faktor penyumbang terbesar dalam membentuk racun-racun stres di jiwa manusia. Kerjaya seperti medan perang yang boleh mencederakan seseorang. Janganlah fikir urusan kerja di rumah terlalu kerap. Suami boleh berubah mood bila meja kerjanya berlonggok fail, utamakan ahli keluarga sebelum kerjaya. Bahagia itu bukan tentang berapa banyak wang yang dilaburkan tetapi berapa kerap layanan seseorang untuk keluarganya, tanpa syarat.
5. Gangguan manusia lain
Jika suami ditohmah, dicela, dituduh sehingga viral, dibuli oleh manusia ia tidak mengapa asalkan isteri melayannya sepenuh ikhlas, tetapi jika apa yang dihadapi begitu mencabar sebaik-baiknya carilah rumah Allah untuk berteduh jiwa dan raga. Jika para suami melihat pengorbanan isteri menuju Allah SWT nescaya mereka tidak berkecil hati jika isteri merungut, tidak menghina jika isteri bertanya, tidak menggelegak darah kerana marah tapi mengalir lancar kerana yakin ditolong Tuhan.
Penawar bagi kelima-lima masalah ini telah terkandung dalam ayat al-Quran yang bermaksud: “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri, (Surah al Hadid ayat 22-23).
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua pembaca untuk ikat rumah tangga lebih kuat dan mampu tepis segala ujian yang bakal tiba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bulan Oktober diraikan di seluruh dunia sebagai bulan kesedaran kanser payudara, satu inisiatif global untuk meningkatkan pemahaman tentang kepentingan pengesanan awal dan rawatan segera.Di...