Zakat merupakan kewajipan Rukun Islam ketiga. Zakat secara ringkasnya adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Tujuan disyariatkan berzakat adalah mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada. Secara tidak langsung dapat membersihkan dan menyuburkan harta pengeluar zakat.
Ramai mak ayah sedar bahawa kewajipan menunaikan zakat. Namun seringkali terlupa, terlepas pandang mahupun mengambil ringan bahawa harta dan duit simpanan anak-anak juga dituntut kewajipan itu jika memenuhi syarat wajib zakat.
Perlu tahu, sebenarnya anak-anak juga perlu menunaikan zakat sekiranya jumlah simpanan harta yang dimiliki telah melebihi jumlah nisab.Simpanan melebihi nilai nisab perlu membayar zakat mengikut kadar sebanyak 2.5 peratus sahaja.
Kewajipan Bergantung Harta Dimiliki
Ini kerana syarat wajib zakat tidak menetapkan syarat baligh atau berkaitan umur. Syarat wajib zakat mestilah Islam, merdeka, memiliki harta dan cukup haul, iaitu tempoh setahun serta sampai kepada nisab atau paras minimum yang menentukan kewajipan zakat itu dikeluarkan.
Berdasarkan syarat-syarat wajib ini, cukup jelas bahawa kewajipan menunaikan zakat bergantung kepada nilai mencukupi HARTA yang dimiliki dan bukannya kepada peringkat usia atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).
Ini bermaksud tidak kira sesiapa termasuk bayi, kanak-kanak, anak yatim piatu, Orang Kelainan Upaya (OKU) bukan mukallaf, hatta mak ayah dan ahli keluarga yang sudah uzur, nyanyuk, gila dan tidak lagi mampu menguruskan harta mereka sendiri sekalipun ia tetap tertakluk kepada tuntutan mengeluarkan zakat.
Ads
Maka ia menjadi tanggungjawab penjaga, wali mahupun ketua setiap keluarga membantu menunaikan kewajipan ini di bawah tanggungan mereka.
Kempen Zakat@Family
Atas kesedaran tersebut, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melaksanakan inisiatif dakwah kempen Zakat@Family yang melibatkan ketua keluarga, penjaga atau wali di bawah tanggungan mereka.
Kempen ini dilaksanakan bagi memupuk kesedaran kepada pihak terlibat memastikan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu di bawah tanggungan dan jagaan mereka dilaksanakan dengan sebaiknya.
Ads
Di samping itu, langkah tersebut juga bagi memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan berzakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta dimiliki dan bukannya kepada status usia atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).
Contohnya, walaupun masih usia kanak-kanak, namun telah mempunyai wang simpanan melebihi nisab, mereka telah layak menunaikan zakat.Namun mungkin penjaga tidak tahu berkaitan hal ini, maka kewajipan berzakat kanak-kanak tersebut masih tidak selesai.
Oleh itu, penjaga perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaan mereka setelah mengetahui kelayakan dan jumlah pembayaran bagi setiap pihak terlibat.
Ads
Melalui pelaksanaan kempen itu, LZS berharap dapat mendidik umat Islam di negeri ini untuk menunaikan ibadah zakat, sekali gus memastikan kewajipan mereka yang di bawah tanggungan mereka selesai.
“Ibu ingin selamatkan anak-anak.” Namun akhirnya kesemua ditemui meninggal dunia dalam keadaan berpelukan kerana terhidu asap kebakaran.
Kasihnya seorang ibu hingga ke syurga, begitulah pengorbanan seorang ibu sanggup mempertaruhkan nyawa demi anak-anak tercinta.
Amat memilukan apabila kebakaran tersebut bukan saja meragut nyawa anak-anaknya malah turut mengorbankan nyawa sang ibu yang berusaha menyelamatkan anaknya.
Akhirnya Kesemua DiTemui Meninggal Berpelukan
Mayat seorang ibu dan tiga anaknya yang terkorban dalam satu kebakaran di Kampung Kubang Jaya, daerah Siak Hulu dalam wilayah Riau ditemui dalam keadaan berpelukan, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.
Kejadian kebakaran tersebut berlaku pada Ahad lepas di kediaman milik Syafar, 53, yang mengorbankan isteri serta tiga anaknya.
Mereka yang terkorban ialah Suriyati, 44; Syafitri, 22; Selvina Putri, 17 dan Hazim Zhafran Syaputra, tiga tahun.
Terhidu Asap Kebakaran
Kesemua mangsa dipercayai meninggal dunia kerana terhidu asap kebakaran yang tebal.
Mayat kesemua mangsa ditemui di dalam tandas dalam keadaan sedang berpelukan.
Ibu Ingin Selamatkan Anak-Anak
Menurut seorang saksi, ketika kejadian, dia meminta Suriyati untuk segera keluar dari rumah itu.
Mangsa bagaimanapun masuk ke dalam satu ruang di dalam kediaman itu untuk menyelamatkan ketiga-tiga orang anaknya. Namun, api marak begitu pantas dan menyebabkan keempat-empat mereka terperangkap.
Syafar juga sempat masuk ke dalam api yang sedang marak untuk cuba menyelamatkan isteri serta tiga anaknya, namun dia dihalang oleh penduduk kampung dan hanya mampu meraung melihat kesemua mereka terkorban dalam kejadian itu.
Syafar kemudiannya dibawa ke sebuah hospital di Pekanbaru. – AGENSI
Mingguan Wanita : Semoga suami ini tabah berdepan dengan kehilangan isterinya dan anak-anak sekaligus. Tentu berat untuk kakinya melangkah untuk meneruskan hidup.
Waktu anak kecil-kecil inilah, mak boleh tanpa sengaja bertukar garang macam ‘singa’. Lagi-lagi bila ada anak-anak yang tak berhenti buat perangai. Berebutkan sesuatu, makan berebut.. itu pun boleh jadi punca.
Semakin anak-anak membesar, masing-masing pun makin faham tanggungjawab. Semakin kurang kerenahnya. Malah, ada yang sudah belajar ke menara gading. Seorang demi seorang, tinggalkan rumah sama ada disebabkan belajar, bekerja mahu berkahwin.
Dan sampai satu tahap, keriuhan anak-anak itulah yang buat mak ayah rindu. Inilah perasaan yang dilalui pasangan Suzy Sharif bila suara anak-anak tak lagi meriuhkan kediaman. Bezanya mak ayah ini pula yang perlu berjauhan dari anak-anak.
Pesanan yang dititipkan boleh mak ayah muda ambil dan simpan baik-baik dalam hati.
Makan tengahari berdua tadi, tiba-tiba Tuan Haji kata rumah kami sunyi.
Saya kata, ajaklah orang datang rumah.
Buat makan-makan riuhlah sikit.
Bukan sunyi tu, dia kata.
Sunyi sebab tak ada anak-anak.
“Kan Bang, kalau masa Kakak, Abil, Saddiq kecik dulu riuhlah jugak rumah.”
“Kalau masa makan semua ada.”
Saya rasa begitulah juga ibu dan ayah yang sama situasinya dengan kami.
Bila sudah tinggal berdua.
Saya pandang Tuan Haji, Tuan Haji pandang saya.
Untuk adik-adik yang masih mempunyai anak-anak kecil di rumah.
Hargailah masa yang Allah kurnia.
Kerana masa yang pergi, tidak akan kembali lagi.
Layanlah semua kerenah anak-anak dengan lapang dada.
Kerana itulah yang menjadi kerinduan nanti.
Makan berebut. Makanan atau minuman tumpah, biarlah.
Anggaplah itu satu hal yang biasa.
Memekik. Menjerit berebutkan sesuatu, pun biarlah.
Itulah yang menghidupkan rumah tangga kita.
Suatu hari nanti, suara-suara itulah yang akan terngiang-ngiang.
Dan menjadi satu alunan melodi yang lunak kedengarannya di cuping telinga.
Hari ini, mungkin Tuan Haji teringat sangat kepada anak-anak.
Tak apalah, sabar sedikit sahaja lagi.
Sampai masa kami pasti pulang untuk bersatu dengan anak-anak tersayang.
The day will come.Bi iznillah
MW : Sungguhlah! Kadangkala keriuhan anak-anak itulah penawar kesunyian.
Setiap bayi yang dilahirkan pastinya akan diberikan nama yang bersesuaian, malah mempunyai kenangan tersendiri untuk diingati sempena kelahirannya.
Seorang bayi perempuan berasal dari Palembang, Indonesia yang dilahirkan pada hari sama majlis pembukaan Sukan Asia 2018 pada Ahad, telah dinamakan dengan ‘Adibah Asean Games’.
“Puteri saya lahir kelmarin pada 3.33 petang (waktu tempatan) di klinik bersalin di Palembang, sama dengan majlis pembukaan Sukan Asia 2018,” kata bapa Adibah, Yordania.
Anak Keempat
Menurut Yordania, 38 tahun, selepas kelahiran anak keempatnya itu, dia dan isteri, Veranova, merancang menamakan anak mereka itu sempena Sukan Asia.
“Secara spontan kami menamakan anak kami itu Adibah Tri Asian Games namun kami menukar kepada nama yang lebih sesuai iaitu Adibah Asian Games,” jelasnya.
“Isteri saya melahirkan bayi kami secara normal dan sihat. Kami bangga kerana anak kami ini lahir pada tarikh yang cantik,” katanya.
Uniknya nama yang diberikan, pastinya akan diingati seumur hidup. Semoga membesar meminati bidang kesukanan dan menjadi atlet yang berjaya suatu hari nanti!
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.