Penghuni flat ‘hoarder’ penuhkan barang-barang sepanjang koridor sampai ke tangga. Satu video yang dikongsikan oleh seorang penghantar makanan telah menimbulkan pelbagai reaksi serta persoalan daripada warga maya. Rakaman tersebut memperlihatkan keadaan sebuah koridor flat yang penuh dengan pelbagai barangan tidak digunakan hingga mengganggu laluan penghuni.
Video berkenaan dimuat naik oleh Hazim Asyraaf di Threads, ketika dia sedang menghantar pesanan makanan. Menurutnya, dia terkejut sebaik melihat koridor yang dipenuhi dengan barangan dipercayai milik seorang individu yang menghidap Hoarding Disorder atau lebih dikenali sebagai ‘hoarder’.
Dalam rakaman itu kelihatan barangan terpakai seperti kerusi lama, helmet, tayar motosikal, kotak serta kotak gabus kosong yang ditindan sepanjang koridor sehingga ke tangga. Situasi tersebut menimbulkan persoalan orang ramai, “Macam mana eh duduk sebelah rumah hoarder?”
View on Threads
Hantaran Hazim segera menarik perhatian warganet yang rata-rata berasa ‘terseksa’ melihat keadaan barangan tidak terurus itu. Malah ada yang tertanya-tanya sama ada pihak berkuasa tempatan sudah menerima aduan daripada penghuni flat tersebut.
Seorang pengguna media sosial yang mengakui tinggal di kawasan terbabit turut meluahkan rasa terganggu kerana masalah itu telah berlarutan sejak lama. Menurutnya, “penghuni rumah itu sudah menyimpan barangan sejak sekian lama. Malah katanya, bukan satu tetapi ada juga penghuni lain yang ‘hoarder’ sehingga menyimpan peti ais terpakai.”
Berikut antara komen-komen warga maya:
Kesimpulannya, keadaan barangan terkumpul di koridor flat itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah menimbulkan rasa tidak selesa kepada penduduk lain. Warganet berharap isu sebegini dapat ditangani segera agar kesejahteraan serta keselamatan bersama tidak terjejas.
Sumber: Threads
Baca artikel lain juga: Mulanya Suka Simpan Sikit, Sampai Barang Takde Nilai Pun Sayang Nak Buang.. Itu Bahaya!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER danciao YOUTUBE