Jangan ambil mudah dengan emosi ibu yang baru bersalin. Tidak kena dengan gayanya, boleh depresi dan meroyan. Sebab itulah, ibu perlukan masa bertenang, bukan sahaja untuk dirinya yang banyak mengeluarkan tenaga semasa melahirkan tetapi juga dalam proses menjaga anak dalam pantang.

Jadi, perlu atau satu pilihan untuk ibu-ibu mendapat cuti bersalin yang ideal? Sekurang-kurangnya tempoh ini boleh membantu para ibu memulihkan diri sepenuhnya untuk kembali bekerja.

Itulah yang telah dikupaskan dalam Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi tentang Tempoh Cuti Bersalin Ideal.

Antara ulasan yang diberikan oleh:

Norhimah Aziz, Presiden Persatuan Wanita Inspirasi Malaysia (WIM):

* Apabila bersalin, tenaga yang digunakan oleh ibu adalah tenaga luar biasa.
* Tempoh 90 hari yang diberikan boleh ditambah baik, jika diambil kira faktor-faktor seperti kes meroyan kerana tidak dapat rehat secukupnya, susu ibu tidak mencukupi dan kesihatan bayi yang tidak mengizinkan dalam tempoh berpantang.
* Walaupun tempoh cuti bersalin agak panjang, ibu masih boleh berhubung untuk hal-hal yang berkaitan kerja.

Perlu Atau Pilihan? Tempoh Cuti Bersalin Ideal

IKLAN

Dr. Sharina Mohd Razali, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi:

* Wanita yang bersalin memerlukan sekurangnnya enam minggu untuk pulih.
* Selain iu, 18 minggu pula adalah waktu yang sesuai untuk penyusuan ibu.
* Tempoh enam bulan pula adalah masa untuk badan wanita yang bersalin kembali normal.
* Jadi, isu tentang tempoh cuti bersalin yang telah diperkatakan selama 90 adalah wajar.

Perlu Atau Pilihan? Tempoh Cuti Bersalin Ideal

Topik yang cukup menarik dikupas hari ini. Untuk lebih kupasan lebih lanjut, saksikan ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 8 malam ini.

Perlu Atau Pilihan? Tempoh Cuti Bersalin Ideal

IKLAN

Siti Elizad dan Sherry Al-Hadad akan membincangkan topik ini bersama-sama tetamu istimewa yang lain.

#MingguanWanitaTV

#MingguanWanitaTalkShow

IKLAN

#MingguanWanita

#TemanSetiapWanita

#AstroPrima105

#PrimaHD121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI