Ada yang tanya apa hukumnya wanita pergi masjid atau surau untuk bersolat terawih. Dibolehkan wanita solat di masjid dan surau atau lebih baik solat saja di rumah?
Sebab masih ada lagi wanita yang belum jelas dan tertanya-tanya. Jika mahu bersolat terawih di masjid misalnya, adakah syarat-syaratnya bagi wanita.
Bagi menjawab persoalan ini, Ustaz Farid Rashidi menerangkan dengan jelas akan hukumnya. Semoga bermanfaat kepada pembaca Mingguan Wanita.
Hukum Wanita Pergi Masjid Bersolat Terawih
Sehari dua ini, berlegar beberapa status tentang hukum wanita bersolat tarawih di Masjid.
Kebetulan ada seseorang menghantar mesej bertanyakan soalan. Bunyinya begini.
“Assalamualaikum ustaz, nak tanya kaum hawa kalau pergi tarawih dekat surau tak elok ke? Saya pergi solat dekat surau sebab nak berjemaah. Kalau buat kat rumah sorang-sorang feeling solat tak terasa sangat. Salah ke apa yang saya buat ustaz?”
Setelah free sikit masa, saya cubalah berikan jawapannya berdasarkan apa yang hadis Rasulullah SAW sebutkan dan dinaqalkan dari pandangan ulama’.
Lebih afdhal wanita bersolat di rumah. Namun jika aman, bebas dari fitnah. Tak salah. Tak mengapa boleh ke masjid. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.
Ads
Dari Ummu Humaid, isteri Abu Humaid As-Saa’idiy. Ummu Humaid pernah mendatangi Nabi SAW dan berkata bahwa dia sangat senang sekali bila dapat solat bersama beliau. Kemudian Nabi SAW bersabda:
قَدْ عَلِمْتُ أَنَّكِ تُحِبِّينَ الصَّلاَةَ … وَصَلاَتُكِ فِى دَارِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِى مَسْجِدِ قَوْمِكِ وَصَلاَتُكِ فِى مَسْجِدِ قَوْمِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِى مَسْجِدِى
”Aku telah mengetahui bahawa engkau senang sekali jika dapat solat bersamaku. Solatmu di rumahmu lebih baik dari solatmu di masjid kaummu. Dan solatmu di masjid kaummu lebih baik daripada solatmu di masjidku.”
[Hadis Riwayat Ahmad, no. 27135]
Andai wanita tadi rasa macam malas bila solat dekat rumah sendirian, nak ada rasa semangat berkobar-kobar, maka bolehlah dia bersolat di masjid atau surau. Dengan beberapa syarat:
1. Bebas dari fitnah
Contoh macam anak dara comel pergi bertarawih, tiba-tiba jadi bualan jejaka-jejaka masjid. Asal tak pernah jejak pun ke masjid, tapi bila si gadis tadi ada terus bertukar rajin lain macam. Siap tolong bersihkan jamban lagi. Punyalah rajin.
Tak pun si janda Milah bersolat tarawih di surau. Abang Aji asal buat lapan je, tapi sebab ada janda Milah full 20 siap witir. 30 hari Ramadan tau.
Ads
Haa, inilah namanya fitnah. Bahaya bahaya.
2. Elakkanlah bertabarruj, berwangian dan tutuplah aurat sempurna
Ini selalu sangat saya tulis pada tulisan lepas. Tak faham juga tak tahulah nak tulis bahasa apa lagi.
Pergi surau dan masjid pakai cantik-cantik wangi-wangi, nak solat ke nak goda lelaki? Betulkan niat ya.
3. Tak berlaku iktilat atau percampuran lelaki perempuan
Hah, ada pula yang ambil kesempatan nak mengoratlah, nak ambil peluang berborak, nak bermesra kenyit matalah. Tak pun nak bergosip. Ini tak boleh ya.
4. Mendapat keizinan suami bagi yang dah berkahwin
Bagi yang belum kahwin, mesti mendapat keizinan ibu bapa.
Jangan main redah je tau. Betul nak beribadah, tapi kena alert juga hal begini.
عنِ ابنِ عُمرَ رَضِيَ اللهُ عنهما، أنَّ النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم قال: ((إذا استأذَنتْ أحدَكم امرأتُه إلى المسجدِ، فلا يَمنعْها))
“Jika isteri kalian meminta izin pada kalian untuk ke masjid, maka izinkanlah mereka.”
[Hadis Riwayat Muslim, no. 442. Riwayat Bukhari, no. 5238]
Ads
Imam An-Nawawi membawakan hadis ini dalam Bab “Keluarnya wanita ke masjid, jika tidak menimbulkan fitnah dan selama tidak menggunakan harum-haruman.”
Jika syaratnya dah cukup, bolehlah dipersilakan ke surau atau masjid.
Semoga ibadah kalian lebih khusyuk, semangat, feeling lebih, bertambah kenalan wanita solehah, bertambah ilmu setelah mendengar nasihat dan taujihat.
Jangan bertambah kasih pada bang Aji sudah ya. Alah, guraulah. Gurau pun tak boleh.
Ok ok, jemputlah share pesanan dan nasihat ini ya. Biar ramai yang faham dan dapat elakkan dari tersalah ‘niat’.
#UFR
Jemput follow (set see first) untuk dapatkan info tentang motivasi islami, fiqh rumahtangga dan kisah-kisah membangun jiwa.
Raut wajah yang manis, sejuk mata memandang, lontaran suara yang lemah lembut dalam menyampaikan ilmu agama membuatkan ramai yang mengagumi wanita hebat, pendakwah Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa,46 ini.
Baru-baru ini dalam rancangan TV ‘Nabil to Neelofa’, pendakwah hebat ini ada memberi pesanan bahawa untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, kena pastikan selalu minta 3 perkara ini dengan mak ayah iaitu doa, kemaafan dan nasihat.
1.PERTAMA Minta Doa
Telefon mak ayah dan selalu minta doakan kita. Ini kerana doa mak ayah tiada hijab dan ada keberkatannya.
2.KEDUA Minta Kemaafan
Selalu minta maaf pada mak ayah, minta restu, keredhaan dan kemaafan dari mereka. Sama ada kesalahan yang sengaja mahupun tidak sengaja.
3.KETIGA Minta Nasihat
Nasihat daripada mak ayah ini penting kerana mak ayah akan rasa sangat dihargai apabila anak meminta nasihat mereka. Apatah lagi mak ayah yang lebih mengetahui baik buruk kita dan dapat menasihati mana yang baik dan mana yang buruk, serta minta tunjuk ajar daripada mereka.
Menurut ustazah lagi, jujurnya jiwa seorang anak bila meminta 3 perkara ini iaitu doa, kemaafan dan nasihat daripada mak ayah mereka.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika masih mempunyai mak ayah, pastikan kita selalu minta 3 perkara ini iaitu doa, kemaafan dan nasihat daripada mereka. Semoga kita dapat menjadi anak yang soleh dan solehah, menyenangkan hati kedua mak ayah tercinta.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Dunia adalah medan ujian buat kita. Tak mudah melaluinya apabila ditimpa musibah. Seringkali apabila ditimpa ujian dan musibah, kita diminta untuk bersabar, bersabar dan terus bersabar. Namun, sungguh ia tak mudah dilakukan berbanding mengucapkannya. ‘Tahan’ lah dulu hati apabila menempuhi setiap musibah yang diberikan.
Ikut langkah yang dikongsikan oleh Pendakwah, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ini sebagai panduan;
“Bila kita dinasihatkan agar bersabar…hati kita bertanya bagaimana? Sabar tidak semudah yang diucapkan”
Sabar itu ertinya ‘menahan’. Justeru, tahan dulu hati apabila menerima musibah dengan Lima langkah ini:
1. Ucapkan Kalimah Istirja’
Akui kita dari (kepunyaan) Allah. Maka kita layak diuji. Jangan mempersoalkan ‘kenapa aku?’
2. Ingatkan Hati Agar Kekal Positif
Sedarilah musibah itu datang daripada Allah. Allah itu Maha Pengasih. Sudah pasti apa yang datang daripadanya baik-baik belaka. Ingatkan hati, “Semua ini pasti baik walaupun aku belum nampak dan merasakannya.”
3. Cara Allah Ampunkan Dosa
Pesan pada diri “Aku banyak dosa, ujian ini adalah cara Allah mengampunkan dosa-dosa ku.” Agar dengannya aku tidak terseksa di neraka nanti. Nauzubillah. Akhirat itu sesungguhnya ada.
4. Setiap Kesusahan Ada Kemudahan
Ingat janji Allah, yang diulangiNya sehingga dua kali, bahawa selepas kesusahan pasti ada kemudahan. Terimalah dan ‘layanilah’ musibah itu sebagai tetamu di kamar hati dengan baik..InsyaAllah dia akan cepat pergi.
5. Pujuk Hati
Musibah ini belum tentu seburuk yang disangka. Allah telah berpesan, ” ada perkara yang kamu tidak suka tetapi itu baik bagi kamu.” Pujuk hati, Allah yang memberi musibah ini lebih tahu apa yang baik bagi ku berbanding diri ku sendiri.
Justeru wahai diri, apabila dipesankan kepada mu: Bersabarlah… maka itu bermaksud menahan. Bagaimana untuk menahan? Maka ambillah lima pesan di atas sebagai panduan.
(Dariku tidak ada harta, bantuan ku hanya dengan kata-kata. Semoga ada manfaatnya. Amin.)
# Aku tidak mahu kau derita kerana aku pernah merasainya. #
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang tak mudah untuk menahan sabar berbanding mengucapkannya. Namun, ambil pesanan ini sebagai panduan kita dalam menahan sabar ketika ditimpa musibah.
Pengambilan ujian swab bagi menyaring individu disyaki dijangkiti COVID-19 tidak membatalkan puasa, seperti yang diterangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan kaedah memasukkan peralatan khusus ke dalam rongga hidung dan belakang anak tekak pada kadar dalaman tertentu didapati tidak membawa gambaran sebagai makan (mengenyangkan) dan minum (menghilangkan dahaga) sehingga membatalkan puasa.
Beliau berkata dari sudut syarak, ujian seperti itu mempunyai kelonggaran dalam Islam kerana mengambil kira aspek kesihatan seseorang.
“Ujian swab COVID-19 telah diberi pandangan dalam (Jawatankuasa) Fatwa Majlis Kebangsaan pada minggu lepas dan mereka semua bersetuju bahawa kaedah ujian swab yang digunakan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) adalah tidak membatalkan puasa.
“Walaupun masuk (rongga hidung dan mulut), ada membahaskan ia bukan (sehingga) dalam perut yang ternyata membatalkan puasa mengikut hukum syarak. Ia sekadar (masuk) panjang sejengkal dan lebih sikit,” katanya kepada Bernama.
Memandangkan ini isu baru dan dunia sedang melalui pandemik ini, timbul kekeliruan dikalangan umat Islam khususnya sama ada ujian ini menyebabkan terbatalnya puasa ataupun tidak.
Antara hujah utama yang menguatkan kenyataan ujian swab ini tak batal puasa iaitu,
1 – Ujian swab tidak membawa gambaran sebagai makan dan minum yang menjadi sebab batal puasa dengan ijmak ulama.
2 – Pandangan sebahagian ulama hanafi yang mensyaratkan sesuatu yang masuk ke dalam rongga badan mestilah sesuatu yang kekal di dalamnya dan tidak bersambung dengan sesuatu lain dari luar badan.
3 – Peralatan ujian swab ni sama seperti gastroscope ( teropong perut ) yang boleh dimasukkan ke dalam rongga badan tapi tidak membatalkan puasa asalkan peralatan tersebut bebas dari sebarang bendalir atau seumpamanya.
Inilah alat yang digunakan untuk mengambil sampel ujian Covid-19
Walaupun begitu tidak di galakkan untuk sengaja memasukkan jari telunjuk ke dalam hidung pada waktu berpuasa kerana perbuatan itu boleh batal puasa.
Menurut pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie adalah memasukkan sesuatu dari lubang hidung hingga melepas had yang batin itu membatalkan puasa.
Bermula had yang batin ialah dari permulaan tulang hidung dan setengah fuqahak berkata had batin bagi hidung ialah sampai kepada otak atau lepas hingga ke kerongkong.
Dari kerana ini boleh dikatakan ujian corona dengan memasukkan objek ke dalam hidung tidak membatalkan puasa kerana walau pun melepasi tulang hidung tetapi tidak sampai ke otak atau kepada kerongkong.
Jika objek ujian masuk melepasi otak atau sampai melepasi kerongkong atau masuk ke dalam perut maka ia membatalkan puasa.
Berkata Mufti Negeri Jordan :
تبيّن لنا أنّ فحص الكورونا لا يفطر الصائم؛ لأنّ أداة الفحص الجافة التي تدخل من الأنف لا تصل إلى الحلق، وما كان كذلك فلا يعتبر من المفطّرات حيث اشترط السادة المالكية في المفطر أن يصل إلى الجوف، واشترط الحنفية استقرار الداخل في الجوف، وألا يبقى شيء منه في الخارج، وكلا الشرطين لا يتوافران في عملية الفحص؛ ولأنّ الصوم لا يبطل بالشكّ، لذلك من قام بفحص الكورونا عليه أن يُتمّ صومه، ولا شيء عليه. والله تعالى أعلم
Ertinya : “Telah nyata bagi kami bahawa ujian corona tidak membatalkan puasa kerana alat ujian yang bukan cecair itu masuk melalui hidung tidak sampai ke dalam perut dan perkara yang seperti demikian itu tidak terhitung dari yang membatalkan sekira-kira ulamak mazhab Maliki mensyaratkan masuk ke dalam perut barulah membatalkan puasa dan ulamak mazhab Hanafi pula mensyaratkan semua objek masuk kedalam perut tiada tinggal suatu pun diluar. Maka kedua syarat ini tidak berlaku ketika ujian corona dibuat dan pula dari kerana puasa itu tidak batal dengan sebab syak.
Doa seorang ibu anak jadi mangsa nafsu serakah bertopeng Ustaz termakbul, Fathi Naim dipenjara 15 tahun. Allah sentiasa bersama orang yang benar.Doa seorang ibu...