Pengasuh didakwa bunuh anak jagaan 3 tahun, menangis teresak ketika dibawa ke mahkamah. Esak tangisan seorang suri rumah yang menghadapi tuduhan membunuh anak asuhan memecah suasana mahkamah hari ini.
Ketika dibawa dengan tangan bergari, Nur Nabilah Sekh Ruslan berusia 32 tahun dilihat teresak-esak menangis ketika dibawa ke mahkamah.
Pengasuh Didakwa Bunuh Anak Jagaan 3 Tahun
Dirinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan, Siti Umairah Tiara Muhammad Naim berusia tiga tahun di sebuah rumah di Bukit Rangin pada 17 Februari lalu.
Memetik laporan TV3, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Nur Nabilah Sekh Ruslan, 32, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ellyna Othman, namun hanya mengangguk faham.
Nur Nabilah didakwa menyebabkan kematian mangsa dalam kejadian antara jam 6 petang hingga 8 malam di kawasan perumahan Bukit Rangin.
Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 sebatan.
Ads
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Abdul Wahab, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada 27 Feb lepas, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan pada 20 Feb lepas dipercayai akibat didera.
Pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada kedua-dua belah tangan dan kaki mangsa.
Ads
Enam individu berusia lingkungan 17 hingga 44 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.
“Ada dua keluarga tertuduh datang jumpa saya minta maaf pada saya dan mahu saya lupakan semua dendam tapi itu tak mungkin kerana jauh di sudut hati rasa terkilan itu ada.
“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kerusi ditarik. Mesti akan ingat semasa belajar dulu cara inilah selalu dikenakan oleh kawan-kawan dengan niat untuk bergurau. Nak tak nak, badan pasti jatuh ke bawah. Bimbangnya kalau nasib tak menyebelahi boleh beri kecederaan dan tak kurang pula dah tentu rasa sakit.
Ini lain pula yang berlaku pada pelakon cilik yang viral di media sosial mengalami masalah saraf kesan daripada kerusi ditarik dan badannya menghempap kaki besi tripod. Kejadian berlaku semasa pelakon cilik ini berada di set penggambaran.
Kemalangan yang menimpa pelakon cilik, Puteri Rafasya, 12 tahun, ketika di lokasi penggambaran drama Jaga Aku Selamanya bertambah serius apabila terpaksa dimasukkan ke wad pediatrik Hospital Tunku Azizah (HTA).
.
Perkongsian daripada ibunya, Fatin Aliza Salmi, 33 tahun memberitahu Puteri terlebih dahulu dikejarkan dengan ambulans dan ditempatkan di zon kuning Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 3 pagi selepas mengalami kebas kaki dan air kencing yang keluar secara tidak sedar.
“Sekarang, Puteri ada masalah dengan pundi kencing dan kakinya kebas. Bila kaki kebas memang situasi agak merisaukan sebenarnya.
“Disebabkan itu, Puteri perlu dikejarkan ke zon kuning pada awalnya. Ia juga berkait rapat dengan saraf.
“Selepas doktor menjalankan pemeriksaan, Puteri akhirnya perlu ditahan di wad pediatrik HTA sehingga keadaannya beransur pulih.
“Keadaan Puteri agak teruk juga sebab masih perlu memakai lampin pakai buang,” katanya.
Tidak Boleh Berdiri & Berjalan
Melihatkan keadaan anaknya yang semakin membimbangkan, Fatin berkata, dia sudah tidak tahu untuk berbuat apa-apa disebabkan pihak terbabit dilihat mengambil sikap lepas tangan berhubung kemalangan itu.
“Kalau diikutkan laporan perubatan dikeluarkan, Puteri dianggarkan sudah boleh berjalan ketika ini.
“Tapi, jangankan berjalan, berdiri pun Puteri tidak boleh. Jadi, bila keadaan dilihat semakin memburuk, saya rasa sangat tertekan dan kecewa.
“Sehingga hari ini, kami masih tidak menerima sebarang bantuan atau kata putus daripada pihak terbabit.
Saya tertanya-tanya adakah mereka perlu lepas tangan seperti ini.
“Bagaimanapun, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) ada menghubungi saya untuk mengadakan pertemuan bersama pihak produksi dan keluarga pelaku untuk membincangkan mengenai perkara ini” katanya.
Dalam masa sama, Fatin berkata, sekiranya masih tiada tindakan susulan, dia akan melancarkan tabung bantuan bagi memudahkan urusan perubatan anaknya.
“Sekiranya perkara ini masih berlanjutan dan pihak terbabit juga terus dengan keputusan berdiam diri, saya rasa mungkin perlu lancarkan tabung bantuan.
“Ia bertujuan untuk menampung kos perubatan Puteri,” katanya.
Terdahulu, Puteri terpaksa menanggung derita apabila tidak mampu duduk dan berjalan tanpa bantuan keluarga akibat tulang pinggul retak selepas dilaporkan terjatuh ketika penggambaran di Beranang, Selangor pada penghujung bulan lalu.
Kata ibunya, kemalangan itu berlaku ketika Puteri dan elakon lain sedang membuat sesi latihan sebelum seorang kanak-kanak (ahli keluarga pelakon lain) menarik kerusi yang diduduki Puteri. Akibatnya, tubuh Puteri menghempap kaki kerusi tripod.
Mingguan Wanita : Kita tak tahu perkara ini nak jadi dan boleh samai tahap yang serius. Moga dipermudahkan segalanya dan cepat sembuh dan tabah hadapi dugaan ini.
Trip ke Thailand, mungkin sekarang ini ramai yang mula bercuti ke luar negara. Tak perlu jauh-jauh, Thailand pun dan cukup menarik dan berbaloi-baloi kalau tahu caranya.
Lagi satu, bajet untuk ke sana tidaklah semahal ke luar negara lain. Belum lagi dengan makanan yang mewah dan murah-murah. Kiranya, trip ke Thailand ini memang wajib pergi.
Perkongsian daripada Fatinnur ini berkisarkan tentang trip ke Thailand dengan menaiki keretapi. Bagi yang nak rasai dan lepas gian, bolehlah naik keretapi.
Menariknya, Fatinnur turut beri alternari perjalanan menaiki keretapi ke Thailand untuk panduan buat sesiapa yang nak ke sana dengan menaiki keretapi.
Ini trainpacking dari Utara Malaysia ke Utara Thailand
Masa perjalanan: Lebih kurang 30 jam (sehala)
No. of pax: 2
Route: Anak Bukit > Padang Besar > Hatyai > Bangkok > Chiang Mai
Trip ni bukan cheapskate sangat ye, tapi nak kata luxury pun tak juga.
Free and easy je. Sekadar nak melepas gian naik long journey train.
.
Jenis tren dan harga tiket (RM/THB):
Dari Anak Bukit ke Padang Besar:
– Menaiki komuter
-7.38am hingga 8.16am = Lebih kurang 40 minit
-RM5.20
.
Dari Padang Besar ke Hatyai:
-Shuttle train (3rd class seater)
-Train 948 (9.55am (Mas time) 9.50am (Thai time)+-1jam
-RM7/THB50 (boleh bayar guna mana-mana matawang)
-kaunter tiket mula buka jam 9.00 pagi (waktu Malaysia)
-free seating
– air cond fan
.
Hatyai Bangkok (Bang Sue Junction)
-Special expresss (1st class A/C sleeper)
-Train no 32 (5.45 pm 11.30 am)+-17jam
-RM212.40/THB1694
-satu cabin 2 katil; atas bawah (kalau seorang, boleh chartered terus untuk satu cabin, kalau beli dua cabin bersebelahan boleh jadikan connecting room)
– shower dalam coach
– cafe so tapau siap2 dinner & breakfast di Hatyai
Keretapi dari Bangkok (Bang Sue Junction) ke Chiang Mai:
-Special express (2nd class A/C sleeper)
-ladies coach (pilih coach 40CN masa beli tiket)
-Train no 9 (6.35 pm 7.15 am)+-11jam
-RM130.90/THB1038
-macam sleeper train yang lain cuma yang ini seat baharu (merah)
– shower toilet
-kalau nak pesan kopi boleh minta dengan staf
.
Penerbangan Chiang Mai ke Hatyai:
-Air Asia Thai (2.00 pm 4.00 pm)+-2jam
-only 1 direct flight from CNX > HDY
-RM207 (including luggage 15kg)
Keretapi Hatyai ke Padang Besar
-shuttle train (3rd class seater)
-THB50
-2.00 pm (Thai time) 3.55 pm (Mas time)
Perjalanan dari Padang Besar ke Anak Bukit
-Komuter
-5.35pm 6.13pm +-40min
-RM5.20
Total: RM564.70/pax
(ini tak termasuk public transport yg lain; tuktuk, songtheaw, grab etc). Hotel, makan, shopping etc tu pandai-pandailah buat bajet sendiri.
1)Lebih murah sebab tiada service fee dan tak melalui third party
2)Tak perlu collect tiket, just print tiket daripada emel
3)Boleh pilih nombor seat dan juga coach (especially yang nak ladies coach)
Kekurangan:
1)Tiket hanya boleh dibeli 30 hari sebelum bertolak.
2)Kena bayar guna kad kredit.
3)Website tak mesra phone. Preferable guna laptop.
Itinerary:
HARI PERTAMA
Keretapi Anak Bukit>Padang Besar
Keretapi Padang Besar>Hatyai
store luggage at minimart
buy simcard Thai at DTAC centre (near Robinson)
grab to Dim Sum Chabura
grab to Kim Yong market (tapau dinner at Khai Tod Meena & air buah)
change money at Thairat Exchange
walk to Hat Yai Junction (train station)
Hatyai>Bangkok
HARI KE 2:
arrived at Bang Sue Junction (Bangkok)
to Ratchathewi (MRT subway+BTS skytrain)
check in Bed One Block Hostel (near exit Ratchathewi station)
to ICON Siam & Wat Arun
dinner at Makan Makin Restaurant (Ratchathewi)
HARI KE 3:
Check out
store luggage at Lock box Chatuchak Park station
strolling around Chatuchak market
lunch and tapau dinner at Saman Islam Restaurant
to Bang Sue junction station
Bangkok>Chiang Mai
.
HARI KE 4:
arrived in Chiang Mai
grab to hostel
check in Y Smart Hotel
tuktuk to Old City
songthaew to Wat Phra That Doi Suthep Ratchaworawihan, Bhubing Palace & Hmong Village
lunch at Hmong Village
back to Old city
tapau dinner at Sofia Restaurant & Roummit 2 Restaurant (Halal Street Hilal Town)
.
HARI KE 5:
Check out
take one day tour with Chiang Mai Elephant Friend
Check in Chiang Mai Elephant Friend Resort
Untuk review experience bersama gajah boleh tengok di sini
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5160139024114846&id=100003563993123&mibextid=Sxx3oC
HARI KE 6:
back to Chiang Mai city (free hotel transfer)
check in Ed Hostel (near Tha Pae Gate)
lunch at Halal Rice & Noodle
strolling around night bazaar
tapau dinner at Little Istanbul
HARI KE 7:
Check out
grab to airport
Flight Chiang Mai > Hatyai
Check in hotel
grab to Lee Garden
tuktuk to Asean Night Bazaar
.
HARI KE 8:
Check out
grab to Hat Yai junction
store luggage at minimart
grab to Butterfly Cafe
grab to Kim Yong Market
walk to Hat Yai Junction (train
hatyai>Padang Besar
Padang Besar>Anak Bukit
Kami banyak guna Grab kat Hatyai & Chiang Mai. Install simcard Thai kalau nak guna Grab. Tempat yang dekat jalan kaki je.
Ada perkhidmatan luggage storage di minimart di Hat Yai train station. Kat Bangkok ada Lock Box. Google je kat station mana ada Lock Box.
Overall bab makan bagi kami, taklah susah mana. Di mana ada masjid, Insya Allah di situ ada makanan halal. Tak jumpa restoran, 7E kan ada.
Mingguan Wanita : Kalau tak tahu nak tuju ke mana, bolehlah jadikan rujukan ini untuk kita ke Thailand. Lalau pengalaman yang menyeronokkan.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Tapi bukan itu yang dicari dalam perkahwinan lelaki ini. Kesabaran dan ketenangan seorang suami itulah sebenarnya kunci bahagia sebuah rumah tangga.
Adam Corrie Pernah Diuji Allah 10 Tahun Ketiadaan Zuriat
Jagalah isteri dan anak sebagai anugerah dan amanah yang Allah berikan pada kita sebagai seorang khalifah keluarga.
Betulkan niat berkahwin kerana Allah. Bukan kerana makhluk dan nafsu. jadikan perkahwinan jambatan ke syurga. Redha Allah yang kita minta.
Dugaan rumahtangga memang banyak. Tempuhilah dengan berlapang dada.
Ada ketikanya dulu, kami diuji dengan tiada zuriat. Ramai yang cadangkan saya berkahwin lagi. Tapi saya kata, buat apa saya kahwin lagi hanya nakkan zuriat.
Kebahagiaan Itu Akan Hadir Selepas Kita Berusaha
Kebahagian rumahtangga bukan terletak pada adanya zuriat. Tapi pada diri kita.
Bagaimana kita saling membahagiakan diri dan isteri.
Alhamdulilah selepas 10 tahun melayari rumahtangga. Allah anugerahkan zuriat juga iaitu Adam Fateh Lee. Sabar .. usaha.. doa..
Cinta perlu dipupuk dan disemai setiap masa dengan syariat.
Jangan biarkan ia suram. .
Cintalah pasangan kita masa keranaNya. Kebahagian itu akan hadir dengan sendiri selepas kita berusaha, berdoa dan tawakal padaNya
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...