Menerusi akaun Facebook milik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam beliau telahpun melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di MAEPS, Serdang. 

Sepertimana yang dipetik dari Facebook Muhyiddin Yassin Perdana Menteri telah berkongsi kerja-kerja lawatannya di situ. Beliau juga turut menyatakan Penyediaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di MAEPS, adalah salah satu langkah kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi penularan wabak ini.

Penyediaan Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di MAEPS, Mampu Muatkan 600 Orang Pesakit Dalam Satu Masa – Perdana Menteri 

Persediaan Jika Kes Postif Wabak Meningkat

“Hari ini saya melawat kerja-kerja akhir penyediaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

“Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 ini dibina sebagai persediaan bagi menempatkan pesakit COVID-19 jika bilangan kes positif wabak itu terus meningkat dan mampu menempatkan sehingga 600 orang pesakit COVID-19 pada satu-satu masa.

IKLAN

“Ia diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kerja Raya.

Penyediaan Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di MAEPS, Mampu Muatkan 600 Orang Pesakit Dalam Satu Masa – Perdana Menteri 

Penyediaan Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di MAEPS, Mampu Muatkan 600 Orang Pesakit Dalam Satu Masa – Perdana Menteri 

IKLAN

Ruang “Resuscitation” Untuk Menstabilkan Pesakit Dalam Kecemasan

“Antara perkhidmatan yang disediakan di pusat ini ialah perkhidmatan klinikal, wad pesakit dalam untuk pesakit COVID-19, ruang “resuscitation” untuk menstabilkan pesakit dalam keadaan kecemasan, perkhidmatan ambulan, perkhidmatan farmasi, perkhidmatan X-ray dan perkhidmatan makmal patologi.

“Fasiliti yang disediakan kepada pesakit termasuk katil, meja, kerusi, loker, TV, lounge, WiFi, komputer, surau, CCTV, tandas, ruang mandi, bilik persalinan dan ruang istirehat.

IKLAN

“Bagi anggota yang bertugas pula, pusat ini menyediakan kaunter jururawat (nurse station), bilik rawatan dan kecemasan (treatment room/resuscitation room), ruang rehat anggota, bilik persalinan anggota dan ruang mandi termasuk ruang “Donning/ doffing” PPE (personal protective equipment) serta ruang mesyuarat dan seminar.

Langkah Kerajaan

“Pada ketika ini kapasiti di hospital COVID-19, Pusat Kusta dan Institut Latihan KKM adalah mencukupi untuk menempatkan pesakit COVID-19.

“Penyediaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di MAEPS, adalah salah satu langkah kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi penularan wabak ini,” kongsi beliau.

Kredit Sumber: Terima Kasih Facebook Muhyiddin Yassin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI