penjara bentong

Menyebut perkataan penjara, pastinya pelbagai stigma dan persepsi yang bermain di fikiran ramai. Sebagai satu pusat menerima hukuman, menempatkan ratusan insan yang pernah tersasar arah dari landasan kehidupan. Banduan di penjara bukan sahaja diajar memperbaiki diri, malah turut dipersiapkan dengan kemahiran diri agar mempunyai kehidupan lebih baik apabila keluar nanti.

Penjara Bentong, Pahang menjadi lokasi tugasan kepada salah seorang Finalis Top 9 Pencarian Hos Mingguan Wanita Talkshow, Nor Shazwani Roslan, 32 tahun yang berasal dari Shah Alam, Selangor.

Pengalaman Menginsafkan Di Penjara Bentong, Ubah Pelbagai Stigma Di Fikiran Nani

Pengalaman Menginsafkan

Nani ditugaskan mendalami kisah silam salah seorang banduan wanita serta turut menyertai aktiviti kemahiran diri seperti membuat bakeri bersama-sama banduan wanita di Penjara Bentong ini.Ternyata pengalaman berharga tersebut, pastinya menjadi detik yang cukup bermakna buat finalis ini.

IKLAN

“Pelbagai stigma yang bermain di fikiran saya mengenai penjara.Tapi apabila saya ke sana, apa yang saya alami adalah sebaliknya. Saya melihat, para banduan wanita itu, kebanyakan daripada mereka terlihat seperti sanak saudara kita, jiran tetangga kita dan saya berasa sangat kecewa dan sedih untuk mereka, mengapa mereka berada disana.Tapi sebenarnya mereka tidak mempunyai latar belakang dan tidak membesar dikalangan ahli keluarga yang begitu baik,”

“Pengalaman saya disana sangat menginsafkan kerana saya merasakan segala stigma yang masyarakat ada mengenai banduan, mengenai penjara sepatutnya tidak ada.Kerana rata-rata daripada mereka tidak mahu terlibat dengan kancah-kancah jenayah itu.Mereka sebenarnya tidak mempunyai proses-proses hidup yang begitu baik”

IKLAN

“Dan kita sebagai wanita seharusnya bersyukur, kerana kita dikelilingi oleh orang-orang baik, dibesarkan dalam keadaan cukup-cukup sempurna”

“Saya sangat berbangga kerana Mingguan Wanita mengangkat isu-isu sebegini untuk memperkasakan wanita tidak kira apa sahaja lapisan, apa sahaja latar belakang mereka, Mingguan Wanita tetap memperkasakan Wanita,” ujar Nani.

IKLAN

Adakah SHAZWANI memenuhi ciri-ciri hos Mingguan Wanita yang anda suka? Saksikan secara langsung pengumuman pemenang di Mingguan Wanita Talkshow, 28 Mac 2019, 12 tengahari.

Pengalaman Menginsafkan Di Penjara Bentong, Ubah Pelbagai Stigma Di Fikiran Nani

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI