Secara luarannya, wanita cukup bergaya dengan tudung dan pakaian yang ‘up to date’. Tapi jangan terkejut kalau anak baju, indah khabar dari rupa. Langsung tidak kisah, anggapan orang tak nampak apa yang kita pakai.
Namun, tidak semua wanita beranggapan begitu. Ada yang sanggup berhabisan untuk membeli anak baju yang elok, cantik dan ‘sedap’ dipakai.
Jangan terkejut, mak dulu-dulu sangat menjaga pemakaian ‘anak baju’ dan inilah yang selalu dipesan oleh arwah ibu pada penulis ini. Jangan ambil temeh sebab aAda makna tersirat dan tersurat pada setiap pemakaian anak baju.
Anak Baju, Jangan Ambil Remeh Tentang Pakaian Dalam
Panduan dan pemahaman buat wanita.
Barangkali ada yang merasakan hal ini tidak penting. Tetapi saya sangat berpegang kepada pesanan arwah ibu saya tentang pakaian dalam wanita. Jadi saya juga mengajarkan hal yang serupa buat anak-anak saya.
Ads
1. Sentiasa pakai pakaian dalam yang baik biarpun kita merasakan tidak ada sesiapa pun yang akan melihat (kerana ianya terlindung di bahagian dalam pakaian).
2. Jangan pakai seluar dalam yang sudah berlubang atau longgar getahnya dan carik. Arwah ibu saya berpesan begini…
“Jangan pakai seluar dalam berlubang. Mana tahu apa-apa berlaku tengah jalan, rumah terbakar ke, jatuh ke… tengok-tengok seluar dalam berlubang…. Nanti orang kata, tuannya bukan main lawa lagi. Seluar dalam berlubang….”.
Arwah ibu berpesan dengan bahasa orang tua. Ia bermaksud, sekiranya berlaku kemalangan atau perkara yang tidak dapat dielakkan nanti akan ketahuan juga. Sampai begitu sekali arwah ibu menakutkan kami.
3. Rupanya bukan setakat itu tujuan arwah ibu mendidik kami. Bagi wanita yang sudah berpasangan adalah sangat penting untuk menjaga bab ini. Ia boleh memberi impak kepada hubungan dengan pasangan. Jadi ambil berat tentang hal ini ya.
4. Jangan terkejut, ada banyak wanita yang kelihatan sangat bergaya, tetapi langsung tidak mengambil berat tentang pakaian dalam mereka. Tali bra longgar, celana dalam yang sangat lusuh dan berlubang juga getah yang longgar.
Ads
5. Wanita perlu laburkan wang untuk membeli bra yang berkualiti serta baik. Bra harus memberikan “support” atau sokongan yang baik untuk payudara anda. Jika tidak, ianya akan memberikan kesan kepada bentuk payudara anda – dalam jangka masa panjang nanti.
6. Bra yang baik, mungkin agak mahal sedikit harganya. Ia adalah bersesuaian dengan fungsi bra itu sendiri. Namun bra begini juga tidak akan mudah rosak.
7. Jangan segan untuk bertanya kepada “promoter” cara untuk memakai bra atau coli dengan betul. Pastikan anda memakai bra dengan cara yang betul. Ajarkan hal yang sama kepada anak-anak perempuan anda.
8. Anda boleh buat carian di YouTube juga untuk melihat cara pemakaian coli dengan betul. Ia mudah. Hanya perlu dipraktikkan dan dijadikan amalan sahaja. Banyak wanita memakai bra sekadar memakai bra sahaja dan tidak dengan teknik yang betul.
Ads
9. Mulai hari ini, saya harap sahabat wanita tidak memandang remeh lagi tentang pakaian dalam anda ya. Saya tahu, terlalu banyak perbelanjaan lain yang kaum ibu rasakan lebih perlu. Tetapi keperluan diri juga adalah sama pentingnya.
Mingguan Wanita : Jangan ambil mudah, ada sebab mak dulu-dulu pesan tentang pakaian dalam ini.
Pandemik Covid-19 boleh menjangkiti siapa saja, terbaru 10 anggota keluarga termasuk ibu dan ayah penyanyi popular Aiman Tino turut disahkan positif virus Covid-19.
10 Anggota Keluarga Aiman Tino Termasuk Ibu, Ayah Disahkan Positif Covid-19
Seperti mana yang dipetik menerusi Kosmo! ONLINE, ayah Aiman Tino iaitu Yusri Ishak memaklumkan 10 anggota keluarga termasuk dirinya dan isteri, Hazelina Mat Jalil disahkan positif Covid-19 sejak 10 hari lalu.
Menurut Yusri lagi, isteri dan lima anak mereka menjalani kuarantin di rumah mereka yang terletak di Kuala Kubu Bharu manakala anak sulungnya dan suami serta anak mereka yang berusia sebulan lebih menjalani kuarantin secara berasing di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Yusri juga memberitahu, dia dah tujuh beranak akan tamat kuarantin hari ini. Malah Yusri juga reda dengan ujian yang diberikan oleh Yang Maha Esa.
“Simptom kami alami seperti demam, batuk dan sakit tekak. Cuma yang teruk sedikit sekarang isteri sebab dia mengalami asma. Keadaan beransur pulih tapi saya nak ingatkan, Covid-19 bukan benda main-main.
“Tolong jaga diri semua sebab selagi belum berlaku kepada kalian dan orang tersayang, kalian ingat benda ini tak serius,” ungkapnya.
Difahamkan Aiman tidak dijangkiti ini kerana penyanyi itu sudah lama tidak pulang ke rumah dan menetap di Kuala Lumpur.
Yusri juga menerangkan dia tidak tahu punca dijangkiti namun selepas pulang mengambil suntikan dos pertama vaksin dirinya demam.
“Bila dah ramai demam dalam rumah ini, kami ambil keputusan buat ujian calitan dan keputusan positif untuk kebanyakan daripada kami.
“Menantu saya yang positif di Shah Alam dah selesai dua dos dan dia memang sihat sahaja. Betullah, kalau nak bebas dari semua ini, dapatkan suntikan vaksin,” sambung Yusri.
Sumber : Kosmo! Online Sumber Foto : Instagram Aiman Tino & Instagram Hazelina
Mingguan Wanita: Semoga semua ahli keluarga Aiman Tino diberikan kesembuhan dan dijauhkan wabak COvid-19.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bapa Puteri Aishah meninggal dunia “mohon sedekahkan Al-Fatihah, Yasin untuk arwah ayah”.
Salam takziah diucapkan buat pelakon drama Cina Buta, Puteri Aishah yang kehilangan bapa tercinta.
Difahamkan pada Khamis lalu, Allahyarham bapa Puteri Aishah berada dalam keadaan kritikal dan Puteri Aishah sempat pulang untuk bersama keluarganya di Kuantan.
Bapa Puteri Aishah Meninggal Dunia
Berkongsi berita duka kehilangan bapanya, Sulaiman Ab Rahman yang meninggal dunia di sebuah hospital di Kuantan, Pahang pada malam Isnin.
Bagaimanapun pelakon Cina Buta itu tidak memaklumkan punca kematian tersebut.
Mohon Doakan Kesejahteraan Arwah Bapa
Menerusi perkongsian tersebut, Aishah, 28, memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan buat arwah bapanya.
“Pada sesiapa yang mengenali ayah, Sulaiman Ab Rahman, ayah saya baru meninggal dunia pada 8.35 malam tadi (Isnin).
“Mohon sedekahkan al-Fatihah dan Yasin untuk ayah. Semoga ayah saya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” tulisnya yang turut memuat naik gambar bersama arwah bapanya menerusi Instagram Stories.
Zaman sekarang ni segala benda boleh dijual untuk dijadikan pendapatan. Hatta udara yang disedut secara percuma juga kini boleh dijual, mendapat permintaan serta hasil yang lumayan. Mungkin agak tidak masuk akal menjual udara segar, namun itulah hakikatnya.
Botol Kaca Isi Udara Segar
Sebuah syarikat berpangkalan di United Kingdom (UK) mencipta kontroversi di dalam talian menerusi jualan botol kaca berisi udara segar dari pesisir pantai dengan harga AS$105 (kira kira RM430) setiap satu.
Oddity Central melaporkan syarikat Coast Capture Air pada mulanya menyasarkan jualan kepada mereka yang berminat menjadikannya cenderahati selain memberi kesedaran mengenai kepentingan udara bersih.
Permintaan Meningkat
Namun, permintaan diterima meningkat hingga menarik perhatian ramai individu terutama dari kawasan tercemar yang sanggup membelinya untuk mendapat kesegaran harian.
Coast Capture Air dalam kenyataan memaklumkan kakitangannya berusaha keras memastikan mereka hanya membekalkan botol udara pantai terbaik di seluruh Cornwall.
“Setiap botol kaca khas Coast Capture Air berisi udara pesisir segar terus dari garis pantai semula jadi dan semula jadi di Great Britain.
“Lokasi pengambilan udara pilihan kami di luar bandar iaitu kawasan tidak tercemar oleh manusia atau jentera, terpencil dan sukar dijejaki.
“Jadi, produk kami sangat berkualiti dan luar biasa kerana sumbernya dari Hartland Point, Pantai Cornish, Great Britain.
“Kami menempuh jarak panjang di Great Britain dan mengunjungi kawasan terpencil dengan keindahan semula jadi luar biasa. Daripada situ, kita dapat mengambil udara paling bersih,” katanya.
Perbezaan Syarikat Lain
Coast Capture Air turut memaklumkan banyak faktor membezakan syarikatnya dengan yang lain.
“Kami memantau dan mengukur setiap botol digunakan.
“Kami guna peralatan sangat sensitif untuk memastikan kebersihan dan kualiti udara dalam setiap botol,” katanya.
MW: Tak sangka mendapat pemintaan tinggi, walupun dara yang dijual ini agak mahal hargnya. Orang memang sanggup membeli udara bersih dan segar, apatah lagi jika sekian lama tinggal dikawasan udara yang tercemar. Namun paling penting, kena ada kesedaran untuk kita menjaga bumi ini, elakkan pencemaran demi mengekalkan udara bersih untuk kita terus bernafas.
Kamal Adli menafikan wujud orang ketiga dalam rumah tangganya bersama Uqasha Senrose. Pelakon itu turut mengaku merindui isterinya dan menegaskan, “Saya tak curang, saya hanya ada dia dan anak.”