Ramai suami tak faham, cara terbaik untuk melayani emosi isteri terutamanya yang bekerja yang sudah sampai tahap limit keletihannya. Jika suami anggap berikan percutian keluarga itu satu hadiah untuk meredakan keletihan isteri, itu bukanlah solusi terbaik.
Kerana, isteri yang keletihannya sudah sampai ‘garisan merah’ dia cuma perlukan masa untuk dirinya sendiri. Tak perlu sehari, dapat sejam dua pun sudah memadai. Dia akan cergas dan kembali waras.
Hadamkan perkongsian Syahida Majid ini, agar suami lebih faham apa sebenarnya yang ada di fikiran isteri yang kadangkala tak terluah oleh mereka.
Percutian Keluarga, Bukanlah Cuti Buat Saya
Banyak kali suami bawa saya keluar bercuti. Sudah banyak negeri kami pergi. Banyak muzium kami lawat.
“Ini cuti untuk Mama..”, kata suami.
Malah setiap kali lepas pantang, suami memang hadiahkan saya percutian.
Anak sulung ke Kedah
Kedua ke Langkawi
Ketiga ke Melaka
Ads
Tapi satu hari saya meluahkan, Percutian keluarga, bukanlah cuti buat saya.
Ya, seronok, dapat jalan, dapat stay hotel, dapat makan.
Tapi sebelum bercuti, sepanjang bercuti, selepas bercuti; saya keletihan. Tiada istilah rehat.
Persediaan Sebelum Bercuti Saja Sudah Memenatkan
Sebelum — sediakan keperluan. Tiap kali mengemas saya stress sampai boleh tidurrr lama, tengking anak. KEMAS; bukan sekadar baju ya. Kemas rumah, kemas pinggan mangkuk, sampah zero, kemassss. Otak letih. Emosi letih.
Semasa — memantau pakaian mencukupi. Things can happen. Anak pi tukar baju 2-3 kali sehari. Pulak tu pi main air main pasir. Baju boleh jadi tak cukup. Waktu makan anak terbalikkan pinggan. Waktu tidur anak menangis tengah malam. Otak letih. Emosi letih.
Ads
Selepas — mengurus pakaian. Yg ni kurang lah letih dia. Tapi letihhhhhh lepas segala aktiviti. Dan, kembali ke KERJA asal.
“Semua ni, KERJA bagi Syi. Syi KERJA dan tak ada masa rehat“. ‘SEMUA’; saya tunjukkan gambar keluarga kami. Suami, anak-anak.
Isteri Perlukan Masa Untuk Bertenang, Agar Kekal Waras
Ya, kami para isteri kerja selagi kalian depan mata kami. Mata kami mungkin tidur, tapi tengah tidur pun otak tak berhenti fikir menyempurnakan keperluan keluarga. Ready Mode sentiasa ON! Buktinya kami boleh bangun tidur bila dengar anak mengigau, bila dengar ada bunyi-bunyi dari luar bilik.
Akhirnya kami suami isteri tukar kaedah.
Ads
Kami ke mall, suami bawa anak-anak, dan saya jalan seorang ke mana yg saya nak. Berlama-lama di kedai buku, hirup kopi panas.
Seorang. Tenang.
Hanya beberapa jam. Dan sekeping wang (warna duit dirahsiakan).
Atau, Maghrib dan Isyak di masjid sementara suami take over anak-anak.
Cukup.
Kami perlukan masa untuk bertenang, boleh mendengar fikiran kami sendiri, agar kami kekal waras. Waras memberi sepenuh CINTA pada keluarga.
MW : Syukur jika suami dapat faham apa yang isteri hajati.
Perlu mak ayah ketahui, makanan yang tinggi radang boleh melambatkan proses penyembuhan. Senarai 16 jenis makanan ini, doktor terang sebaiknya elak beri pada anak yang sakit.
Ada di antaranya, selama ini mak ayah bayangkan itulah makanan sihat untuk anak-anak. Rupanya tak bagus untuk penyembuhan mereka. Elak beri pada anak ya.
Hadamkan perkongsian Mazliana Mazlan ini. Semoga memberi manfaat pada mak ayah sekeluarga.
Elak Beri Anak 16 Jenis Makanan Ini Bila Mereka Sakit
Anak-anak tak boleh ambil 16 jenis makanan macam ni bila mereka sakit.
Ibu ayah kena lebih hati-hati dengan makanan bila anak tak sihat, supaya proses penyembuhan berlaku dengan lebih cepat, insyaAllah.
Saya perasan, biasanya trend pesakit cilik yang dibawa ke klinik memang makin tinggi bila mula sesi persekolahan.
Anak kerap tak sihat, bila kita tak jaga makanan anak dengan baik. Mudah nak dapat jangkitan dari luar, bila imuniti badan anak tak kuat. Masuk sekolah pulak, macam-macam makanan diberi yang kita tak boleh nak kawal sebaiknya.
Ada 16 jenis makanan yang perlu dielakkan jika anak-anak kita tak sihat. Tak kisah apa jenis penyakit pun, cuba elakkan kalau boleh.
Atau kalau dapat kurangkan masa sihat, insyaAllah ini paling terbaik . Makanan yang baik, bantu kuatkan imuniti anak-anak kan.
Roti bukan makanan anak bila sakit tak lalu nak makan apa, tapi roti lah yang pertama sekali kita kena elakkan.
Biskut cicah teh o pun tak ok walaupun anak selera sangat makan waktu sakit.
1. Roti dan biskut
– Terutama yang pasaran, banyak sangat bahan yang digunakan untuk sediakan sebuku roti dan sepakat biskut.
– Kalau buat sendiri, cuba guna pilihan bahan yang baik untuk anak-anak makan.
Mayonis sebenar buat sendiri guna 4 bahan je. Yang ini banyak sangat bahannya.
2. Salad dressing
– Mayonis, thousand island dan sebagainya.
– Jenis makanan yang ini, wajib ada pengawet untuk kekal lama dua tiga tahun di rak pasaraya.
Aiskrim orang kata bagi hilang sakit tekak, tapi macam-macam bahan dalam aiskrim.
Biskut baby pun ada gula. Kalau anak korang start berkahak bila makan, tengok balik apa yang anak makan tau.
3. Gula
– Yang ini baja kepada semua penyakit tau. Kita kurangkan sebanyak mungkin baja penyakit ni dari anak-anak k.
Yang ini bukan minuman probiotik yang baik untuk usus ya, sebab banyak sangat gula tambahan dalam ni.
4. Gula tersembunyi
– Banyak ada dalam biskut, air soda, energy drinks, granola.
– Biasanya tak ditulis nama gula, tapi diganti dengan nama lain contohnya fruktosa, gluckosa, sirap jagung dan sebagainya.
Jajan macam ni, kena elakkan dari anak ye.
5. Makanan dalam tin
– Apa saja bahan makanan dalam tin, elakkan sepenuhnya.
– Sardin, tuna, kari ayam. Kalau takde pengawet sekali pun, sebab terperap lama dalam tin aluminium, dari situ akan datang kesan buruk pada badan anak.
Susu yang betul-betul susu, bahan ramuannya cuma satu, iaitu susu segar.
6. Susu
– Makanan yang boleh timbulkan radang.
– Terutama susu berperisa seperti coklat, strawberi, pisang yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan.
Nugget yang anak suka sangat tu, tinggi MSG dan perisa tiruan.
7. Daging proses
– Sosej, nugget, burger, meatball dan seangkatan dengannya.
– Makanan bukan dari daging sebenar, dan pengawet nitrit digunakan.
Yang ini tolong elakkan dari anak-anak ya.
8. Cereal
– Banyak bersumberkan dari bahan GMO.
– Pengawet dan pewarna tiruan tidak ketinggalan.
Coklat pun sama. Banyak dah saya share coklat sihat untuk anak-anak kan.
9. Candy bar dan coklat
– Tinggi sangat kandungan gula dan pewarna tiruan untuk anak-anak kita.
Jus buah pun ada tambahan pewarna.
Air macam ni elakkan dari anak-anak ye.
10. Jus buah dalam kotak
– Tak ada satu jenis jus buah pun yang kita buat di rumah, tahan lebih dari 3 hari kan.
– Sangat tinggi dengan kandungan gula.
– Segala yang namanya 3 in 1, siap minum segera. elakkan dari anak-anak walaupun mudah sangat kita nak buat.
Mentega banyak guna dalam kek dan biskut kan. Makan dengan roti pun sedap. Tapi yang sedap tu tak semua baik untuk anak.
12. Marjerin
– Cari pure butter dan elakkan marjerin yang ada kandungan transfat.
Sapu kat roti pun dah naik selera anak, tapi takkan kita nak bagi makanan yang boleh mudaratkan lagi kesihatan anak kan.
13. Pemanis tiruan
– Sucralose, aspartame, maltodextrin.
– Walaupun orang kata ianya pemanis yang sesuai untuk pesakit kencing manis, tapi belek dulu bahan ramuan yang digunakan, mungkin ada pemanis tiruan macam ni.
Minyak yang ini elakkan guna kat rumah ya.
14. Minyak sayuran
– Elakkan minyak jagung, soya, matahari.
– Guna apa yang banyak di negara kita, minyak kelapa sawit dan minyak kelapa antara pilihan yang baik.
Please taknak beli dah kat rumah lepas ni, tak kisah waktu anak sakit ataupun sihat.
15. Mee segera
– Bila buka saja plastik perencah, dau bau harum semerbak satu rumah kan.
– Tinggi MSG dan perasa tiruan yang buatkan baunya menusuk ke hidung hingga aktifkan deria rasa kita.
Nasi, kicap dan telur pun dah nikmat, tapi rupanya antara makanan pembawa radang jugak, banyak sangat pengawet kan, MGS lagi.
16. Aneka sos dan spread
– Tinggi gula, MSG, pengawet dan perasa tiruan.
Kita cuba sedaya mampu, elakkan dari anak-anak dan keluarga, terutama waktu mereka sakit.
Makanan ni semua adalah makanan tinggi radang yang boleh lambatkan proses penyembuhan.
Sama-sama kita cuba ya, sediakan pilihan bahan makanan yang baik di rumah buat anak-anak.
Ada kata-kata menyebut dapat mentua yang baik pun satu rezeki. Hati menantu jadi lapang dan tenang. Begitu juga dengan kisah perhubungan Dafreena Dafril dengan mentua yang begitu akrab bagaikan anak sendiri.
Ibu mentuanya yang pandai menjahit, menurunkan ilmu menjahit pada anak menantu perempuannya ini. Sebak pula bila ibu mentua sebut, kemahiran yang diajarkan itu sebagai kenangan untuk menantu bila mana ibu tiada kelak.
Tergerak Hati Belajar Menjahit Dengan Mentua
6 tahun kawen. 6 tahun duduk dengan mertua. Takde langsung minat nak menjahit walaupun mak mertua jahit cadar, bedung dan barut baby, tilam baby, bantal, comforter semua tu.
Tiba-tiba 2 hari lepas, macam datang keinginan dalam hati nie nak belajar menjahit. Mula-mula tu mak mertua cuma suruh jahit atas kain-kain perca. Jahit saja-saja. Sebab sebelum nie saya jahit kain tu ke belakang.
Hari ini datang rumah mertua tiba-tiba mak hulur kain-kain perca yang dia jahit cadar semua tu. Dia kata, “haa cantumkan. Buat selimut. Nanti boleh kita bawak balik KL.” Maka terhasil lah separa siap.
Mak mertua saya memang kalau apa-apa semua dia akan suruh saya dulu. Padahal anak perempuan dia 3 orang.
Sebab mak pernah cakap, “semua anak-anak aku tak ikut jejak aku. Kau je sorang menantu perempuan yang aku ada. Nanti kalau mak dah takde, ada lah kenangan mak dengan kau.”
Sedih bila dengar dia cakap macam tu.
Saya memang rapat dengan dia. Pergi shopping dengan mak, kadang underwear pun mak belikan, tiap kali nak dapat baby, mak lah yang siapkan barut, bedung, jaga dalam pantang. Mak pun tukang urut jugak. Mak saya pulak kurang sihat. Dah tak kuat macam dulu. Sakit kencing manis dan buah pinggang kronik.
Semoga ibu-ibu dan ibu mertua kita sihat sentiasa dan berada dalam kerahmatanNya. Aamiin.
Lumrah sikap seorang wanita yang bergelar pasti banyak cakapnya. Ada sahaja benda yang ingin dikongsi dan diceritakan kepada orang disekelingnya. Namun awas, buat para suami bila isteri memilih untuk berdiam diri membisu seribu bahasa.Itu bahaya. Pasti ada benda yang tak kena atau berkecil hati dengan perangai suami sendiri.
Hadam perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini;
Diam seorang isteri.
Wanita sememangnya lebih banyak ‘suara’ berbanding lelaki, dia akan bercakap tentang apa saja yang terlintas difikirannya.
Hampir pasti akan ada sesuatu yang akan menjadi modal atau point untuk seorang wanita itu bercakap, berbicara, bersuara….susah untuk seorang wanita itu untuk kekal berdiam diri, sebab wanita yang normal akan bercakap puluhan ribu perkataan dalam masa sehari.
Berbeza dengan lelaki, ada lelaki hanya bercakap bila perlu sahaja dan kebiasaannya lelaki bercakap direct to the point.
Namun, sekiranya seorang wanita terutamanya seorang isteri memilih untuk berdiam diri, maka itu BAHAYA…
Pasti ada sesuatu disebalik “diamnya” itu…dia mungkin sudah penat bercakap hal yang sama, perkara yang sama setiap hari, tapi masih tiada perubahan dari hari ke hari daripada insan yang mendengarinya, lalu dia memilih untuk berdiam diri setelah “suaranya” tidak didengari pasangannya.
Sebab Isteri Mahu Menahan Dirinya..
Adakalanya juga seorang isteri memilih untuk berdiam disebabkan ingin menahan diri…jika disuruh bercakap, mungkin dia akan meletup dan dia tidak akan dapat mengawal diri lalu dia mungkin akan menyakiti hati orang lain dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya.
Diam seorang isteri tu sebenarnya dia sedang berusaha menenangkan dirinya sendiri, menjadikan dirinya sabar.
Fikirannya boleh jadi bercelaru, jiwanya boleh jadi berkecamuk…dia sedang cuba mengawal perasaannya untuk elokkan kembali mood dia.
Jangan biar seorang isteri berdiam diri untuk tempoh yang lama, sekiranya kita sedar dia tidak seperti kebiasaannya, maka terus dekati dia dan tanya, kenapa dan apa yang menyebabkan dia berdiam diri, lalu cubalah untuk perbaiki…sekiranya tiada usaha untuk mengetahui kenapa isteri memilih untuk berdiam diri, maka jangan hairan jika satu hari nanti dia “meletup” dan akan mengeluarkan kata-kata yang bukan-bukan.
Dia juga seorang manusia yang ada hati dan perasaan…jangan menidakkan kemahuannya untuk bersuara…kata-katanya juga layak untuk didengari dan difahami.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan buat para suami. Lebih baik isteri banyak cakap, membebel itu dan ini berbanding diam dan membisu seribu bahasa. Itu bahaya!
Ibu Aizzat tak mampu lupakan tragedi anak mati dibuli, "bibirnya lebam. Bibir itulah juga saya pernah susu dan suapkan nasi.Tanyalah pada mana-mana ibu, jika...