
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan mewajibkan pendidikan prasekolah bermula pada usia lima tahun.
Inisiatif tersebut adalah bagi meningkatkan keberhasilan pendidikan negara. Perkara ini diumumkan Perdana Menteri yang membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat hari ini.
Perdana Menteri Umum Pendidikan Prasekolah Bermula Pada Usia 5 Tahun Akan diwajibkan
“Pada masa sama, lebih banyak kemudahan prasekolah di sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan (KPM) akan disediakan terutama di kawasan desa.
“Kerajaan juga akan melaksanakan kajian semula ke atas waktu persekolahan optimum, menilai keberkesanan sekolah khusus dan menambah baik model pendidikan bagi murid pintar cerdas dan berbakat,” umum Perdana Menteri.

Sistem Pendidikan Negara Akan Diperkemas
Menurut laporan Berita Harian Online, Perdana Menteri turut memberitahu sistem pendidikan negara turut akan diperkemaskan.
Malah Perdana Menteri juga menyatakan tumpuan juga akan diberikan terhadap usaha pemerkasaan penguasaan bahasa Melayu di semua peringkat, sementara bahasa Inggeris akan dijadikan bahasa pembelajaran dan perhubungan, dengan pembelajaran bahasa tambahan akan diperluas.
Selain itu Perdana Menteri juga memaklumkan pengukuhan pendidikan berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan literasi digital, termasuk pengenalan asas kecerdasan buatan (AI) akan digerakkan bagi melahirkan generasi yang bersedia memenuhi permintaan pasaran kerja masa depan bernilai tinggi.
“Sistem pendidikan negara akan diperkemas supaya lebih bersepadu, berkesan dan responsif kepada cabaran masa depan.
“Oleh itu, KPM bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengawal selia pendidikan prasekolah hingga menengah.
“Bagi pendidikan prauniversiti dan pengajian tinggi akan diselaras Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan matlamat memperjelas bidang kuasa dan meningkatkan kecekapan dasar serta pelaksanaan” terangnya.

RM67 Bilion Untuk Sektor Pendidikan
Pada masa yang sama Perdana Menteri juga menyatakan Kerajaan telah memperuntukkan RM67 bilion untuk sektor pendidikan dalam RMK13 yang mana ia termasuk untuk pembinaan sekolah baharu, membaiki dan menaik taraf bangunan sekolah termasuk tadika KEMAS serta kemudahan institusi pendidikan tinggi awam.
Pada tahun 2025, sejumlah 1,200 sekolah daif di seluruh negara dinaiktaraf. Dan pembinaan sekolah menerusi RMK13 akan dijadikan syarat kebenaran merancang projek perumahan berskala besar baharu dan usaha itu memerlukan kerjasama semua negeri dan majlis perbandaran.
“Syarat kebenaran merancang mesti dimasukkan (sebagai) keperluan pendidikan.
“Pembinaan sekolah vertikal akan diperluas bagi menangani isu kepadatan pelajar dan ketiadaan tapak sekolah yang bersesuaian,” sambung beliau.
Sumber : Berita Harian
Baca Disini : “Bella Kena Ada Kat Sebelah…, Anwar Ibrahim Sempat Usik Syed Saddiq Ketika Terima Baju Raya

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI