Sebenarnya isteri yang kerap marah adalah sebab dia dah tak mampu nak uruskan emosinya yang berat. Kadang suami dan anak-anaklah mangsanya.
Haaa… sebab itulah kaum suami kena bagi selalu berkomunikasi dengan isteri, jadi pendengar yang baik buat isteri. Nak lagi bahagia, ikut cara saudara Abu Hurairah Asifa ini. In shaa Allah isteri yang suka membebel atau marah akan berubah jadi wanita yang penyayang…
Ini Cara Boleh Sejukkan Hati Isteri
Sejak akhir-akhir ni, isteri kerap marah.
Masuk kereta marah, balik rumah marah, tengah mandi marah, dekat dapur marah, tengah suap makan marah, tengah jalan marah.
Allahu, kadang tak mampu menghadapi isteri yang marah ni. Lihat wajahnya sudahlah ngeri, senyumannya menjadi masam macam susu basi, kata-katanya seperti petir yang menyambar bumi. Hanya rupanya masih lah seorang siti.
Bila dia marah, saya lebih banyak diam. Selawat dan minta Tuhan tolong kuatkan hatinya. Kuatkan jiwanya. Kuatkan segalanya. Saya cuba faham tapi tak boleh tanya kenapa.
Kadang berhari-hari melayani marahnya.
Ada masa sejam dua kemudian tambah seminit tiga semula.
Diam dan sabar sahaja, itu kuncinya. Walau demi Allah, tak pernah mudah.
Ads
Selesai isteri marah, saya ajak makan. Bagi dia makan apa yang dia suka. Ajak dia pergi Ikea atau mana tempat yang dia suka. Pergi bata beli kasut baru untuknya.
Cuba Tanya Dan Selami Hati Seorang Isteri
Dalam kereta, saya tanya biasa saja.
“Boleh abang tahu kenapa awak marah-marah? Saya kesian dengan awak. Tapi, saya mampu diam sebab saya tak tahu apa masalah sebenar”
Isteri diam. Dia tundukkan wajahnya.
Rupanya dia terbeban. Ya, apalagi dalam hidup hari ini, suami dan isteri perlu saling memburu untuk kelangsungan hidup, maka itu amat menekan emosi isteri.
Dalam dia sibuk bekerja, sebenarnya dia mahu duduk dirumah. Dia mahu hiburkan suaminya. Dia mahu jaga anak-anaknya. Dia mahu masak yang sedap-sedap untuk orang yang dia sayang. Dia mahu memeluk mesra suami dan anaknya.
Tapi, dia tak boleh. Dia juga kena bekerja. Dia juga kena berusaha.Dia kena mencari rezeki bersama. Dia juga tertekan dengan rakan dan stafnya. Dia juga menhadapi bisnes yang turun dan naik.
Ads
Itu membuatkan isteri kita akan jadi marah.
Maka, dia bukan marahkan suaminya. Dia cuma tak tahu nak meletakkan marah itu dimana.
Sebab itulah yang kita lihat banyaknya status luahan di KRT atau FB adalah dari wanita yang begini rupa. Mereka marah tanpa mereka sedar.
Jadi apa yang kita boleh buat sebagai suami?
Sama ada kita suka atau tidak, kita hadapi saja marahnya. Panasnya. Emosinya. Rajuknya. Leternya.
Kenapa Isteri Begitu?
Sebab, hanya suami yang isteri kita ada.
Ads
Isteri tidak pandai main futsal untuk hilangkan tensen macam kita. Isteri tak reti download movie dan menontonnya sambil suka-suka. Isteri tak pandai keluar berhibur tanpa anak dan suaminya.
Apabila isteri cuba bicara tentang masalah mereka, pada pandangan pihak suami pula terasa yang mereka diberi tanggungjawab untuk memberi penyelesaian pada masalah tersebut.
Tidak! Tak perlu selesaikan pun.
Di sini suami harus faham dimana mereka tidak perlu mencanangkan sebarang penjelasan atau penyelesaian tetapi apa yang perlu dibuat adalah mendengar dan memahami apa yang diluahkan dari hati wanita.
Kerana, apabila isteri mahu meluahkan apa yang dia rasa, itu tanda kita lelaki yang paling dia cinta dan percaya.
Selamat berjuang buat suami yang selalu sabar dengan karenah isteri mereka.
Termasuk saya.
Isteri kita, bukti cinta kita pada Tuhan kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam hubungan perkahwinan, perkara yang paling penting adalah komunikasi di antara suami isteri. Isteri lebih tahu perangan suaminya berbanding orang lain, hatta ibunya sendiri. Namun seringkali tak ramai isteri yang sanggup berterus terang perangai suami, sebab nak jaga hati dan tak nak buat suami terasa. Sekaligus tidak mahu mengeruhkan keadaan dalam rumahtangga.
Kalau setiap hari isteri berterus-terang, maka ramai suami yang akan TERASA. Sebab apa yang keluar dari mulut dia tu adalah fakta, hakikat, realiti.
Dia bercakap tentang apa yang dia lalui, apa yang dia rasa, apa yang dia nampak, apa yang dia hadap semasa hidup dengan kita.
Tapi, tak ramai isteri yang sanggup berterus terang depan suami sebab nak jaga hati dan perasaan suami. Tak nak suami terasa, tak nak suami jauh hati, tak nak suami pulaukan dan abaikan dia untuk apa yang suami dengar dari mulut dia.
Banyak ja perangai kita sebagai suami yang tak digemari isteri. Isteri tak suka kita buat macam tu, macam ni.. Cuma dia tak cakap depan-depan.
Tak Nak Keruhkan Hubungan
Dia cakap berlapik, dia cakap berkias. Orang perempuan dalam hubungan ni, dia lebih fikir bab tak nak buat sesuatu yang boleh menjejaskan hubungan, yang boleh mengeruhkan keadaan.
Kalau kita suami pun ada pemikiran yang sama, insyaAllah, bahagia rumahtangga…kalau kita nak isteri berterus-terang cakap kat kita tentang diri kita, maka kita kena terbuka untuk terima dan bermuhasabah.
Kalau kita ego, maka kita akan MARAH dengan setiap luahan isteri sebab kita tak boleh terima yang itulah sebenarnya DIRI KITA sendiri.
Mingguan Wanita: Ada benarnya perkongsian ini. Setiap perangai suami, hanya isteri yang benar-benar faham dan lebih mengetahui. Banyak sebenarnya perangai suami yang isteri pendamkan sahaja, demi nak jaga hati dan tak nak buat suami terasa.
Wanita yang dah ada si comel dalam rumah tangga, kena tahu macam mana nak disiplinkan anak tidur awal, tambah kalau anda pun keluar bekerja. Asyik biarkan anak main sampai ke awal pagi, jadi waktu tidurnya ‘kelaut’ yang akhirnya pergi sekolah pun mengantuk dan tak boleh fokus.
Sebenarnya ibu kena biasakan anak tahu masa waktu tidur setiap malam, barulah anak tak berjaga malam dan sekali gus anda boleh elak mata lebam keesokan harinya.
Ok, nak tahu macam mana caranya… jemput baca rahsia tidurkan anak dari Puan Nuraisyah Abu Husin.
Rahsia Buat Anak Tidur Awal
Selalu kawan-kawan aku tanya, apa yang aku buat sampai anak-anak aku confirm akan tidur setiap hari Jam 7.40-8.30 malam. Dulu, aku pun tak tahu tips ni.. masa adam kecik-kecik dulu, selalu sgt dia terjaga malam atau tido lambat. Endingnya, pagi aku dan laki aku jadi zombie.. dia sedap tido pagi.. kitorang? kena keje kan.
So aku banyaklah membaca tip-tip dari parents lain kat fb ni.. and aku apply and alhamdulillah membuahkan hasil.. dah berbulan-bulan anak aku displin tidur awal.. Kitorang laki bini pun dapat ‘me-time’ lebey selalu.
Okay caranya macam ni…
1) Korang balik keje pukul 5/6 petang tu memang kena spend masa betul2 dgn anak-anak. Tolak benda lain ketepi, ajak la diorang main kat playground ke, main basikal ke, menari ke, apa-apa aktiviti yg memerlukan tenaga yang banyak. Ini untuk anak yang dah pandai berjalan.
2) Untuk baby macam ayra (5mo), aku try cara ni dan cukup berkesan. Sejam sebelum nak tidurkan dia, mandikan dulu dengan air suam, jgn lupa sapu minyak telon. Kena jaga perut baby supaya tak kembong. Then,sila buat dia ketawa. Ketawa, guling, happy2 (bukan tinggalkan dia main sndri ye, kita kena layan dia) . Aktiviti ni heavy untuk baby, bagi dia mcm ahhhh penatnya hari i banyak gelak.. haha so sampai masa dia akan tido lena.
3) Balik semula untuk anak umur mcm adam (1y11m), bagi dia makan kenyang-kenyang dalam pukul 7 tu.. Ada masa anak xnak makan kan? Benda ni akan effect masa tidur dia, sama ada dia tak boleh tidur sebab perut lapar atau dia tido dulu then terbangun tengah malam. Kitorang selalu dah kena benda ni, so kalau tetibe adam tak nak makan malam, kitorang bagi dia pisang. Pisang boleh buat perut dia tahan sampai esok (in between malam tu dia menyusu la)
4) Ibu dan ayah kena berkorban masa malam.. nak start benda ni bukan papp bolehh je displin. Nak biasakan anak-anak dengan 1 perkara ni makan masa, jadi kalau nak anak-anak tido awal.. malam ibu ayah tak payah la keluar rumah. Jenis macam kitorang kalau balik rumah parents, ada masa nak dinner luar ktorg pesan siap-siap kena keluar betul-betul lepas mghrib and balik awal sbb budak-budak tidur awal. Alhamdulillah mak ayah ktorg memang very understanding bab cucu ni.
5) Oh 1 lg, masa tido bukak surah ruqyah (set repeat smp esok pagi, korg bole beli mini radio yg ada surah byk2 tu) ni boleh lindungi anak-anak korang dari gangguan tengah malam.. paham-paham jela kan sebab aku pernah terbaca yang jika anak-anak bangun tengah malam tu maksudnya ada “benda halus” kejutkan ajak main/ganggu. Wallahualam.
6) Make sure lampu tutup ye. Selagi lampu bukak selagi tu dorg susah tido.. Untuk parents yang ada 2-3 anak, try tidokan yg kecik dlu.. macam aku tdokan ayra dlu, then baru adam. Masa aku tdokan ayra tu ayah sambung buat adam penat, bg dia lari2 satu rumah.. ketawa2 mcm happy bebenau.
Boleh cuba ye ibu ayah semua.. training displin ni sebulan je lepas tu korg merdeka la malam mmg korg yg punya. Dorg dah tido korg pegi la layan korea smbil lipat baju ke apa ke.. Anak2 ktorg mmg dah tune, pukul 8.30 da kesat2 mata tu kira paling lambat dah la unless dia balik rumah tok nenek dan jumpa sepupu2 tu aku mmg tak boleh halang. Sebulan sekali kan.
Bila dah ada anak ni mmg boleh dikatakan hampir seluruh hidup kita tertumpu pada dia. Tu kalau anak sorg, kalau 2,3,4 org? Tapi, Pentingnya kita tahu bahawa utk suami isteri meluangkan masa bersama2 berdua tu boleh membahagiakan rumah tangga. Hari2 boleh dating depan tv kalau korg berjaya tips ni (acah2 tgk movie kat wayang)
Nota:
Ni tip ikhlas dari pengalaman kami sendiri. Tip ni kena kerjasama suami isteri ye. Anak pun anak korang sama-sama kan.
Tapi aku pesan awal, spesis anak yg tido awal ni dorg akan bangun awal. Pukul 5-6 pagi mata diorang dah segar bugar. Boleh cuba! And share jika bermanfaat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai isteri nak cari duit sendiri sebab konon buat persediaan awal, risau sangat kalau suami buat hal dan tak ada sumber pendapatan tiba-tiba.
Bagus fikir masa depan tetapi bak kata saudara Firdaus Shakirin, betulkan balik niat nak cari duit tepi tu.
Tak Salah Isteri Nak Cari Duit Tapi..
Kita ni orang perempuan, kena sediakan payung sebelum hujan. Kalau dah elok-elok kerja, jangan berhenti. Kalau sekarang dah jadi suri rumah, kena berniaga, kena ada pendapatan. Jangan jadi suri rumah yang mengharapkan duit laki saja.
Kalau dia cari lain, terkapai-kapai lah kita nak hidup. Masa tu baru nak start kerja? Masa tu baru nak berniaga? Saving pula kau tak ada, macam mana kau nak hidup?
“Jangan bila hujan baru terhegeh-hegeh nak cari payung…”
Betulkan Niat Nak Cari Duit
Nak sediakan payung sebelum hujan tu boleh, tak salah. Tapi jangan hidup dengan berfikiran, yang satu hari nanti suami awak akan tinggalkan awak.
Jangan set dalam kepala otak yang awak bekerja, berniaga sebagai persediaan untuk ditinggalkan, jangan!
Kalau awak fikir macam tu, maka dari awal lagi, awal tak perlu kahwin. Awak tak yakin dengan pasangan awak.
Perjalanan hidup kita adalah rahsia Allah… tiada siapa yang mengetahui apa yang dah kita lalui, sedang kita lalui dan akan kita lalui. Walau apapun yang dilalui, hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.
Tawakal kepada Allah itu perlu lebih dari pengharapan kita pada pasangan. Kita tak boleh hidup dengan sentiasa bersangka buruk, memikirkan perkara-perkara yang negatif dan tak boleh ada rasa tak yakin dengan perancangan Allah.
Setiap hari Allah hidupkan kita, sebab DIA ada perancangan untuk kita pada hari tu. Dari pagi sampai malam, apa yang berlaku, apa yang kita buat seharian tu, semua atas izin-Nya. Laluilah hari-hari yang mendatang dengan bersangka baik, memikirkan perkara-perkara yang baik dan yakin dengan perancangan Allah.
Ini sebenarnya jalan yang terbaik untuk kita sebab kita tak tahu masa depan kita bagaimana.
Bekerjalah untuk membantu ekonomi keluarga, berniagalah untuk membantu ekonomi keluarga…ada pendapatan, ada simpanan untuk keluarga dan bukan untuk ditinggalkan satu hari nanti sebab tak ada yang berkahwin untuk berpisah. Kalau berpisah pun, Allah dah berfirman yang Dia akan mencukupkan bagi mereka yang berpisah tu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu Aizzat tak mampu lupakan tragedi anak mati dibuli, "bibirnya lebam. Bibir itulah juga saya pernah susu dan suapkan nasi.Tanyalah pada mana-mana ibu, jika...