Deep sleep, mungkin ada ramai suami yang tidak faham apa yang dikatakan ini. Nampak saja isteri tidur, mulalah kata isteri asyik tidur memanjang saja. Tapi sebenarnya, suami tak faham apa yang dialami oleh isteri.
Bayangkan bila isteri dapat ‘deep sleep’ tanpa sebarang gangguan terutamanya anak-anak, barulah dia rasa badannya segar bugar dan kembali bersemangat. Tapi, bila isteri baru saja nak tidur tapi anak dah mula merengek. Inilah boleh membuatkan darah tiba-tiba naik. Sakit kepala dan mulalah rasa nak mengamuk saja.
Kalau jenis suami faham, isteri hanya ingin ‘deep sleep’ dalam tempoh tertentu tanpa gangguan daripada anak-anak. Itu sudah cukup buat dirinya rasa gembira. Jangan fikir hanya penat suami saja sedangkan penat isteri tidak nampak.
Cubalah suami ambil alih tugas buat sementara waktu supaya isteri dapat ‘deep sleep’ dengan nyenyak tanpa gangguan. Pasti bangunnya akan nampak keceriaan dan semangat nak buat kerja rumah pun tiada masalah.
Perkongsian daripada Akhtar Syamir ini, boleh dijadikan panduan buat suami di luar sana. Berilah masa untuk isteri ‘deep sleep’. Setakat jaga anak sekejap tiada masalah pun, kan!
Dalam pukul 10 pagi semalam, beberapa ketika selepas kami bersarapan, isteri saya bagitahu matanya mengantuk sangat dan badannya sakit.
Saya pun suruh dia berehat. Pada mulanya saya buat kerja di dalam bilik dan dia baring di katil. Tak sampai beberapa minit selepas tu, terus dia terlelap.
Si Akbar pulak memanggil-manggil mengadu pasal Daisy. Budak bertuah tu memang tak reti duduk diam. Ada je benda yang dia explore. Sekarang dia minat betul ambil air coway tu dan rendam mainan dia. Habis basah satu rumah.
Tak boleh jadi ni, saya pun keluar dari bilik secara perlahan-lahan. Tak nak isteri saya bangun sebab saya percaya akan kenikmatan dan kelebihan “deep sleep”. Bila kita mengantuk sangat dan dapat tidur terus, memang kita akan dapat tidur yang sangat puas.
Saya pun selalu dapat macam ni. Saya akan bagitahu isteri yang saya mengantuk sangat. Dia akan pastikan tiada gangguan supaya saya dapat tidur dengan lena. Selalunya sejam dua pun dah cukup.
Ads
Jadi, kali ini saya pula yang buat.
Mencabar betul nak buat kerja dengan budak Daisy tu tengah segar. Akhirnya kerja pun tak jalan, terpaksa duduk dan layan dia memanjat badan papanya berkali-kali.
Sedar tak sedar, dah dekat pukul 1. Saya jenguk isteri saya masih tidur. Tenang betul nampak dia tidur. Tak tergamak saya nak ganggu.
Tak buang masa, saya ambil telefon dan order Grab untuk semua makan tengahari. Bila makanan sampai dan saya kembali dari mengambil makanan di lobi, dia pun sambut di pintu dengan senyuman yang manis. Rupanya dah bangun masa saya menunggu rider Grab kat bawah tadi. Nampak segar sungguh dia.
Selepas sanitize dengan nano gun, saya dipeluk erat dan dia meminta maaf kerana tertidur. Saya kata takpe. Saya memang nak dia tidur. “Terima kasih abang, puas sayang tidur tadi” katanya.
Bukan selalu pun macam ni. Tapi saya akan pastikan bila dia betul-betul perlukan tu, saya akan pastikan dia dapat tidur yang cukup. Sebab saya tahu, bila dia cukup tidur, dia akan bertenaga dan bersemangat.
Penat Bukan Malas
Kita perlu berhenti dimomokkan dengan pandangan isteri yang tidur ialah isteri yang malas. Ini sangat “misleading” dan tidak tepat. Isteri yang tidur ialah isteri yang penat. Suami yang tidur ialah suami yang penat. Kenapa bezakan bila isteri tidur jadi malas pulak?
Percayalah yang ramai para isteri mengingini tidur yang nyenyak tanpa gangguan anak. Betul. Tak caya, cubalah buat. Bagi diorang masa. Ambil peduli bila diorang minta nak tidur tu. Ada kalanya diorang tak nak minta sebab tak rasa akan diberi.
Semoga dengan perkongsian ini dapat mendetikkan rasa pentingnya deep sleep buat isteri.
Ads
BroOhsem
Mingguan Wanita: Jangan salah faham, nampak isteri tidur terus dicop malas. Sedangkan dia sudah banyak berkorban untuk keluarga.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Ads
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ipar duai berkumpul. Perkara yang paling mengujakan dan seronok bila dapat berkumpul dengan ahli keluarga. Maklumlah lama tak jumpa dan sudah tentu masa hari raya atau kenduri pasti akan lengkap.
Berkumpul dengan adik beradik, anak buah, iapar duai dan sebagainya, memang sehari pun belum tentu habis ceritanya. Dari satu topik ke satu topik. Seronok sangat ‘membawang’, ipar duai pula satu kepala.
Namun, dalam ipar duai berkumpul, pasti ada juga yang akan berkecil hati dan terasa hati tanpa kita sedar. Walaupun rasa cerita itu anggap biasa saja. Inilah yang ingin dijelaskan oleh Kak Tam dalam video perkongsiannya bila ipar duai berkumpul.
Kebanyakan lelaki suka cari kesalahan isteri bila dah berubah hati, katanya isteri dah tak macam dulu.
Tak macam dulu itu dari sudut mana, entah lah. Lebih parah, sampai ada yang sanggup cari yang baru tanpa memikir nasib anak-anak.
Kalau perempuan sanggup bermadu, mujur. Bagaimana pula yang tak sanggup berkongsi kasih? Adakah berpisah itu cara yang paling mudah?
Tolonglah wahai kaum lelaki, sebelum mencari kesilapan isteri waktu umurnya makin meningkat, bacalah perkongsian Puan Farizal Radzali dengan berlapang dada.
Moga hubungan yang mula berpalit kelat akan bertukar jadi manis.
Nampak Isteri Tak Macam Dulu
Ada beberapa kes penceraian yang berpunca dari hal yang sangat kecil, yang adakala kita ketawa mendengarnya, macam tak percaya sebab terlalu kecil. Sebenarnya bukan hal remeh itu puncanya, tapi kerana HATI DAH PENAT.
Maka hati akan mudah marah pada perkara yang sekecil-kecil lapik meja, silap warna, masak kurang masin dan sebagainya. Lagi sedih bila perceraian tak mendatangkan perasaan sedih tapi seolah rasa terlepas dari sesuatu yang berat untuk ditanggung.
Egonya seorang suami bila berkata mahu menceraikan isterinya kerana tak mahu menanggung dosa si isteri yang tak mendengar kata, dah berubah dan makin degil. Sedangkan anak berderet memeluk ibu, bukan memeluk bapa. Tiada setitis air mata yang keluar dari mata si isteri menandakan hatinya dah keras dan kini pasrah.
Wahai suami…
Bila isteri dah tak macam dulu, dah tak pandai senyum, dah tak boleh cakap baik-baik, dah tak pedulikan penampilan dirinya, dah selalu jadi singa dan dah tak secantik wanita lain diluar sana, jangan terus cari silap dia.
Tapi carilah kekurangan dalam keluarga hasil pimpinanmu…
? Berapa kali kau peluk isterimu dalam seminggu?
?Berapa kali kau tanya khabarnya minggu ni?
?Berapa kali kau mengimamkan solat fardhunya?
?Berapa banyak nafkah yang kau beri peribadi untuknya, bukan untuk keluargamu? Samada dia bekerja atau tidak?
? Berapa kali kau bantunya buat kerja rumah?
?Berapa kali kau berterima kasih kepadanya disepanjang perkahwinanmu kerna menjadi penemanmu?
?Siapa yang jagakan anak-anak mu?
?Kemanakah pandanganmu dikala dia berbicara denganmu?
?Berapa kali kau bangun malam, bertahajjud sambil menangis, mendoakan kesejahteraan dalam keluarga mu?
?Apa beza dirinya sebelum dan selepas berkahwin dan punyai anak bersamamu?
?Sudahkah kau lakukan segala yang Allah suruh?
Bila isteri buat perangai, bukan kerana dia nak melawanmu tapi dia nakkan perhatianmu. Bukan dia tak tahu, Rasulullah saw bersabda,
“Andai seorang manusia boleh sujud kepada manusia lain, nescaya akan aku perintahkan seorang isteri sujud kepada suaminya.”
Seorang isteri, dosanya ditanggung oleh suami selagi suami tak menegur kesilapannya. Tapi setelah ditegur masih si isteri itu tak mengikut kata, tugasmu tak tamat begitu saja, tegurlah ia berlandaskan islam.
Pertama : Tegurlah dgn lisan. Kedua : Pukullah dengan selembut-lembut kain di bahagian yang tak sensitif. Ketiga : Asingkan tempat tidur.
Andai kesemuanya tak berjaya, janganlah kata tugasmu dah selesai selagi kau belum mendoakan kebaikan untuknya tanpa henti. Selagi dia tidak nusyuz dalam hukum Islam.
Wanita itu dicipta dari tulang rusuk yg bengkok. Perbetulkanlah ia dengan cara yang baik, jangan sampai patah sebab jika patah, ia takkan sama seperti yang asal.
Wanita itu dicipta dari tulang rusuk di sisimu, kerana itu yg rapat dgn hatimu untuk kau cintai dan sayangi. Bukan di kepala untuk kau junjung dan bukan juga di kakimu untuk dipijak.
Suami yang baik ialah yang sentiasa berusaha membawa keluarganya membina istana di Syurga.
Tiada isteri sengaja nak menderhaka, Tiada isteri suka-suka nak masuk neraka, Islam itu dah cukup sempurna, Rasulullah panduan berguna, Ayuh kita tempah syurga bersama-sama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri itu sifatnya penuh emosi. Baik ketika menguruskan anak-anak mahupun menguruskan keperluan suami, isteri akan uruskan dengan perasaan. Sebab itu kadangkala ada merungut sikit, menegur sikit, luahan hati sikit. Kalau suami yang tak faham dikatakan isteri membebel. Walhal itulah kasih sayang isteri yang prihatin.
Tugasan isteri ini mencabar sebenarnya. Baik yang bekerja mahupun yang duduk rumah sepenuh masa. Sampai 24 jam tak berhenti dan rehatnya cuma sekejap saja.
Balik kerja pun masih nak kena sediakan makan minum suami dan anak-anak. Isteri yang baik, dia tak merungut. Buat saja, tapi keletihannya kalau tak dibalas dengan rasa cinta suami memang boleh makan dalam.
5 Rutin Ini Bila Suami Buat Dengan IKHLAS, Kasih Sayang Isteri Makin Mendalam
PERTAMA : Tolong Basuh Baju Dan Sidai
Kalaulah dari kecil mak tak ajar suami memasak, cubalah ajar diri jadi tukang cuci keluarga yang hebat. Belajarlah sabun mana yang perlu diguna, punat mana yang perlu ditekan nak bagi baju bersih ikut standard keluarga.
Lakukan sampai isteri anda kata ‘Tak tahulah nak guna mesin basuh tu macam mana, sebab selama ini abang yang buat’.
KEDUA : Belanja Pelukan Dari Belakang
Masa isteri tengah penat memotong bawang ke, basuh pinggan mangkuk ke, peluklah isteri dari belakang. Penuh kasih agar pelukan kasih sayang itu dapat meredakan rasa lelah isteri.
Sesekali buat kejutan begini memang membahagiakan. Nanti bila gaduh-gaduh kecil, isteri akan kenang tindakan simple yang lagi membahagiakan ini. Bila rasa nak merajuk lama-lama pun tak jadi.
KETIGA : Imamkan Solat
Kalau tak dapat buat setiap 5 waktu, dapat buat waktu maghrib setiap hari pun dah seronok sangat. Isteri dan anak-anak akan rasa kedekatan di hati anda. Lagi bagus, waktu berdoa kuatkan bacaan dan doakan untuk anak isteri.
Biar mereka dengar pengharapan anda. Jangan lupa beri tazkirah dan harapan anda sebagai suami dan ayah. Aura positif dari tindakan ini memang lain dari yang lain.
KEEMPAT : Bawa Isteri Jalan-jalan.. Ini Penting!
Walaupun isteri anda berdikari orangnya. Tapi bawalah dia berjalan ke tempat yang dia suka. Pegang tangannya masa berjalan. Haish! Masa bercinta yang dilarang tulah nak buat, dah halal tau pulak segan.
Jangan sampai hubungan cinta renggang, suburkan seiring dengan usia perkahwinan itu. Makin lama, cinta makin dalam.
KEEMPAT : Beli Barang Dapur Setiap Bulan
Beli yang asas; beras, gula, susu, sayur, ikan. Yang lain-lain boleh tong-tong dengan isteri. Jangan sampai isteri fikir ‘asyik-asyik duit kita yang keluar’. Bahaya betul pemikiran sebegini.
Boleh buat hubungan jadi makan dalam, bernanah dan akhirnya berdarah.Bahagikanlah siapa yang bayar bil, rumah atau kereta.
Kalau anda mampu tak perlu bebankan isteri. Duit isteri bekerja biarlah dia nak buat apa pun. Percayalah isteri yang baik dia akan tahu bahagikan kepada simpanan anak-anak, simpanan kecemasan dan masa depan.
Jangan segan berkongsi masalah kewangan dengan isteri. Bila anda tak pernah berkira dengan isteri, ketika anda susah, simpanan isteri itulah yang akan dikongsi dengan anda tanpa perlu memulangkannya semula.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu kepada Allahyarham Mohd Fuad Fahmie berkongsi kesedihan apabila arwah yang maut ditembak di Sungai Golok tidak sempat menimang cahaya mata sulung yang dijangka lahir pada hari kelahirannya.