Pengalaman Baharu Sissy Imann Selepas Kahwin, Meriah Sambut Ramadan di Kampung Suami

Sissy Iman
Sissy Iman

Pengalaman baharu Sissy Imann selepas kahwin, meriah sambut Ramadan di kampung suami. Maklumlah negeri Pantai Timur, banyak makanan menarik.

Menurut penyanyi dan pengacara ini, dia bersyukur apabila berpeluang menyambut Ramadan tahun ini bersama suami tercinta, Dr Zamir Hilman Hamzah, 41, buat kali pertama sejak bergelar isteri.

Pengalaman Baharu Sissy Iman Selepas Kahwin

Pengalaman Baharu Sissy Imann Selepas Kahwin, Meriah Sambut Ramadan di Kampung Suami

Sissy yang mendirikan rumah tangga pada 12 Disember lalu berkata, suasana Ramadan kali ini dirasai berbeza dan lebih bermakna dengan pertambahan ahli keluarga serta pengalaman baharu sebagai isteri.

“Sebelum bergelar isteri, saya agak manja kerana tinggal bersama keluarga. Waktu sahur, kadang-kadang bonda sudah memasak separuh jalan, baru saya bangun untuk membantu.

“Tetapi selepas berkahwin, saya yang perlu bangun awal untuk menyediakan makanan sahur buat suami. Begitu juga ketika berbuka. Alhamdulillah, walaupun kali pertama menguruskan semuanya sebagai isteri, ia berjalan lancar,” katanya.

Menurut Sissy, mereka turut menunaikan solat tarawih bersama, selain meluangkan masa berbuka puasa dengan kedua-dua keluarga.

Ads

“Apabila bersama keluarga saya, kami berbuka dan bertarawih dengan ayahanda serta bonda. Memang seronok kerana kini ada ahli baharu dalam keluarga,” katanya.

Belajar Makan Ikan Singgang

Pengalaman Baharu Sissy Imann Selepas Kahwin, Meriah Sambut Ramadan di Kampung Suami

Berkongsi pengalaman di kampung mentua di Terengganu, Sissy berkata, sahur pertamanya di sana cukup meninggalkan kenangan apabila menikmati juadah tradisi negeri itu.

“Sahur pertama dalam hidup saya makan ikan singgang dan budu pada waktu pagi. Sebelum ini pernah rasa, tetapi tidak ketika sahur.

“Papa dan mama mentua risau saya tidak boleh terima menu itu pada awal pagi, tetapi Alhamdulillah, saya tiada masalah,” katanya sambil tersenyum.

Tambahnya, kepulangan ke Pantai Timur membuka peluang mengenali budaya dan juadah baharu, termasuk kemeriahan moreh yang popular di negeri itu.

Ads

“Saya juga sempat ke bazar Ramadan dan menemui kuih-muih yang belum pernah saya lihat sebelum ini. Memang meriah kerana seluruh ahli keluarga berkumpul,” katanya.

Suami Jenis Jaga Makan

Pengalaman Baharu Sissy Imann Selepas Kahwin, Meriah Sambut Ramadan di Kampung Suami

Dalam pada itu, Sissy berkata, suaminya kini lebih mengambil berat soal pemakanannya, terutama dari aspek kesihatan.

“Zamir memang jaga makan saya. Tidak boleh makan secara sembarangan, tetapi dia bukan cerewet. Apa sahaja saya masak, dia terima.

Ads

“Cuma dia tidak suka saya menggunakan sos cili. Kalau mahu pedas, perlu guna cili segar.

“Selepas berkahwin juga saya baru tahu dia mengamalkan pengambilan protein yang tinggi dan kurang nasi. Jadi saya juga perlu seimbangkan pemakanan kerana katanya saya kurang zat,” katanya.

Bagi Sissy, Ramadan tahun ini memberi pengalaman manis apabila dapat menunaikan ibadah bersama suami serta keluarga tersayang.

“Mungkin kerana kami baru berkahwin, semua perkara terasa menyeronokkan kerana dilakukan bersama. Saya sangat menghargai setiap momen ini,” katanya.

Terdahulu, Sissy melangsungkan pernikahan dengan Dr Zamir pada 12 Disember lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Putrajaya.

Sumber gambar: Sissy Imann

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

konsep 2-4-2

Konsep 2-4-2: Cara Mudah Kekal Bertenaga & Elak Badan Lemah Ketika...

Konsep 2-4-2 menjadi amalan mudah untuk kekal bertenaga ketika berpuasa. Ketahui cara pembahagian air 2-4-2 yang dikongsi doktor bagi elak dehidrasi dan badan lemah sepanjang Ramadan.