Pengaruh ayah bukan ke atas anak lelaki saja, bahkan pada anak perempuan juga. Tak dinafikan, besar peranan seorang ayah dalam mendidik anak-anak, sama seperti seorang mak.
Semua orang tahu bagaimana besarnya pengaruh ibu kepada anak-anak. Anda sendiri sebagai ibu tentu mahu menjadi ibu yang terbaik demi anak-anak.
Namun jauh di sudut hati kita dapat merasakan ada masa dan ketikanya hasrat itu bertembung dengan kemampuan diri sendiri. Ada jutaan sebab dan rahsia gelap dalam perjalanan hidup anda yang tidak ada orang lain tahu dan tidak pernah anda cerita kepada sesiapa pun sebelum ini.
Ada Jawapannya
Tiba-tiba sekarang anda membaca nota ini. Anda menarik nafas panjang dan barulah tahu kenapa anda tidak dapat menjadi isteri dan ibu terbaik sebagaimana yang diharapkan. Ya, memang kita tidak dapat memilih dalam keluarga mana kita mahu dilahirkan dan siapa yang menjadi ibu bapa kita dahulu.
Benarlah sabda Rasullullah s.a.w; “Anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang akan mencorakkannya”. Namun adakah anda mahu meletakkan kegagalan menjadi isteri dan ibu terbaik itu kepada ibubapa anda dahulu?
Nak Yang Terbaik Untuk Anak
Tidak kira bagaimana corak dan gaya dibesarkan dahulu, anda pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Melihat semula ke dalam diri, maka pasti tidak boleh dinafikan betapa besarnya pengaruh ayah sebagai lelaki pertama yang anda kenali.
Isu ini dipetik oleh Linda Nielsen iaitu Profesor Psikologi Remaja di Wake Forest University iaitu pengarang buku Father-Daughter Relationships: Contemporary Research and Issues. Beliau menyatakan pengaruh ayah memberi kesan yang sangat memeranjatkan tetapi jarang dibincangkan ke atas anak perempuan.
Anda bertuah kerana mempunyai ayah yang hebat dan itu menjadikan anda ibu yang terbaik untuk mendidik anak dara sendiri. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak mempunyai tuah seperti anda? Mereka dahulu dibesarkan oleh ayah yang gagal.
Bagaimana jika anak perempuan mereka nanti akan menjadi menantu anda? Adakah anda bersedia untuk memahami menantu perempuan anda itu? Nota kali ini ialah tentang memahami pengaruh ayah yang gagal kepada anak-anak perempuan mereka?
Cemburu Kerana Rendah Diri
Yang pertama sekali cemburu. Ini bukan cemburu sebab sayang tetapi lebih kepada rasa rendah diri yang kronik. Perempuan begini tidak percaya kepada lelaki tetapi dalam masa yang sama tetap memerlukannya.
Apabila ada lelaki yang suka kepadanya dia menjadi sangat cemburu. Pantang terlambat balik ke rumah terus disiasat bertalu-talu. Pantang terlewat membalas panggilan telefon terus marah-marah. Pantang terjeling perempuan lain terus histeria. Ini kerana dia merasa diri tidak cukup cantik dan sentiasa berfikir yang lelaki itu akan jatuh ke perempuan lain yang lebih baik.
Ads
Ada juga keadaan perempuana begini menolak untuk pergi lebih jauh kerana lelaki itu ‘terlalu baik’. Pelik bukan? Selama berkenalan lelaki itu melayan dirinya dengan sopan dan ikhlas untuk mengambilnya sebagai isteri.
Rasa Diri Tak Layak
Yang menariknya dia tidak menolak secara terus tetapi secara tidak sedar menimbulkan pelbagai isu, karenah dan perangai yang mencabar kesabaran. Dia menolak bukan kerana cemburu walaupun tahu ramai perempuan lain suka kepada temannya itu kerana lelaki itu memang jujur dan setia.
Nampak seperti menolak tuah, bukan? Apa yang sebenarnya berlaku ialah dia merasa kekurangan dan tidak layak untuk menerima layanan baik itu.
Faktor Keserupaan
Anak perempuan yang dibesarkan oleh ayah yang gagal juga secara tanpa sedar cenderung jatuh ke tangan lelaki yang serupa. Ini adalah disebabkan faktor keserupaan. Kecuali dengan campur tangan positif pihak lain, mereka tidak ada masalah menerima lelaki gagal sebagai suami.
Walaupun naluri sebagai perempuan tidak menyukai perkara itu tetapi oleh kerana mereka telah melalui pengalaman itu maka mereka menerima kehadiran lelaki gagal itu sebagai sesuatu yang biasa.
Seorang klien saya berumur sekitar pertengahan 30-an. Mula mendirikan rumah tangga tidak lama selepas tamat belajar di universiti. Telah berkahwin tiga kali. Yang menariknya kesemua bekas suami dia adalah lelaki tua yang berumur lebih 50 tahun. Dua orang suami terdahulu berpisah mati dan seorang lagi berpisah hidup. Bersedia untuk berkahwin lagi kerana “…. perlukan kasih sayang yang dia tidak dapat daripada ayah yang selalu memukul ibunya dahulu”.
“Mak awak tak ajar ke.” Tegurlah elok-elok, suami kena faham hati isteri sangat rapuh dan mudah tersentuh dengan kata-kata suami yang cukup menghiris rasa.
Jika tak puas hati sekalipun, gunakan kata-kata yang baik atau tunjukkan cara yang sebenar agar isteri tak terasa hati.
Selama ini mungkin isteri banyak memendam perasaan, jadi bila ada benda yang berbangkit isteri terus terasa hati dan jauhkan diri seperti mana kisah yang dikongsikan oleh Peguam Syarie ini,Puan Nurun Halida.
Berada dalam mahkamah sementara nak tunggu kes dipanggil macam-macam boleh dilihat. Saya ceritakan sedikit satu kes yang mungkin lucu, mungkin sedih.
Hakim : Encik tuntut apa?
Suami : Saya tuntut supaya isteri kembali taat pada saya. Isteri saya sudah keluar rumah sejak Jun 2021.
Hakim : Apa berlaku?
Suami : Saya tegur isteri salah potong nenas. Cara dia potong membazir. Saya kata dekat dia mak awak tak ajar ke cara potong nenas. Esoknya saya tengok isteri saya sudah tak ada.
Tegurlah Elok-Elok
Suami ini tak tahu ke hati isteri sangat rapuh. Sangat lembut. Mudah terhiris. Sepatutnya nasihat elok-elok, tunjuk elok-elok atau cuba google cara potong nenas dengan betul ke dan tunjuk pada isteri.
Yang lucunya pasal potong nenas pun boleh jadi isu. Yang sedihnya kenapa suami tak ajar cara potong nenas.
Mingguan Wanita : Tak salah menegur, tetapi janganlah mengaitkan kesilapan isteri dengan mak dan ayahnya. Cara itu salah dan sangat mengguris perasaan isteri. Suami kenalah faham isteri, betul tak?
Dalam rumahtangga ada pasang surutnya, barulah dikatakan asam garam kehidupan suami isteri. Bila difikirkan, ada perkara yang simple pun boleh jadi besar. Malah, tak semua juga yang manis-manis, kadang kala pasangan diuji dan inilah yang menentukan kekuatan dalam menjaga ikatan perkahwinan.
Walau bagaimana pun, jenis pasangan yang tak sabar dan pentingkan diri sendiri, ia boleh jadi satu perselisihan faham. Bahkan perkara yang simple inilah diperbesarkan, sedangkan boleh saja diselesaikan dengan baik.
Sebab itu, bagi yang bakal mendirikan rumahtangga atau pun sudah berumahtangga, ada perkara yang simple perlu ambil tahu. Kadang-kadang, sudah berpuluh tahun pun masih tidak faham atau tidak kenal pasangan masing-masing.
Beberapa perkara simple yang wajib tahu setiap pasangan seperti yang dikongsikan oileh Kamalia Kamal ini. Moga dapat dijadikan panduan untuk pasangan suami isteri.
1. Ego boleh meruntuhkan kasih sayang yang telah di bina bertahun-tahun lamanya. Sifat ego ni boleh di lihat bila kedua pihak sikit pun tak mahu beralah bila ada ujian mendatang tiba-tiba.
2. Jika cinta di bina secara perlahan, benci juga di bina secara slow-slow. Setiap tindakan kecil yang melukakan hati pasangan kita akan menyumbang kepada pembinaan wall kecil yang bernama benci. Wall ini akan membesar sedikit demi sedikit.
3. Tindakan silent treatment adalah bom atom dalam perkahwinan. Pasangan boleh jadi emotionally torture dengan keadaan senyap tak tahu punca dan kenapa. Ini satu perkara yang sangat kejam dalam perkahwinan.
Di United States, kajian menunjukkan ramai isteri depression asbab suami membuat penderaan mental begini.
4. Bukan kewangan yang menjadi isu pergaduhan tapi Believe System yang tidak kuat. Iman dan agama yang tidak dikuasai dengan baik bakal membuatkan perkahwinan porak peranda.
Jelas bila Nabi di ambang kemiskinan, perkahwinannya masih bahagia bersama isteri yang tersayang.
5. Usaha mendalami ilmu perkahwinan tidak boleh terhenti selepas berkahwin, ini yang banyak pasangan gagal. Ramai yang take for granted atas relationship yang ada. Merasakan seperti dah “buat semuanya” adalah titik permulaan cinta menghilang dalam perkahwinan.
Nampak sangat simple tapi impaknya sangat besar dalam satu-satu perkahwinan. Kalau betul kita sayangkan relationship kita, wajib pastikan 5 pekara ini di selesaikan segera.
MW: Insya Allah, kalau perkara ini dapat diatasi mahupun dikawal, pasti rumahtangga bahagia. Aamiin.
Nama panggilan ini nampak simple je nak buat, tapi kesannya hebat. Malah Rasulullah SAW pun memanggil isterinya dengan gelaran yang indah-indah. Barulah rumahtangga barakah. Romantik pun romantik.. sweet pun sweet, tahap potong kaki punya.
Penting sebenarnya memanggil dan memuji isteri dengan gelaran atau panggilan terindah. Hati isteri akan jadi bertambah bahagia bila suami panggil dengan panggilan sayang, manja dan sebagainya. Rasa tenang sama pun iya.
Sebab itulah, wahai suami.. Ustaz Ebit Lew berpesan agar memuji dan memanggil isteri dengan panggilan yang paling anda sukai. Haa.. sama juga dengan isteri. Pun kena panggil suami dengan gelaran terindah yang baik-baik.
Puji Dan Panggil Isteri Dengan Gelaran Terindah
Aduh. Ya Allah tuhanku..sebak rindu semua ada. Dapat peluang berdua-duaan dengan bidadari sayang dalam kereta nak pergi ambil anak balik sekolah. Rasa bahagia pegang tangan. Nak berbual. Nak cakap i love u till jannah banyak-banyak kali. Makin hari makin rindu. Makin jatuh cinta sayang.
Ya Allah jagakanlah bidadariku ini supaya dapat kami bersama mendapat RedhaMu dan jannatulFirdausMu
Rumahtangga paling bahagia ialah rumahtangga Rasulullah saw. Jadilah orang paling baik dan romantik seperti Rasul saw… Bila pulang ke rumah baring atas riba isteri. Atau isteri baring di atas riba kita. Saling mengusap dahi dengan cinta dan kasih sayang. Setelah berpenat berjuang di luar sana. Dakapan pasangan yang kita cintai ialah tempat paling indah. Mengubat segala duka dengan izin Allah.. Rasulullah saw berpelukan menangis kerana keletihan dan diuji dengan pukulan, cacian, kesusahan yang amat dahsyat di luar sana.. rumahku syurgaku.baiti jannati. Memuji dan memanggil isteri atau suami dengan panggilan paling disukai.
Wahai bidadariku yang menawan, yang cantik, kekasih hati teman hidupku. Menemuimu dalam hidup ini perkara yang terindah. Kaulah bulan. Kaulah matahari. Kaulah kurnia Allah yang terindah dalam hidup ini..
Rasulullah saw memanggil isteri dengan gelaran dan panggilan terindah.
Berlemah Lembut, Lunakkan Suara Ketika Bersama Pasangan
Mengusap tangan dan peha pasangan. Sambil ucap dan lafazkan sayang. Saya cinta dan sayang awak sampai syurga. Saya ingin terbang bersama sayang dalam syurga.
Berlemah lembut dan lunakkanlah suara bersama pasangan. Perkataan dari hati yang mencintai dan bersyukur. Mereka bukan milik kita. Tapi amanah Allah yang untuk kita cintai dan bawa bersama ke syurga. Jangan sesekali berkasar, dengan wajah bengis, bahasa kasar semua orang lari darimu
Mandi bersama dan bergurau semasa mandi bersama. Rasulullah saw mandi bersama isterinya.
Dukung dan rapatkan pipi. Dengan kasih sayang dan manja. Bergurau dan sekali sekala main kejar-kejar dengan pasangan bagi yang sihat. Berlari bukakan pintu rumah atau kereta bagi pasangan. Berebut nak angkat barang atau anak semasa bersama. Bersama dengan manja dan kasih sayang.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...