minum-air-pangsa

Pernah dengarkan orang lama-lama beri pesanan agar minum air pangsa selepas makan durian. Walaupun ianya sekadar petua orang lama-lama, namun berdasarkan kajian, ianya memberi manfaat kepada pengamal.

Sebagaimana yang dikongsikan oleh Prinsipal Saintis, Dr. Suri Roowi ini. Beliau juga pernah menjalankan kajian ke atas beberapa jenis buah. Dan inilah manfaat yang ditemuinya.

Kenapa Perlu Minum Air Pangsa Selepas Makan Durian

Antara petua dan realiti saintifik.

Biasanya sebahagian kita akan meminum air pangsa durian selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa.

Mungkin ada benarnya. Ini kerana kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan saya sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis buah, menunjukkan bahagian buah yang paling tinggi khasiat adalah bahagian kulit dan ari buah.

IKLAN

Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science pada tahun 2015 menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis.

Baca sini : Saintis Terang Apa Perlu Tahu Sebelum Makan Durian, Agar Tak Sakit

Minum Air Pangsa Selepas Makan Durian, Terbukti Bukan Sekadar Petua

IKLAN

Berkemungkinan Kurangkan Panas Badan

Kajian yang diterbitkan dalam 2 Jurnal Saintifik pada tahun 2021 dan 2022 pula mendapati pangsa durian (bahagian putih) mengandungi bahan propacin.

Bahan ini boleh bertindak sebagai antiradang. Justeru pengambilan air pangsa durian mungkin boleh mengurangkan rasa panas badan selepas makan durian.

IKLAN

Mungkin lebih elok juga jika pangsa buah diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum.

Makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan.

Sumber/Foto : Dr Suri Roowi Ph.D KMN
Principal Scientist

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI