Setiap benda hidup memerlukan makanan, minuman dan bernafas untuk hidup. Bermula dengan menjaga pemakanan yakni memilih makanan organik, pengambilan suplemen dan amalan diet seimbang.

Dalam masa yang sama menjaga kualiti minuman mengikut keselesaan masing-masing sama ada memilih untuk minum air yang ditapis, oksigen water atau hydrogen water.

Tetapi pernah tak ibu-ibu terfikir bagaimana dengan kualiti udara untuk anda dan keluarga bernafas. Sementelah ibu tahu yang ion negatif juga dikenali sebagai vitamin di udara amat penting untuk kesihatan.

Hari-hari sedut udara kotor, jangan biarkan keluarga mudah terdedah kuman kerana udara yang bersih merupakan antara elemen penting dalam kehidupan kita. Apatah lagi di musim Covid-19 ini.

Sudah tentu, sesiapa pun tidak mahu sedut udara kotor bukan? Sama ada di luar atau di dalam rumah, sebagai ibu pasti anda ingin memastikan suami dan anak-anak sentiasa dan terhindar daripada udara yang tercemar.

Tetapi perlu diambil perhatian, keadaan udara di luar dan di dalam rumah amat jauh berbeza. Di rumah mungkin lebih mudah bagi ibu mengawal keadaan udara kerana ruangan yang tertutup dan pengudaraan yang terhad di dalam rumah.

Ditambah pula dengan mempunyai anak-anak yang masih kecil, sudah tentu tugas ibu-ibu bertambah berat. Tidak dapat bayangkan, udara yang berlegar-legar di dalam rumah anda mempunyai habuk, bakteria, asap termasuklah asap rokok, virus, kulat dan bermacam lagi.

Pentingnya Udara Bersih, Hidup Lebih Sihat Dan Bahagia
Sesungguhnya kesihatan yang baik bermula dari udara yang bersih.

Tanda Udara Di Sekeliling Anda Tercemar

Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan, pastinya akan membuatkan pernafasan keluarga dan anda sendiri terganggu apabila kualiti udara di dalam rumah merosot.

Oleh itu bagaimana caranya untuk mengenalpasti sama ada udara di luar dan di dalam rumah terjejas. Jika anda mengalami tanda- tanda dibawah, wajib lakukan sesuatu:

1. Mata dan hidung mudah terasa gatal

Kualiti udara yang kurang sihat akan membuatkan mata anda mulai gatal-gatal dan akhirnya merah. Kemudian hidung pula akan diserang, hidung jadi mudah berair. Malah segelintir orang yang sensitif, telinga juga akan menjadi sangat gatal.

Pentingnya Udara Bersih, Hidup Lebih Sihat Dan Bahagia

2. Kerap bersin di luar kebiasaan
Udara yang kotor dan berhabuk sememangnya membuatkan ramai di antara kita mudah bersin, bukan sekadar dua atau tiga kali sebaliknya berkali-kali hingga membuatkan anda kurang selesa dan terjejas rutin harian. Lebih buruk anda akan terdedah kepada masalah resdung.

3. Batuk dan lambat sembuh
Udara di sekeliling anda yang tercemar akan membuat anda kerap batuk dan sukar untuk pulih. Batuk bukan saja membuatkan anda kurang selesa, malah membuatkan orang lain khuatir untuk mendekati anda apatah lagi di musim pandemik ini.

Pentingnya Udara Bersih, Hidup Lebih Sihat Dan Bahagia
4. Hidung kerap tersumbat
Di samping itu, udara yang tidak berkualiti juga akan membuatkan anda dan keluarga mudah dijangkiti masalah hidung tersumbat seterusnya mengalami semput-semput. Orang dewasa mungkin lebih mudah untuk menanganinya, namun bagaimana anak kecil, pasti buat hati si ibu menjadi tak keruan.

5. Kulit terasa gatal dan sering tergaru-garu
Udara yang tidak sihat juga akan membuatkan kulit rasa gatal dan seterusnya kerap menggaru. Keadaan ini jika tidak diatasi, kulit akan mengalami alergik yang serius.

Atasi Masalah Udara Kotor Dengan Morion

Sesungguhnya kesihatan yang baik bermula dari udara yang bersih. Oleh itu bagi memastikan anda dan keluarga terhindar dari sebarang penyakit yang disebabkan oleh udara tercemar, anda perlu bertindak pantas supaya ia tidak memudaratkan kesihatan mereka.

Kebersihan udara dapat memberikan banyak manfaat kesihatan antaranya ialah melancarkan sistem pernafasan dan mengurangkan masalah berkaitan dengan pernafasan, menjamin kualiti tidur yang lebih baik seterusnya mengurangkan pencemaran udara yang boleh memudaratkan kesihatan.

Bagi menjamin setiap udara yang dihirup bersih dan selamat, apa kata anda biarkan Morion membantu anda. Jika penapis udara tradisional kegunaannya hanya bertumpu di rumah. Benarkan Morion membantu anda di dalam dan di luar bagi memastikan udara di sekitar anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Pentingnya Udara Bersih, Hidup Lebih Sihat Dan Bahagia
Bentuknya yang menarik, ditambah dengan beberapa pilihan warna eksklusif, pasti ia menjadi pilihan.

Gaya hidup yang memaksa kita menghabiskan masa di luar kerana terikat dengan tugas atau urusan keluarga membuatkan anda tiada pilihan. Jadi Morion iaitu alat perbersih mini yang mengetengahkan kemajuan teknologi ionizer menjadi pilihan anda sekeluarga sebagai perlindungan dari bahan cemar udara.

Morion adalah ionizer pintar yang direka seperti aksesori seperti rantai berloket, bersaiz kecil, ringan, selamat, mudah dipakai dan sesuai untuk semua tidak kiranya untuk anda atau anak-anak.

Morion Pilihan Yang Tepat

Bagi mereka yang mementingkan gaya dalam masa sama mementingkan kesihatan diri, Morion adalah pilihannya. Pendant ionizer ini menggunakan teknologi negative ion membantu membersihkan udara sekitar anda seterusnya membantu kurangkan risiko pada jangkitan kuman.

Bukan sekadar menyedut udara segar, penggunaan Morion dapat mengurangkan stres, meningkatkan metabolisme tubuh, mengawal corak tidur dan mood, meningkatkan sistem imun dan dalam masa yang sama mampu menghalang anda sekeluarga daripada virus dan bakteria berbahaya.

Pentingnya Udara Bersih, Hidup Lebih Sihat Dan BahagiaUniknya berbanding dengan penapis atau penulen udara tradisional, Morion tampil kompak, mudah alih dan ringan untuk dibawa ke mana-mana.

Paling penting Marion mampu membekalkan ion negatif berkepekatan tinggi buat anda dengan harga berpatutan. Secara tidak langsung anda dan keluarga sentiasa selamat setiap kali anda menggayakannya.

Pentingnya Udara Bersih, Hidup Lebih Sihat Dan Bahagia
Pendant ionizer ini menggunakan teknologi negative ion membantu membersihkan udara sekitar anda.

Setiap kali anda mengecas Morion, ia mampu bekerja sepanjang sembilan jam tanpa henti. Bentuknya yang menarik, ditambah dengan beberapa pilihan warna eksklusif, pasti ia menjadi pilihan buat ibu-ibu di luar sana.

Untuk keterangan lanjut, KLIK DI SINI.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI