Kalau dah namanya perempuan, pastinya sukakan kecantikan. Biarpun tak ada koleksi lengkap macam jurusolek artis, barangan mekap asas seperti gincu, celak, bedak kompak biasanya mesti ada dalam simpanan. Walaupun hanya calitan ringkas dan tipis tak seperti solekan seorang model, namun mampu menaikkan seri wajah daripada pucat lesi, lesu tak bermaya.

Namun demikian, sebagai seorang wanita muslimah, selain nak solekan nampak cantik, sangat penting dan menjadi tanggungjawab dalam memilih jenama kosmetik yang diyakini status halalnya, boleh dibawa solat malah tak perlu rasa was-was dengan kandungan bahan yang digunakan.

Salah satu, jenama kosmetik yang memenuhi kriteria tersebut dan boleh menjadi pilihan adalah Farmasi Colour Cosmetics (FCC).

Penting Pilih Jenama Kosmetik HALAL, Boleh Dibawa Solat Tanpa Perlu Was-Was!

Menyebut jenama Farmasi Colour Cosmetics (FCC), pasti ramai yang sudah mengetahui akan kewujudan jenama ini. Malah pada satu ketika, jenama kosmetik yang diimport khas dari Turki ini menjadi bualan ramai dan diletakkan setaraf dengan kosmetik antarabangsa lain.

Kelebihan Produk

Dihasilkan dengan standard antarabangsa, FCC yang mendapat pengiktirafan HALAL dari Turki dan boleh dibawa solat kerana produk ini dihasilkan daripada minyak dan ekstrak buah-buahan serta sayuran.

FCC pilihan terbaik buat muslimah moden yang mementingkan penampilan. Mereka juga tidak perlu lagi risau kerana ia memudahkan mereka bersolat kerana tidak perlu rasa was-was semasa memakainya.

Produk FCC juga memenuhi tiga kriteria yang dicari pengguna dalam membeli produk kosmetik iaitu berkualiti, harga berpatutan dan memenuhi kehendak mereka.

Untuk 2019, FCC telah memperkenalkan kit MUA iaitu koleksi yang biasa digunakan oleh jurusolek profesional (MUA) dan dengan memiliki kit itu, wanita mampu menyolek sendiri wajah mereka bak sentuhan profesional.

Pengedar Tunggal

Orang yang bertanggungjawab membawa FCC ke Malaysia ialah Ili Zawani Ismail, Pengarah Urusan Naturalife Solution Sdn Bhd, yang juga merupakan pengedar tunggal FCC Malaysia, Singapura & Brunei.

Ili Zawani juga mengaku yang dia merupakan pengguna setia produk yang dijualnya terutama CC cream.

“Untuk wanita yang sibuk seperti saya, sekurang-kurangnya perlu ada CC Cream FCC di dalam beg tangan kerana ia membantu saya kelihatan bermaya dan berseri bila memakainya, tanpa perlu foundation atau bedak.

“Malah produk FCC ini sangat mudah digunakan, rasa ringan dan dalam masa yang sama dapat membantu menangani masalah kulit pengguna,” ujar Ili Zawani yang bercita-cita membuka ‘Lifestyle Concept Store’ kelak.

Penting Pilih Jenama Kosmetik HALAL, Boleh Dibawa Solat Tanpa Perlu Was-Was!
Ili Zawani Ismail, Pengarah Urusan Naturalife Solution Sdn Bhd dan pengedar tunggal FCC Malaysia, Singapura & Brunei.

Kongsi Ili Zawani lagi, dia bersyukur kerana pada tahun ini, dia telah berjaya merealisasikan beberapa perancangan yang telah dibuat. April lalu, FCC telah membuka flagship store di SOGO Central I-City selain menjadi jenama halal eksklusif di 53 outlet Aeon Wellness di seluruh negara. Menjelang hujung tahun, disasarkan FCC akan berada di lebih 60 outlet Aeon Wellness. Satu kejayaan yang membanggakan buat wanita cekal ini.

Seleksi Pilihan Kosmetik FCC MESTI Cuba!

  1. FCC Vfx Primer

Penting Pilih Jenama Kosmetik HALAL, Boleh Dibawa Solat Tanpa Perlu Was-Was!Merupakan salah satu primer terbaik kerana tekstur primer seakan-akan gel yang mampu menutupi liang roma dan lines.

2. FCC Magic Pearl Powder

Penting Pilih Jenama Kosmetik HALAL, Boleh Dibawa Solat Tanpa Perlu Was-Was!

Uniknya produk ini impaknya seperi gabungan pemerah pipi dan shimmer. Impak glowing tampak natural, jadi aplikasi pemerah pipi ini tidak nampak keterlaluan biar pun disapu agak tebal.

3. FCC Face Sculpting Palette

Penting Pilih Jenama Kosmetik HALAL, Boleh Dibawa Solat Tanpa Perlu Was-Was!

Produk ini merupakan produk FCC yang masih baru di pasaran, kelebihannya apabila dalam satu pallete sahaja anda mampu menghasilkan shading dan highlight yang sempurna.

Hasil Solekan Menggunakan Produk FCC

Penting Pilih Jenama Kosmetik HALAL, Boleh Dibawa Solat Tanpa Perlu Was-Was!

Seleksi kosmetik eksklusif FCC ini boleh didapati dengan harga mampu milik di cawangan farmasi AEON Wellness, SOGO dan Parkson.

FCC juga merupakan penaja utama bagi #FabulousMUA NONA X FCC yang merupakan program realiti digital pertama pencarian Makeup Artist. Jangan lupa saksikan siaran Episod 4, secara LIVE jam 8.00 malam nanti (8 Nov) di Facebook NONA.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI