Bayangkan dunia ini tanpa kehadiran wanita! Maka hilanglah seri dunia dan kekuatan untuk lelaki. Jangan perkecilkan pengaruh dan peranan wanita dalam kehidupan kita selama ini. Mereka memainkan peranan yang besar dalam rumahtangga iaitu sebagai isteri, ibu, guru, tukang masak, pekerja, sahabat, jiran dan tidak terkecuali sebagai penasihat kewangan keluarga juga.
Selalu kita dengar, wanita digelar sebagai ‘Menteri Kewangan’ keluarga. Jelas gelaran ini satu pengiktirafan dan bukti betapa wanita cukup bijak menyusun perancangan kewangan keluarga! Justeru itu, perancangan kewangan yang betul sepatutnya menjadi perkara penting dalam senarai keutamaan komitmen wanita. Sikap ini sebenarnya menunjukkan wanita cukup mengambil berat dalam perancangan kewangan yang kukuh demi masa hadapan keluarga.
Perancangan Kewangan Adalah Satu Proses, Ia Bukannya Produk
Sebagaimana gahnya KLCC setinggi 88 tingkat dibina atas asas tanah yang kuat, begitu jugalah dengan perancangan kewangan kita. Semua maklum bahawa perancangan kewangan melibatkan satu proses yang panjang dan bersistematik. Sememangnya perancangan yang kukuh diperlukan untuk mengurus kewangan secara menyeluruh.
Tidak dinafikan adakalanya wanita dilihat suka berbelanja, namun anda masih boleh mencapai apa sahaja matlamat atau impian sekiranya status kewangan dianalisis dengan baik dan seawal mungkin.
Sebagai permulaan untuk satu perancangan kewangan yang tersusun, segala data akan dianalisis. Proses ini sangat penting untuk mengenal pasti apa yang utama dan sebaliknya.
Sebenarnya analisis ini mampu membantu anda mengelak masalah kewangan yang boleh berlaku di setiap fasa kehidupan. Cabaran di setiap fasa kehidupan kita berbeza-beza, tidak mengenal sama ada kita bujang, telah berkahwin, berkeluarga, tua, muda atau apa sahaja status kita dalam masyarakat.
Elakkan apabila tersepit baharu nak bertindak. Oleh itu, pemantauan secara berterusan adalah sangat penting untuk mencapai matlamat kewangan secara lebih efektif.
Disamping itu, perancangan kewangan boleh dilakukan secara bebas mahupun dengan bantuan perancang kewangan yang bertauliah.
Tetapi perlu diingat ya, perancangan kewangan adalah satu proses jangka masa panjang, ia bukanlah satu produk!
Adakah Ada Perbezaan Perancangan Kewangan Konvensional & Perancangan Kewangan Islam Ini?
Adakalanya kita dalam dilema sama ada ingin memilih perancangan kewangan konvensional atau Islam. Namun jika kita bercakap dari segi objektif, kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk membantu masyarakat mengumpul, melindungi dan mengagihkan kekayaan mereka.
Ads
Seperkara yang jelas, perancangan kewangan Islam adalah patuh Syariah; elemen yang sangat penting bagi kita sebagai orang Islam. Selain itu, perancangan kewangan Islam juga perlu selaras dengan prinsip Syariah iaitu tiada unsur riba, gharar (ketidakpastian) dan maysir (perjudian).
Terdapat beberapa komponen penting dalam perancangan kewangan Islam antaranya pengurusan kredit dan aliran tunai, pengurusan risiko dan perancangan Takaful, perancangan pelaburan Islam, zakat dan cukai, persaraan serta harta pusaka dan wakaf.
Tidak perlu lagi ragu-ragu, buat para wanita yang ingin merancang masa depan berlandaskan nilai-nilai Islam, inilah jalan terbaik untuk anda.
Mendapat Keberkatan dan Keseimbangan Dunia & Akhirat
Sebenarnya dengan memilih perancangan kewangan Islam, ia bukanlah semata-mata untuk mendidik kita menjadi kaya. Berbanding perancangan kewangan konvensional, perancangan kewangan Islam sangat menitikberatkan keseimbangan antara dunia dan akhirat.
Kita mengambil kira perkara seperti ibadah, sedekah, wakaf , menginfakkan (memanfaatkan) harta dan melaksanakan rukun-rukun Islam (seperti menunaikan haji dan membayar zakat) dalam perancangan kewangan Islam.
Benarkah Wanita Sukar Merancang Kewangan?
Persoalan ini mungkin benar untuk sebahagian wanita berikutan isu perancangan kewangan agak jarang diketengahkan. Soal gaji kecil, komitmen terhadap keluarga, masalah rumahtangga dan pengurusan kewangan lemah seharusnya tidak menghalang kita memahami kepentingan perancangan kewangan. Ia amat penting agar kita bersedia hadapi cabaran kewangan pada hari ini.
Terdapat beberapa faktor mengapa masih ada wanita sukar merancang kewangan mereka. Antaranya ialah wanita lebih cenderung untuk berhenti kerja atau bekerja sambilan demi menjaga anak.
Selain itu kebanyakan wanita bergantung kepada wang pemberian suami untuk simpanan akaun peribadi mahupun akaun persaraan.
Ads
Bukan itu sahaja, purata pendapatan atau gaji wanita biasanya lebih rendah dari lelaki. Kewangan dan pelaburan sering dilihat ‘sinonim’ untuk lelaki dan kurangnya pengetahuan dan kesedaran tentang isu kewangan.
Perkara ini sangat membimbangkan kerana kita sering rasa kita sudah cukup bersedia untuk masa depan tetapi bencana mahupun kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa, malah sekecil-kecil bencana pun boleh menjejaskan situasi kewangan kita. Pada waktu itu sudah tentu kita tidak mahu sentuh wang persaraan!
Perancangan Kewangan Demi Keselesaan Di Hari Tua
Berdasarkan kajian*, wanita lebih cenderung untuk hidup lebih lama berbanding lelaki. Maka wanita perlu memastikan mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup sekiranya sesuatu terjadi kepada pasangan.
Tambahan pula, statistik* menunjukkan bahawa purata pendapatan atau gaji wanita biasanya lebih rendah dari lelaki. Sama ada bujang mahupun sudah berumah tangga, kebebasan kewangan merupakan perkara paling penting kerana ia mampu mempersiapkan wanita untuk masa hadapan yang belum pasti.
Oleh yang demikian, penting bagi semua orang untuk merancang kewangan masing-masing, terutamanya wanita.
Semat Azam Untuk Capai Kebebasan Kewangan
Apa juga yang perlukan komitmen kewangan, sebaiknya kita fikir untuk jangka panjang. Perancangan kewangan mengajar kita untuk selalu beringat tentang kemampuan kewangan. Jika dahulu boros berbelanja, namun kini kita akan kaji terlebih dahulu perbelanjaan dan simpanan.
Ads
Percayalah dengan adanya perancangan kewangan yang baik, ia dapat membantu kita mencapai financial freedom apatah lagi jika ia tercapai di usia muda. Siapa yang tak suka kan?
Semestinya ia memerlukan disiplin dan usaha yang berterusan. Pilihlah perancangan kewangan Islam agar kita mendapat keberkatan harta walaupun sedikit, tapi besar impaknya dalam kehidupan.
Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik dan memberikan kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran atau melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab atau liabiliti untuk ketepatan, kesempurnaan atau kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.
Realiti inilah yang kadangkala menyakitkan untuk ditelan peniaga online. Namun, kes tiada duit simpanan di hari tua bukan tak pernah terjadi. Lebih sayang untuk dikenang, waktu muda hidup mewah, berbelanja bagaikan tiada hari esok.
Usah biarkan diri terperangkap dengan pesona kemewahan yang singkat. Sebagai peniaga yang bijak, anda perlu tahu bagaimana mahu urus wang, keuntungan dan gandakan dengan penuh keberkatan.
Kadangkala peniaga terleka hingga terlupa untuk fikirkan betapa pentingnya simpanan hari tua. Sebelum terlambat, hadamkan saranan ini sebaiknya.
Semoga waktu pencen peniaga online kelak, jadi lebih tenang, senang dan tak dibebani hutang mahupun kewangan yang mendesak.
Boros, Tak Urus Duit Dengan Betul
Duit dari keuntungan jualan, masuk berkepuk-kepuk. Bayangkan 10 tahun peroleh keuntungan berganda, tapi tak menyimpan pun. Jadi macam mana nak agihkan keuntungan ini menjadi bentuk simpanan jangka panjang.
Tak salah kalau ikut cara lama tapi masih praktikal lagi berkesan. Agihkan setiap RM50 yang peniaga dapat tu hari-hari masukkan dalam bekas khas. Jangan pandang atau fikir-fikirkan. Hujung bulan, kira jumlahnya dan simpan dalam bank, atau unit amanah yang selamat.
Kalau ada keinginan untuk beli kehendak yang bukan-bukan. Tahan hati siap-siap. Kalau teringin sangat pun, simpan asing duit khas untuk keperluan itu secara bulanan dan tetapkan target. Bila wang terkumpul dah cukup, barulah beli barang yang diinginkan.
Sediakan Dana Kecemasan Untuk Diri Dan Anak-anak
Dana kecemasan ini penting sebab kita takkan pernah tahu apa yang jadi pada diri pada masa akan datang. Bukan saja simpan untuk diri sendiri, tetapi buat juga simpanan untuk anak-anak.
Katakan 10% daripada keuntungan adalah gaji peniaga online, maka agihkan juga simpanan anak-anak di bank simpanan mereka. Lagi bagus jika mak ayah dedahkan dan galakkan anak-anak simpan duit sendiri.
Jika mereka suka bantu urus perniagaan online anda, berilah mereka upah. Dan minta mereka simpan upah dalam tabung ayam. Bila dah penuh, bawa mereka ke bank untuk dedahkan mereka cara menyimpan dengan betul.
Simpanan Hari Tua
Lebih baik sekiranya peniaga dapat mulakan simpanan hari tua daripada sekarang. Masa usia mudalah nak kumpul duit, supaya bila mencecah usia pencen dah ada wang persaraan yang dikumpul sendiri.
Sebaiknya, simpan dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membolehkan peniaga online mencarum secara tetap walaupun tanpa majikan. Caruman secara sukarela ini boleh dibuat melalui skim i-Saraan yang memberi perlindungan sosial kepada para pekerja ekonomi gig yang tiada majikan tetap.
Untungnya, peniaga online boleh menikmati dividen tahunan sama seperti ahli KWSP yang lain. Ada lagi caruman secara sukarela yang peniaga online boleh nikmati. Layari laman web KWSP untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dapat membantu peniaga online.
Agar Rezeki Simpanan Bertambah Berkat
Selepas membuat segala simpanan yang dicadangkan di atas, sebaiknya peniaga online jangan lupa untuk amalkan bersedekah dan menunaikan zakat pendapatan mahupun perniagaan anda. Amalan bersedekah ini tidak akan mengurangkan rezeki mahupun keuntungan anda, malah di situlah keberkatan rezeki semakin berganda-ganda.
Jika sukar mencari penerima sedekah, lihatlah kesusahan ahli keluarga terdekat anda. Jika mereka lebih memerlukan, bersedekahlah pada mereka yang dekat dahulu. Begitu juga dengan jiran tetangga, kemudian barulah hulurkan pada anak-anak yatim.
Apabila sudah cukup haul, tunaikanlah zakat perniagaan mahupun pendapatan anda. Rujuklah pada badan yang berkelayakan untuk melaksanakan zakat anda itu. Ada kiraannya, pegawai zakat tentunya berbesar hati untuk membantu.
Semoga dengan amalan menyimpan sebegini, akan membuatkan perniagaan online anda terus berkembang maju dan mendapat keberkatan rezeki daripadaNya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ramai yang masih beranggapan bahawa krim tabir suria (sunscreen) dan pelindung matahari hanya perlu digunakan ketika berada di pantai. Stigma salah ini masih membelenggu masyarakat sehingga ramai yang mengabaikan kepentingan pemakaian krim ini.
Namun, Sunplay Ultra Shield membawa konsep perlindungan kulit lebih jauh dari sekadar keselamatan semasa berjemur di pantai. Tahukah anda, Sunplay Ultra Shield telah ditingkatkan dari Solarex-3 ke Solarex-5, menjadikannya pilihan terbaik untuk memelihara kulit anda sepanjang hari!
Memahami masalah kulit rakyat Malaysia
Dibandingkan dengan pemikiran umum tentang pelindung matahari, Sunplay Ultra Shield bukan sahaja melindungi daripada sinaran UVA dan UVB, tetapi juga memberikan perlindungan terhadap cahaya biru, inframerah, dan faktor-faktor lain yang merbahaya. Tekstur lembutnya di bawah sinar matahari, bersama dengan sifat antioksidan, sekaligus memastikan kulit anda kekal lembap dan berseri tanpa rasa kering atau kasar.
Keistimewaan Sunplay Ultra Shield tidak terhenti di situ sahaja. Produk ini memahami masalah kulit yang umum di kalangan rakyat Malaysia, seperti kulit berminyak dan masalah jerawat. Ia diformulasikan khas dengan sifat kawalan minyak yang membantu mengatasi masalah keradangan kulit, serta mengandungi Niasinamid untuk mengawal pengeluaran minyak dan mengurangkan risiko ditumbuhi jerawat.
Sebelum memilih pelindung matahari, terdapat beberapa faktor penting yang perlu diberi perhatian. Sunplay Ultra Shield bukan sahaja memenuhi kriteria-kriteria tersebut tetapi juga menambah nilai dengan bahan-bahan seperti Gliserin + Asid Hyaluronik untuk melembapkan kulit, Niasinamid untuk mencerahkan tona kulit, dan ekstrak epal, karnosin, serta Fullerene sebagai bahan antioksidan.
Kebiasaannya, ramai pengguna pelindung tabir matahari merungut tekstur produk yang melekit dan tidak memberi keselesaan selepas pemakaiannya. Namun, Sunplay Ultra Shield dilengkapi teknologi yang mesra kulit basah di mana anda boleh menggunakannya terus pada kulit walaupun kulit berada dalam keadaan basah. Ia memberikan lapisan perindungan yang berfungsi walaupun di dalam air dan lebih penting, ia tahan peluh dengan lebih lama.
Satu lagi keistimewaan Sunplay Ultra Shield yang ternyata memenangi hati para pemakai pelindung matahari ialah ia didatangkan dalam tekstur ringan yang tidak berminyak sekaligus memudahkan ia diserap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan bercapuk dan putih!
Dengan SPF50 PA++++, Sunplay Ultra Shield bukan hanya pelindung matahari biasa. Ia merupakan pilihan terbaik untuk melawan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh kulit setiap hari, menjadikan penggunaan pelindung matahari bukan sekadar keperluan, tetapi juga satu bentuk penjagaan kulit yang holistik!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tidak berkerdip mata jika melihat wanita yang cantik menawan! Sememangnya itulah keinginan setiap wanita, namun bukan sesuatu yang mudah untuk maintain ‘cantik’. Terutamanya penjagaan kulit wajah.
Memiliki kulit wajah yang cantik, bersih, cerah, berseri dan flawless idaman wanita. Jika sebelum ini anda cuma memilih serum biasa namun kecewa kerana kesannya agak kurang menyerlah. Cubalah beralih menggunakan serum booster mesti anda akan nampak kesan yang lebih cepat. Sebenarnya banyak tau kebaikan menggunakan serum booster berbanding serum biasa!
Paling best sudah pasti dua jenis Serum Booster pilihan terbaik dari Hada Labo iaitu H.A. Supreme Vita Brightening Booster dan New H.A. Supreme Retin Lifting Booster. Paling mudah bila kedua-dua serum ini cuma perlu disapukan di kulit wajah pada waktu pagi (Vita) dan malam (Retin).
Penjagaan Wajah Berkonsepkan Minimalis
Seperti yang anda ketahui Hada Labo jenama penjagaan kulit wajah dari Jepun ini terkenal dek kerana mengandungi bahan berkualiti tinggi dengan konsep minimalis.
Sememangnya kini menjadi trend dan pilihan popular wanita untuk memilih produk penjagaan wajah yang berkonsep minimalis. Minimalis bermaksud produk ini hanya mengandungi keperluan bahan-bahan tanpa bahan tambahan yang tidak perlu seperti alkohol,minyak mineral, pewangi dan pewarna.
Jalan Terbaik Bantu Kulit Berseri & Awet Muda
Wanita hari ini juga ramai yang bekerjaya dan pentingkan penjagaan masa. Jadi untuk selarikan kecantikan dan masa mereka gemarkan cara mudah untuk penjagaan kecantikan wajah.
Oleh itu Serum Booster dari Hada Labo iaitu H.A. Supreme Vita Brightening Booster dan New H.A. Supreme Retin Lifting Booster merupakan jalan terbaik membantu kulit wajah berseri dan awet muda.
Mencerahkan Kulit Dengan Berkesan
Bagi wanita yang mengutamakan kecantikan, rutinnya senang saja hanya gunakan dua Serum Booster H.A. Supreme Vita Brightening Booster dan New H.A. Supreme Retin Lifting Booster wajah anda akan lagi cerah hanya dalam beberapa minggu sahaja.
Sememangnya anda tidak perlu bersusah payah tau! Hanya dua langkah menjadikan kulit wajah anda berseri dan awet muda.
Mudah Sangat! Hanya Gunakan Pada Waktu Siang & Malam
Bagi kesan yang lebih baik pada kulit wajah, guna Vita pada waktu pagi dan Retin pada waktu malam untuk kulit cerah serta awet muda.
Kebaikan H.A. Supreme Vita Brightening Booster
H.A. Supreme Vita Brightening Booster penggunaan hanya pada waktu pagi. Merupakan serum pencerah membantu menyelesaikan masalah kulit lebih cepat berbanding serum biasa yang lain kerana ramuan kuasanya dan penembusan yang tinggi keberkesanan.
Ia mengandungi formula suntikan pemutihan yang boleh mencerahkan kulit dengan berkesan. Mengandungi 5% Niacinamide, Vitamin B12 & 4 jenis Asid hyaluronic. Menembus jauh ke dalam lapisan dermis 1.5mm. Mengurangkan bintik hitam dan tanda jerawat sebanyak 48%, untuk kulit bercahaya lut sinar dan tekstur ringan untuk penyerapan yang cepat.
Kebaikan H.A. Supreme Vita Brightening Booster
H.A. Supreme Vita Brightening Booster penggunaan hanya pada waktu pagi. Merupakan serum pencerah membantu menyelesaikan masalah kulit lebih cepat berbanding serum biasa yang lain kerana ramuan kuasanya dan penembusan yang tinggi keberkesanan.
Ia mengandungi formula suntikan pemutihan yang boleh mencerahkan kulit dengan berkesan. Mengandungi 5% Niacinamide, Vitamin B12 & 4 jenis Asid hyaluronic. Menembus jauh ke dalam lapisan dermis 1.5mm. Mengurangkan bintik hitam dan tanda jerawat sebanyak 48%, untuk kulit bercahaya lut sinar dan tekstur ringan untuk penyerapan yang cepat.
Kedua-dua Serum Booster ini sangatlah bagus untuk mencapai kulit yang mulus. Sememangnya berbaloi bagi anda yang mementingkan kecantikan kulit wajah. Cuma gunakan Vita pada siang dan Retin pada malam pasti anda tidak akan menyesal!
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.