
Selepas hampir tiga minggu bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Saudi German di Mekah akibat pneumonia, jemaah haji Hajah Asmah Mansor akhirnya selamat tiba di Malaysia malam tadi. Sebuah kepulangan yang disambut dengan penuh rasa syukur dan kelegaan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, Hajah Asmah mendarat di Lapangan Terbang Subang pada tepat 8.15 malam, selepas melalui penerbangan perubatan yang memakan hampir 10 jam.
“Alhamdulillah, satu perjalanan panjang yang akhirnya pulang ke pangkuan tanah air,” kata Datuk Dr. Mohd. Na’im dalam hantaran di Facebook.
Pesawat Air Ambulance itu berlepas dari Jeddah pada 4.30 pagi waktu Arab Saudi, sebelum singgah seketika di Nagpur, India pada 10.40 pagi dan menyambung penerbangan sejam kemudian.
Setibanya di Malaysia, Hajah Asmah terus dibawa menaiki ambulans ke Hospital Putrajaya, di mana beliau kini ditempatkan di ICU bagi menerima rawatan susulan.
Penghargaan
Dalam kenyataannya, Datuk Dr. Mohd. Na’im turut merakamkan penghargaan yang tinggi terhadap kesediaan pasukan perubatan Hospital Putrajaya.
Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/misi-membawa-pulang-jemaah-haji/

“Saya memuji profesionalisme dan kasih insan seluruh pasukan perubatan yang menerima serta merawat beliau dengan penuh dedikasi,” katanya.
Sebelum ini, misi membawa pulang Hajah Asmah digerakkan selepas kutipan sumbangan berjumlah kira-kira RM500,000 mencukupi bagi membiayai kos penerbangan perubatan tersebut, tanda solidariti rakyat Malaysia untuk seorang jemaah haji dalam kesempitan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

