Pejam celik pejam celik sekejap je kita bakal memasuki bulan Zulhijjah. Kurang daripada 30 hari umat Islam akan akan berhimpun, berkumpul didalam persidangan terbesar, hari penuh keberkatan di Padang Arafah. Memuji kebesaranNya dan mengharapkan pengampunan daripadaNya.
Berpeluang menjadi ‘Duyufur Rahman’ atau tetamu Allah ditanah suci pastinya menjadi pengalaman terindah bagi sesiapa yang pernah melaluinya. Kenikmatan melakukan ibadah di tanah haram dan ketenangan jiwa disanubari sungguh tak tergambar dengan luahan kata-kata.
Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah pengalaman mak, Hajjah Ainon Abu Bakar,59 dan abah, Haji Abdul Wahab Bin Abdullah, 68 sewaktu mengerjakan haji kali pertama ketika usia mereka ‘boleh dikatakan’ ketika itu masih muda sekitar pada tahun 1993, kira-kira 24 tahun dahulu.
Alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan mak dan abah telah menunaikan ibadat haji dua kali dan ibadah umrah sebanyak empat kali.
Banyakkan Bersedekah
Mak dan abah saya, bukan orang berada. Keluarga kami juga bukanlah orang senang. Ketika itu, abah bekerja sebagai pemandu kren di Tenaga Nasional Berhad, manakala mak pula hanya seorang suri rumah, menguruskan anak-anak seramai 7 orang. Disamping, menjual kain pasang, karpet, pinggan mangkuk dan pelbagai jenis barangan secara kecil-kecilan dengan jiran-jiran dan saudara mara.
Saya pernah bertanya kepada mak abah, apakah tip yang mereka amalkan sehingga ‘berkemampuan’ dan dijemput menjadi tetamuNya pada usia muda.
Ringkas mak menjawab;
“Banyakkan bersedekah dan beri makan pada orang. Yang paling penting, pasang niat untuk mengerjakan haji/ umrah. Rezeki Insya Allah, Allah akan cukupkan dalam pelbagai cara, cabang dan bentuk. Selain berusaha ke arah itu,”
Saya bukanlah ingin mendabik dada. Namun, sedari saya kecil dahulu malah sehingga kini, mak abah saya memang gemar bersedekah dan suka memberi orang makan. Meskipun pendapatan tak banyak mana. Baik tetamu yang datang ke rumah pasti ada sahaja yang dijamunya dengan makanan mahupun bersedekah makanan serta bahan-bahan kering seperti gula, beras dan sebagainya di masjid-masjid dan surau.Barulah saya faham keberkesanan konsep bersedekah, lebih dimurahkan rezeki. Lebih banyak yang kita bagi, lebih banyak yang DIA beri.
Ads
Kata-kata Suatu Doa
Selain itu, mak cakap, kata-kata orang juga satu doa yang mustajab. Sewaktu menjual kain pasang, karpet, pinggan mangkuk dan pelbagai jenis barangan secara kecil-kecilan dengan jiran-jiran dan saudara mara, Mereka selalu mengusik dengan mengatakan “wah, jual macam-macam,cepat kaya dan cepat pergi haji lah ni”.
Ternyata, kata-kata adalah satu doa yang mustajab. Tak perlu ambil hati dan rasa ia suatu sindiran, sebaliknya terus positif dengan kata-kata tersebut dan anggap ia sebagai satu doa. Ternyata ia dimakbulkan.
Asingkan Duit Gaji
Menurut mak lagi, meskipun tidak bekerja tetap dan seorang suri rumahtangga, dari mula berkahwin, abah akan asingkan sedikit duit gaji setiap bulan kedalam akaun tabung haji mak juga. Abah berniat agar mereka dimurahkan rezeki dan dapat mengerjakan ibadah haji bersama-sama. Alhamdulillah, niat yang baik dipermudahkan olehNya.
Perbezaan Kesihatan
Ads
Ketika saya minta mengimbas kembali kenangan dan perbezaan sewaktu mengerjakan haji kali pertama ketika mak berusia 35 tahun dan abah 44 tahun. Mak berkata banyak bezanya ketika menjadi tetamuNya buat kali pertama dan tahun-tahun berikutnya.
Ini kerana sewaktu menunaikan kewajipan tersebut pada kali pertama di usia muda, badan masih sihat kuat dan bertenaga sementelah untuk melaksanakan segala rukun-rukun haji pula memerlukan kemampuan dan kekuatan tenaga.
Sangat ketara perbezaan dari segi kesihatan dan tenaga ketika terpilih sekali lagi menunaikan haji buat kali kedua pada tahun 2004. Meskipun perbezaan hanya hampir 10 tahun , namun ingatan semakin lemah, letih dan tenaga tidak sekuat dahulu ketika menunaikannnya pada kali pertama.
Mak cerita lagi, sewaktu tunaikan haji kali pertama, mak antara orang termuda didalam kumpulan haji. Ketika itu, masih sihat, ingatan masih kuat, mak banyak membantu jemaah-jemaah wanita warga emas dengan membawa mereka pergi ke masjid, tunjuk arah pulang ke hotel, membantu bersama-sama melakukan tawaf sunat dan sebagainya.
Persepsi Orang
Selain itu, menurut mak pada zaman 1990-an pendedahan dan kesedaran orang muda untuk menunaikan haji sangat kurang. Waktu itu tak ramai yang dapat pergi haji waktu usia muda berbanding sekarang.
Ads
Sementelah persepsi orang pada waktu itu, selain sebab tiada kemampuan, ibadah Haji hanyalah untuk orang-orang tua. Ramai yang masih tak bersedia nak pergi haji masa usia masih muda.
Meninggalkan anak seramai tujuh orang, yang paling sulung berusia 14 tahun dan paling kecil berumur setahun ketika itu, ternyata bukan lah keputusan yang mudah. Malah, sewaktu dipanggil terpilih mengerjakan ibadah haji mak sedang berbadan dua dengan usia kandungan satu bulan.
Namun, mak abah percaya dan bulatkan hati bahawa, terpilih dapat mengerjakan haji pada usia muda dan menjadi tetamuNya pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Selain, memenuhi kewajipan sebagai hambaNya ia mampu memberi kekuatan rohani.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi inspirasi buat semua. Jangan sesekali rasa takut mahupun rasa tidak bersedia untuk menunaikan haji pada usia muda. Rebutlah peluang sementara badan masih sihat dan bertenaga, ingatan masih kuat. Yang paling penting pasang niat dan berdoa untuk menjadi tetamuNya. Rezeki akan datang dalam pelbagai cara, cabang dan bentuk selain turut berusaha kearahNya.
Doakan saya juga iya!
Sekian,Salam Sayang
Suhaidah Abd Wahab
(Mengharap Terpilih Dijemput Menjadi TetamuNya Lagi)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Minyak tumpah. Inilah biasa yang berlaku pada mak-mak bila berada di dapur. Tak anak yang tumpahkan atau kita sendiri yang terlanggar atau terlepas tangan.
Satu hal pula nak bersihkan minyak tumpah. Salah cara bersih, mahunya satu rumah berminyak. Pijak lantai pun tak selesa.
Selalunya, mak-mak bertindak cepat dengan menggunakan mop untuk bersihkan minyak tumpah. Kesannya, minyak melekat pada mop susah nak bersihkan dan bila nak guna, habis satu rumah berminyak.
Ada cara yang betul dan mudah untuk mak-mak bersihkan minyak tumpah. Ini antara perkongsian daripada julespitch dalam video tiktoknya.
“Jangan terus pakai mop nanti susah nak bersihkan mop yang berminyak.”
Caranya:
Ambil tepung gandum dan letak atas minyak tadi, jumlah gandum ikut kesesuaian dan bergantung pada minyak yang tumpah itu.
.
Selepas itu, ulikan seperti playdoh pada tempat minyak itu.
.
Bila minyak dah serap pada gandum, ia akan membentuk gumpalan.
.
.
Kemudian, barulah ambil tuala basah dan lapkan pada tempat yang terkena minyak tadi. Masa ini barulah boleh gunakan mop untuk bersihkan. Senang dan kemas.
.
Mingguan Wanita : Tip dapur yang boleh mak gunakan. Kalau ada yang terpercik dan melekat kat kaki pun boleh saja gunakan gandum tu untuk bersihkan.
Pernah tak terjadi, microwave oven yang kita guna jadi berasap, meletup dan keluarkan percikan api. Memang risau nak guna, mulalah rasa microwave rosak, kena beli yang baru ataupun nak kena hantar repair.
Sebenarnya sebelum plan nak tukar baru atau hantar repair, boleh check dulu keadaan “Mica Sheet” yang ada dalam Microwave tu. Sama ada masih elok atau rosak. Boleh tukar sendiri je, modal pun tak sampai RM10.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang rasa oven tu “rosak”, jangan terus nak beli baru atau repair hantar ke kedai. Cuba tengok dulu keadaan “Mica Sheet” nya elok lagi atau dah rosak. Tukar, pasang baru kos tak sampai RM10 pun. Selamat Mencuba!
Setiap tanaman ada teknik dan caranya yang tersendiri, barulah menjadi dan hidup subur. Jika nak semai pokok ketumbar, siram dan baja boleh gunakan teknik self watering. Memudahkan kerja, terutamanya bila kita tiada dekat rumah. Tak perlu nak siram-siram dan risau tanaman terabai. Malah tanah lembab dan pokok pun kekal segar.
“Mencabar juga tanam pokok ketumbar ni.2 kali tanam sebelum ni tak jadi, ni paling berjaya. Sebelum ni tanam bila dah cambah sekejap jer mati terkulai kulai.”
Kaedah Dan Cara:
1. Sebelum rendam air, gelek biji ketumbar dengan pencanai karipap yang kayu tu supaya biji ia terbelah dua. Agar lebih cepat bercambah. Pakai ketumbar yang timbang je. (Letak dalam kain masa gelek selembut salju supaya biji ketumbar tak jadi peluru lastik).
2.Rendam semalaman biji ketumbar yang telah terbelah dua tersebut.
3. Tanah saya pakai 30% tanah 6in1 ninso (tanah hitam), 40% cocopeat, 30% tanah biasa korek belakang rumah. Tu je.
Tip Bonus paling penting!
1. Masa semai tu biji benih kena banyak biar rapat-rapat.
Sebab pokok ni batang dia halus sangat kalau cambah rapat-rapat dia akan sokong satu sama lain.
2. Lepas sebarkan benih atas medium tu kambus biar dalam. Sedalam 5cm -7cm supaya tanah yang dalam tu dapat sokong batangnya yang halus agar tak cepat patah dan mati.
3. Cari tempat terang tapi jangan letak dekat tempat terbuka. Kena hujan nanti patah.
Siram Guna Teknik Self Watering
Saya baja dan siram pokok ketumbar ni guna teknik selfwatering. Tapi tak pakai mikro tiub bagai, pakai 3 bahan jer untuk sistem ni.
Bahan-Bahan Diperlukan;
Botol kosong (saya guna botol minyak yang 5 liter tu)
Tali yang boley serap air macam dalam gambar tu. Beli dekat Kedai Eco 3 gulung RM 2
Baja AB
Cara Membuat:
1.Buat lubang dan saya buat muat-muat tali supaya semut atau nyamuk tak masuk bertelur.
2.Masukkan tali dalam botol dan keluarkan sebahagian tali, letakkan atas tanah pada pasu.
3.Baja AB tu saya bancuh 5ml setiap baja A dan baja B dan dilarutkan dengan 5 liter air atas saranan penjual.Lepas tu balut dengan plastik legap tak tembus cahaya.
Tali tu memang akan sentiasa lembab basah, tanah pun sentiasa lembab je. So pokok kita kekal segar tak yah siram-siram dah.
Kenapa saya pakai teknik ni
1. Sebab dah mula kerja takut pokok tak tersiram dan terbaja nant takut pokok mati.
2. Daun ketumbar ni tak boleh siram secara terus, nanti batangnya patah sebab halus sangat.
3. Senang kalau nak balik kampung ke atau nak pergi travel.Bila tiada dekat rumah.
Cubala yang suka berkebun tapi takut tanaman terabai tu.Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, boleh tanam sendiri pokok ketumbar di rumah cuba cara dan tip yang dikongsikan ini. Tak perlu risau pokok tak bersiram bila balik kampung atau tinggalkan rumah, guna teknik selfwatering je.Lebih mudah!
Datuk Aaron Aziz terkejut & kecewa! Sebelum ini heboh tentang konflik antara keluarga Aaron dan pempengaruh media sosial, Sharina Richiei ianya bermula selepas tular...